“I
baru balik hantar Husna sekolah. Duit you pun I dah bank-in kan. Pergi la
check”. Azril Arif menelefon awal pagi dua hari selepas pulang dari Johor.
“Ye ker you ni B, entah-entah tipu”.
“Selalu you cakap I tipu kan. Cuba pergi bank dan
check dulu ada ke tak. Kalau takde baru boleh cakap I tipu”.
“Sayang!!!!!!!!!!!! you, B”.
“Kalau bab duit sayang terus”.
Ahh!!! Seperti berjauh hati pula dari nada suara Azril
Arif. Mulut ni celupar betul. Aku menyalahkan diri sendiri.
“B!!, you tahukan I sayang you bukan sebab apa yang
you ada. I ikhlas sayang you dan anak-anak”. Aku cuba memujuk. Inilah kali
pertama aku mengaku bahawa aku menyayanginya. “I ingat you main-main je nak
masukkan duit untuk I”.
“Kan I dah kata I akan bagi. Nanti pergi lah check.
Buat belanja duit tu. You kata nak buat rambut kan?”.
“Thanks B, I janji I akan bayar balik”.
“I tak suka you cakap macam tu. I tak nak dengar. I
dah bagi, itu hak you. I tak nak you fikir you berhutang dengan I. I bagi
ikhlas. Apa pun jadi antara kita jangan sesekali terfikir nak bayar. Itu je”.
Apa pun jadi antara
kita jangan sesekali terfikir nak bayar.
Kenapa tiba-tiba Azril Arif cakap macam ni. Petanda ke apa ni Ya ALLAH?.
“Ayah you mana?”.
“Semalam kan dah balik”.
Aduii macam mana aku boleh lupa yang pak cik Afendi hanya
bermalam semalaman je kat rumah anaknya.
“You dah jumpa pengganti Siti”.
“Belum. Tapi I dah cuba tanya dan suruh kawan-kawan
I cari. I harap akan ada la berita daripada diaorang. You tu bangun, pergi
bank, ambik duit tu. I dah sampai rumah ni, nanti I call you lagi”.
“Yelah nanti I pergi, okey, bye”.
SEMINGGU stanby dan bercuti, malam nanti Azril Arif
akan terbang ke Frankfurt. Empat hari tiga malam dirinya akan berada di sana. Masih
tinggal lapan jam sebelum dirinya berlepas.
“Jie!, tadi baru I tahu, malam ni I fly dengan
co-pilot yang I tak pernah fly, I risau la”. Rungutnya.
Azril Arif…owh Azril Arif, telefon aku semata-mata
nak bagitahu itu aje?. Manja sungguh tapi aku suka.
“Malaysia-Frankfurt berapa jam?”.
“Empat belas jam”.
“Apa yang you risau”. Aku cuba memahami.
“Yelah, I risau kalau malam ni I kena baca paper
berulang-ulang kali. Empat belas jam bukan jarak masa dekat”.
“Hah! biar betul sampai baca paper berulang-ulang kali,
tapi kenapa”. Pelik sungguh aku dengan dunia juruterbang ni.
“Co-pilot ni kalau diaorang tak pernah terbang dengan
kita, diaorang susah nak mesra, boleh di katakan majority macam tu lah. Kita pulak
nak mesra-mesra dengan diaorang, takut diaorang fikir kita ni yang bukan-bukan.
Dia senyap..kita senyap”.
“Tak cakap langsung?”.
“Cakap hanya perlu je. Sebab tu kadang-kadang time
bosan..paper tu I baca berulang-ulang kali. Sampaikan list orang mati pun I baca
nak hilangkan bosan tau”.
“Kalau tak baca paper, you buat apa?”.
“I keluar pergi cabin, ambik udara kejap. Lepas tu
masuk balik”. Azril Arif merungkai kepelikkan yang aku rasa.
“Emm!, habis malam ni, kalau team you yang kena take
off kan pesawat, you akan bagi co-pilot you take off kan ke?”.
“Nop. Kalau budak baru first time terbang dengan I,
I takkan bagi. Biar dia tengok dulu kita buat macam mana. Bila dah biasa
terbang tu baru I akan serah pada dia. Jie!, kalau I nak tanya you sikit
boleh?”.
“Boleh”.
