owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130813

51 days with you mr.pilot-bab 48 (mimpi pertama)


HAAAAA!!!, aku menutup mulut yang menguap. Kenapa lah malam ini aku rasa mengantuk sangat. Aku merungut sendiri.
………….
“I on the way ke kapal dah ni. Tunggu I balik nanti”.
“Okey”.
“Jangan nangis-nangis tau. Lagi enam belas tahun I nak pencen. Kalau selalu nangis, nanti banjir KLIA dibuatnya”. Sempat lagi Azril Arif melawak selepas reporting.
“B!!! you ni selalu sindir I. Jahat!!!”. Alamak!! macam termanja pulak cara aku menjawab.
“I bukan apa, nanti malu kat anak-anak. Nanti diaorang tanya kenapa mommy selalu nangis masa papa nak pergi kerja, apa I nak jawab?”. Bersama gelakkan dirinya berkata lagi.
“Takdenya I macam tu. Nanti jangan lupa tau baca doa sebelum berlepas”. Aku tidak lupa mengingatkannya.
“Yelah, I tak lupa baca, selalu buat, nite my girl”.

Mata di lelapkan jam sebelas empat puluh lima malam. Yakin, saat ini pasti Azril Arif sudah berlepas empat puluh lima minit yang lepas.

AZRIL ARIF meletakkan keretanya di tepi pokok betul-betul berhadapan pagar rumah. Aku gembira, akhirnya lelaki ini tunaikan jua janjinya untuk datang. Aku dan mama setia menunggu di depan pintu rumah, tidak sabar menyambut kedatangan mereka. Azril Arif turun dari kenderaannya kemudian membuka pintu belakang keretanya pula. Anak bongsu di dukung.
Aku melihat dari jauh perlakuan Azril Arif. Pelik. Selepas mendukung anak bongsu, dirinya hanya berlegar-legar di depan pagar. Langsung tidak masuk ke rumah, bahkan pada aku pun lelaki ini tidak pandang. Buat apa dia ke mari kalau langsung tidak berniat untuk masuk bertemu aku dan mama?. Aku menyoal diri sendiri. Bingung dan hampa.
Nafizs pula hanya duduk di dalam kereta. Yang datang bertemu aku hanyalah Nurul Husna. Entah bila anak gadis ini berada di depan aku pun, aku tidak perasan.
“Papa suruh Husna datang jumpa aunty”. Nurul Husna berkata sebaik aku memandangnya.
“Papa suruh?, kenapa papa tak masuk”.
“Papa tak nak”.
Aku terkejut dengan jawapan anak kedua Azril Arif. Dah sampai depan rumah pun takkan tak nak masuk. Selama ini Azril Arif juga yang beria nak datang ke rumah. Aku tidak berpuas hati. Aku meminta Nurul Husna memanggil papanya lagi. Cubaan kali kedua juga gagal.
“Papa tak nak, aunty”.
Anak itu sekali lagi datang kepada aku dan berkata ayat yang sama. Nurul Husna sendiri pun hanya berdiri di depan pintu rumah. Walaupun tidak masuk namun sekurang-kurangnya anak dara ini berdepan juga dengan aku berbanding Azril Arif.
Aku tinggalkan Nurul Husna bersama mama. Kali ini biar aku sendiri yang keluar dan cuba memanggilnya masuk. Aku memanggil-manggil nama Azril Arif, melambai-lambaikan tangan aku ke wajahnya tapi duda ini seolah-olah tidak mendengar, pandangannya bagai tidak nampak aku di situ. Aku cuba menyentuh bahunya tapi jari aku juga tidak tercuit, tak sampai.
“B!!”. Aku memanggilnya pula dengan panggilan yang biasa aku panggil. Namun Azril Arif masih tidak memberi sebarang respon. Semua cubaan aku gagal. Apa yang sedang terjadi ni?. Kenapa jadi macam ni?.
Aku kembali semula kepada Nurul Husna, kali ini aku masih merayu padanya supaya memanggil Johan Arif. Nurul Husna akur dengan permintaanku.
“Papa tetap tak nak masuk aunty. Aunty!!, papa dah nak balik. Husna kena pergi”.
Seperti tadi, jawapan yang aku terima masih sama. Aku mati kata-kata.
“Kirim salam pada abang dan jaga adik elok-elok”. Sempat aku titipkan pesanan kepada Nurul Husna sebelum dia menyalami aku.

Astagfirullah..aku meraup muka. Sebaik tersedar badan aku berpeluh-peluh, dada berdebar-debar.  Dari bawah pintu bilik, samar-samar aku melihat lampu ruang tamu rumah yang masih menyala. Ini menandakan jam masih awal. Di ruang tamu masih kedengaran suara ahli keluarga aku yang belum tidur.
Telefon bimbit di ambil. Dua belas empat puluh lima waktu yang terdetik. Ingatkan dah pukul lima pagi.  Baru sejam ke aku tidur?. Rasa macam dah lama je.
Ya ALLAH, jika benar mimpi tadi bukan sekadar mimpi biasa, apa-apa yang bakal berlaku pun biarlah selepas Azril Arif datang ke rumah. Aku tidak mahu kehilangannya. Aku berdoa dan cuba menyedapkan hati sendiri.
Panjang menung aku selepas tersedar dari mimpi. Segala sms Azril Arif di peti masuk aku baca.
Dua tiga puluh pagi aku gagahkan diri ke bilik air. Badan di basahkan,wuduk di ambil dan tikar sejadah di bentangkan. Aku lakukan Solat hajat, sunat Tahajjud dan Taubat seperti kebiasaan.
Girlfriend dia ke?. Tapi kenapa?. Aku cuba berteka-teka sendiri, tidak dapat tidak dari memikirkan. Tadi ketika sujud, aku ternampak lagi, masih bayangan yang sama. Seorang perempuan muda mendepangkan tangan seolah-olah cuba menutup pandangan aku dari melihat sesuatu di belakangnya. Tertanya-tanya, siapa sebenarnya perempuan di dalam setiap sujud aku ini?. Apa yang cuba di sampaikan?. Apa yang dia inginkan?.
Yang peliknya bayangan itu datang menggangu sejak dua belas hari yang lepas semasa Azril Arif terbang ke Narita Tokyo. Biar pun bayangan itu hanya sekali imbas namun ia kuat sangat berkait dengan Azril Arif.

No comments:

Post a Comment