MALAMNYA
sekali lagi Azril Arif meluangkan masanya bersama aku. Dirinya masih bercerita
kisah yang terjadi sepanjang hari ini.
“Tadi kan masa duk beratur beli Burger King, ada
wanita kat belakang I bawak anak kecik sebaya Adam Niaz tau. Anak dia minta fun
fries so I bagi la satu”.
“Ye ke tu, entah-entah balik tadi you pergi dating
tak, B!!. Okey la, at least ramai sikit anak-anak you ada adik beradik nanti
kalau perempuan tu dah ada anak”.
“I tak kenal pun dia. Dah anak dia nak, I bagi lah.
Orang tua-tua kata, kalau budak nak makanan tak baik kalau kita tak bagi. I
makan tadi pun sorang-sorang, takde siapa teman”. Azril Arif membela dirinya. “I
ada nak bagitahu perkara sikit pada you malam ni”.
Kata-kata Azril Arif menggusarkan aku. Nak stop berhubung
ke?, atau dia nak kawin?. “Apa?”.
“Bulan lima hari tu, I dengan Roger ada buat umrah. Masa
kat sana I ada doa depan Kaabah, kalau I ada jodoh lagi, pertemukanlah I dengan
jodoh yang I doa-doakan. Dan sekarang I tengok apa yang I nak dan doa-doakan semuanya
ada pada you”.
Not funny. “Ye sangat la tu, jumpa pun tak pernah”. Sengaja aku
buat suara ketawa, konon-konon kelakar dengan apa yang di katakan Azril Arif. Tidak!..
Azril Arif Afendi tak pernah tahu aku macam mana orangnya, saje je ni dia
melawak. “Tak baik la B, sampai bab pergi Mekkah, doa depan kaabah pun you
boleh buat bergurau”.
Azril Arif ke Mekkah bulan lima?, bukan ke itu juga anggaran tempoh aku bermimpi mengenai kedatangan rombongan misteri merisik aku di rumah?. Semua ni kebetulan ke atau ianya membawa maksud?.
Azril Arif ke Mekkah bulan lima?, bukan ke itu juga anggaran tempoh aku bermimpi mengenai kedatangan rombongan misteri merisik aku di rumah?. Semua ni kebetulan ke atau ianya membawa maksud?.
“Buat apa I tipu you. Apa I akan dapat. Sungguh, I
ada doa depan Kaabah. Apa yang you tunjuk pada I sekarang ni, semua yang I
doa-doakan, I takkan silap. Menang kita belum jumpa tapi bakal jumpa. I kan dah
tengok gambar you dan your family, lupa ke you dah hantar pada I?”.
Mungkin telinga aku yang mendengar ini tampak apa
yang di ucapkan Azril Arif itu jujur, namun hakikat sebenar aku tidak tahu.
Malas pula mahu berdebat.
“You ada buat solat Hajat atau Istiqarah sepanjang
kenal I kalau you rasa I seperti yang you doa-doakan tu?”.
“Belum”.
“Belum tapi you dah yakin?”.
“You dah buat ke?”.
“Tiap-tiap malam pukul dua pagi I bangun. Time you
kerja I tak pernah tidur. After you selamat landing baru I tidur kejap”.
“Kenapa you tak tidur?.
“Entah..tiba-tiba terjaga, nak lelap mata balik tak
boleh so bangun je lah solat”.
“You doa untuk hubungan kita?”.
“I cuma doa apa yang terbaik. I taknak duit you, B. Andai
ada jodoh biarlah berkekalan, I nak sehidup semati dengan you”. Dalam senyap
mengalir air mata aku, sedih. Bukan hartanya yang aku mahu, tapi hanya dirinya
dan anak-anak.
“Betul ni you nak sehidup semati dengan I?”.
“Betul. Satu je I nak you tahu, I dan anak-anak tak
boleh hidup tanpa you. Apa yang akan jadi pada kitaorang kalau you tak ada?”.
“I takde, you kan ada. Andai
you ada jodoh dengan I dan apa-apa jadi pada I lepas tu, segunung emas permata
I tak mampu tinggalkan pada you sebab I bukannya kaya. Tapi!! KWSP, pampasan
insurans dan aset yang I ada boleh tampung you dengan anak-anak seumur hidup
you”.
Ish!! Azril Arif ni, bagai dekat pula masanya dari
suara yang di dengar. “B!!, Apa you ni, cakap merepek”. Entah apa yang merasuk
fikiran Azril Arif untuk bergurau benda macam ni tak tahu lah.
“Nanti la dulu, dengar apa I nak cakap ni”.
Halangnya.
“Tak!!!.. I tak nak dengar. You cakap mengarut”.
“Jie!!.. dengar ni. I tahu I boleh tinggalkan
anak-anak pada you, I tahu you sayang diaorang macam anak-anak you sendiri. I
tak risau tinggalkan diaorang dalam jagaan you dan your family. Jaga anak-anak
I macam anak-anak you sendiri dan bagi mereka didikan agama yang cukup. Janji
dengan I”.
“Kalau I ada jodoh dengan you, anak-anak..kita
sama-sama jaga la. I tak nak duit you B. I cuma nak you. Kalau I marah
anak-anak, diaorang dah takde tempat nak mengadu. Kalau I merajuk siapa nak
pujuk I?. Nanti I dah takde teman nak gaduh. Kalau I nak beli itu ini, dengan
siapa I nak mintak, dengan siapa I nak kongsi cerita?.
“Andai I dah takde, you kawin lain tak?”.
“Jawapan sekarang, I akan kata takkan kawin lain. I
takut kalau orang tu tak boleh terima anak-anak you dan ada niat nak ambik hak
anak-anak yang you tinggalkan. So better I jaga anak-anak sampai bila-bila”.
“Kalau I jadi petani, tak kerja pilot lagi you masih
nak bersama I?”.
“Mesti lah nak”.
“You tak malu bila orang tahu I petani?. Maklum la
you kan orang muda”.
“I sanggup bersama you walaupun you jadi petani, I
tak malu. Janji you ada dengan I dah lah. Lagipun I tahu dalam bank you tu ada
banyak duit. Jadi I tak risau kalau you nak jadi petani pun. I dan anak-anak still
boleh shopping kan?”. Bersungguh aku meyakinkan. Kami gelak bersama.
“Kalau I sakit, demam you akan jaga I sampai I
sembuh tak?”.
“I atau siapa-siapa yang jadi wife you pun, mesti la
akan jaga suami diaorang, apa lah you ni”.
Alangkah bagus jika Azril Arif tahu, andai kering
air laut dan ayat ‘KALAU’ itu mampu di lihat.. pasti bertimbun ayat itu
terbenam di dasar laut. Sudah berjuta manusia menggunakan dan lagha dengan istilah
‘KALAU’ selama ini.
“I tak nak orang lain jaga, you je yang I ada.
Haihh..ni yang buat I semakin sayang girlfriend I ni”.
Lelaki memang bermulut manis. Bila di fikir-fikir
balik, Baru aku sedar, Azril Arif mungkin bergurau untuk menguji aku. Tapi masa
dia cakap tadi, aku hilang punca. Cukup tak suka apa yang dia suarakan.
No comments:
Post a Comment