“Andai you diberi pilihan, you nak honeymoon kat
negara mana?”.
“Kalau ada rezeki dapat pergi Mekkah pun dah cukup
bagi I”.
“Ala..pilih satu je. Pergi Mekkah tu I dah niat.
Kalau kita kawin nanti I bawa you pergi sana”.
“Gold Coast mungkin”. Apa aku nak jawab, tak pernah
berangan pun dapat jejak kaki kat oversea. Kan kos nak ke sana mahal. Lagipun
berlama-lama dalam kapal terbang macam tak best je.
“Gold Coast tak best. Kalau kita pergi honeymoon
nanti kita pergi Rome, best. Sekali you sampai sana, you akan selalu request
untuk I bawa you pergi. Kalau you nak shopping pulak kita pergi New York atau
London. Murah sikit berbanding Frankfurt ni”. Laju Azril Arif membina impian.
Dia tersilap orang ke apa ni?. Tadi bukan main lagi
tanya aku negara mana aku nak pergi, alih-alih dia jugak yang tetapkan.
“Amboii, sedapnya nak pergi shopping kat London, New
York bagai, ingat murah ke, harga seringgit?”. Aku membidas.
“Kalau kita ada jodoh, I bawa la. Apa guna bakal
suami you ni ada kad kredit kalau you nak shopping pun I tak boleh beri”.
Hebat lelaki ini menyusun perancangan. Bahaya kalau
tak mampu nak kawal perasaan dengannya, parah aku.
“Antara kereta Vios baru, Honda City dan Suzuki
Swicth. Mana satu you akan pilih?”.
“I choose Vios baru”.
“Okey tapi kalau I tak fly, pergi mana-mana tu kita
naik kereta you yer”.
“Hello!! naik kereta you lah, apa pulak kereta I”.
Kami sama-sama ketawa. “Kenapa B?”.
“I niat kalau I kawin I nak hadiahkan sebuah kereta
untuk my future wife, tu yang I tanya you”.
Bagai di panah. Kawin?. Toreh tak berdarah muka aku
kini. Bukan gembira mendengar kata-katanya tapi hati aku di pagut kerisauan.
“Tahniah you dah nak kawin. Nanti I dah tak boleh
nak sembang macam ni lagi dengan you. Cari lah seseorang untuk I”. Aku
cuba mengembirakan hati sendiri. Ikut logik untuk apa aku menyuruhnya mencari,
sedangkan aku mampu memilih dan mencarinya sendiri.
“Buat apa?”. Tanya Azril Arif melayan permintaan aku.
“Lah!!..mana tahu I ada jodoh dengan orang yang you
rekemankan tu, boleh I pergi shopping, honeymoon kat tempat you cakap tu”.
Dengan gaya-gaya aku buat. Macam lah Azril Arif boleh nampak.
“Tak payah cari orang lain. Cukup dengan I je. Rugi
kalau you tolak I”. Azril Arif membuat tawaran besar-besaran dirinya kepada
aku.
“Masuk bakul angkat sendiri betul encik Azril
Arif bin Afendi ni sorang”. Pekik ku. Dia ketawa besar. “Ayah you duk sorang
kan lepas adik you kawin?”.
“A”ah..duk sorang”.
“Kalau macam tu rekemenkan ayah you jelah pada I. Boleh
I teman dia pergi masjid, teman dia kat rumah, masak, jaga dia. Takde lah dia
sunyi duk sorang-sorang”. Laju mulut aku bergurau.
“Kan I dah kata, kalau you nak duda boleh tapi kena
kawin dengan I lah”. Pandai sungguh lelaki ni melobi diri sendiri.
“I nak ayah you, ambik you buat apa, nanti meroyan perempuan-perempuan
you”.
“Jangan Jie. Kecewa, jeles I kalau you jadi mak tiri
I. I tak boleh terima, tak dapat bayangkan. Jangan macam tu. Naya I nanti, you
pun naya jugak tau. You..I punya, hak I. I dah cop dah. Orang lain tak boleh.
Ayah I tu nanti kita cari orang lain”.
Bersungguh, mati-mati Azril Arif menghalang gurauan
aku. Kalau bab berseloroh, memang betul la dirinya juaranya. Takde pengganti.
No comments:
Post a Comment