owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130726

51 days with you mr pilot-bab 15 (pulang dari Auckland)


ENAM tiga puluh pagi, telefon aku berdering usai solat subuh. Empat hari tiga malam sudah pun berlalu.
Pasti dia..detik hatiku. Telefon di angkat dan suara yang aku tunggu di hujung sana menjawab.
“Morning my girl”. Ayat pertamanya. “Dah solat?. I baru landing”. Azril Arif terus berkata.
Jelas kedengaran suara bising penumpang yang lalu lalang di kiri kanan Azril Arif dan juga pengumuman ketibaan pesawat yang mendarat pagi itu di KLIA. Pagi sememangnya merupakan waktu puncak pesawat mendarat di lapangan terbang ke tiga tersibuk di dunia itu.
Tak dapat di bayangkan dengan kata-kata saat mendengar suaranya. Kalah orang di lamun cinta. Bertambah bermakna sejak-sejak Azril Arif mengatakan ikhlas berkenalan dengan aku. Bagi aku ikhlas itu lebih bermakna daripada punyai perasaan yang mampu hilang bila-bila masa sahaja.
“I dah solat, baru je lepas. Syukur lah you dah selamat. You tengah tunggu transport ke?”.
 “Tak lah..I tengah jalan. Keluar flight terus onn telefon. Tak sabar nak sembang dengan you. Imigresen pun I tak lepas lagi”.
“Hurmm..ye ke, kalau niat nak mengayat lupakanlah. Tak jalan captain ooiii. Sorang je, mana Roger?”. Giliran aku pula bertanya biarpun masih kedengaran ketawa Azril Arif dengan ayat ku tadi.
“Lepas landing, dia awal-awal lagi dah cabut. Ja datang ambik. Sejak-sejak kawin ni Roger dah ada driver. Pergi, balik kerja ada orang hantar ambik”. Kami sama-sama ketawa.
“Kalau macam tu, captain Azril Arif pun kena cepat-cepat la kawin jugak kalau nak ada driver pergi hantar ambik”. Seperti aku menggalakkannya pula.
“I nak kawin dengan girlfriend I ni lah. Kena jaga elok-elok ni”.
Huh…perasan, tak habis-habis dengan panggilan girlfriend dia tu.
“Okeylah my girl, nanti kita sambung kat rumah. I nak pergi solat dulu, bye”. Katanya lagi sebelum kami matikan talian. Aku tersenyum tanpa mampu di lihat oleh nya.

Siti sedang menyidai pakaian di ampaian ketika kenderaan yang menghantar majikannya berada di luar pagar. Azril Arif menarik begasinya dan terus ke kamar beradu. Dirinya perlu di bersihkan.


SELEPAS dua jam, sekali lagi aku menerima sms daripada Johan Arif memaklumkan dirinya sudah berada di rumah. Dia baru selesai menyegarkan badan.
Sepanjang dirinya berada di Auckland, Azril Arif berjaya buat aku bertahan dengannya. Senang?. Mungkin aku mudah di pujuk kalau kena caranya. Overrrrrrr. Aku berkata kepada diri sendiri. Mudahnya aku cair dengan pujukan Azril Arif hanya selepas dia memberikan penjelasan yang mampu di terima akal aku.
Belum pun smsnya dijawab, aku menerima panggilan darinya pula.
“Mana adik?”. Aku bertanya perihal anak bongsu Azril Arif.
“Masih tidur. Kejap lagi boleh la I lelap mata kejap. Kalau dia dah bangun memang tak dapat I nak lena”.
Anak keduanya pula sudah ke sekolah pagi tadi. Petang nanti Azril Arif sendiri yang akan menjemput anak daranya itu. Begitulah rutinnya. Waktu cuti sajalah dirinya dapat menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah sekaligus dapat menggantikan balik masa bersama mereka.
“Kalau you pergi kerja, Husna pergi sekolah dengan apa?. Ex wife you datang ambik ke?”.
“Eh!!.. tak lah, kalau I takde, anak-anak pergi sekolah, van yang akan datang ambik pagi-pagi”.
Kami bersembang sehingga duda itu sudah tidak mampu menongkat matanya lagi.  
BERSAMBUNG BAB 16, 17, 18, 19, 20, 21

No comments:

Post a Comment