ENCIK
AFENDI ralit melihat anak lelakinya yang sedang membaca akhbar di luar rumah.
Bagi dirinya inilah masa yang sesuai untuknya bertanya. Dirinya mengambil
tempat duduk di tepi Azril Arif.
“Ayah ada hal sikit ni nak cakap”. Encik Afendi
memulakan bicara.
Serta merta Azril Arif berhenti membaca dan
memandang ayahnya. Sementalah surat khabar di tangannya juga sudah habis di
belek.
“Ada apa”. Azril Arif membetulkan kedudukkannya.
Kini hanya mereka berdua.
“TENGAH buat apa?, dah makan, solat?”.
Baru kini Azril Arif menelefon selepas dirinya tiba
di Johor petang tadi. Berminggu-minggu kenal, dirinya tidak pernah lupa
bertanya tentang solat. Jika aku belum bersolat, disuruhnya dulu aku
mengerjakan ibadat wajib itu sebelum dia menelefon aku kembali usai bersolat.
“Dah. I tengah baca novel Setulus Janji. You dah
makan?”. Aku bertanya kembali.
“Semuanya dah. Tadi I baru lepas sembang dengan
ayah”.
“Ooo..”.
“Ayah ada tanya samada I dah ada girlfriend atau
belum?”. Azril Arif berterus terang.
………..
“Rif dah ada seseorang ke sekarang ni?, girlfriends
atau calon isteri?”.
Tergelak Azril Arif dengan soalan ayahnya.
Tiba-tiba,. “Kenapa tanya soalan macam ni?”.
“Yelah sampai bila nak menduda, umur muda lagi.
Anak-anak pun perlukan mommy baru”. Rancak perbualan dua beranak ini.
“Ayah dah ada calon ke?”. Soalan di jawab soalan.
“Belum. Tapi kalau Rif takde siapa-siapa lagi, ayah
boleh tolong carikan seseorang”.
“I can finding woman that I want”. Ringkas jawapan
yang di beri.
Astagfirullah apa lagi kali ini. Bergema kuat
kalimah suci itu di dalam hati aku. “Habis you jawab apa?”. Aku bukan bodoh untuk tidak mengerti pengakuan Azril Arif dan
pertanyaan ayahnya.
“I cuma kata, I can finding woman that I want”.
Pelik, kenapa Azril Arif tidak terima sahaja perlawaan
ayahnya itu?. Dirinya juga jujur mengakui bahawa ayahnya belum lagi tahu mengenai
aku. Kecewa. Itu yang aku rasa.
“I akan bagitahu pasal you bila I balik kampung
nanti”. Azril Arif cuba menyedapkan hati aku.
Entah kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu yang
bakal berlaku, namun aku mengharapkan apa pun yang bakal terjadi, biarlah
selepas Azril Arif datang ke rumah.
“Tak sabar I nak balik jumpa you, pergi rumah you.
Nak tak nak I kena pergi jugak rumah you. Kenal mama you. Nanti apa pulak dia
cakap, kenal anak daranya tapi tak pernah sampai rumah”. Ceria, gembira sahaja
intonasi suaranya.
Aku hargai niatnya. Memang aku tidak pernah
mempelawa dirinya datang ke rumah. Aku tidak mahu Azril Arif melihat itu
sebagai sesuatu yang mahu menjeratnya, aku tidak mahu dirinya rasa terikat dan
tidak selesa. Namun sejak Azril Arif menawarkan dirinya untuk bertandang ke
rumah bersama anak-anak, aku amat mengalu-alukan.
“Dua tiga hari lepas you ada baca akhbar Berita
Harian tak?’. Tiba-tiba dirinya mengubah topik.
“Ada”.
“Kalau you nak tahu, sepupu I pengusaha tamanan
nenas yang berjaya tau kat Johor. Dua tiga hari lepas ada keluar dalam paper
Berita Harian tu lah. I pun tadi baru tahu”.
Memang aku ada ternampak artikel mengenai pengusaha
nenas yang di maksudkan Azril Arif tapi tidak pula aku baca mengenainya, tengok
sekali imbas je masa belek-belek muka akhbar.
Selepas telefon di letak, aku cuba mencari akhbar tersebut
tapi tidak ketemu dengan artikel yang ingin dibaca. Bercampur aduk dengan
akhbar-akhbar lama.
BERSAMBUNG BAB 46
No comments:
Post a Comment