“YOU tengah buat apa?”.
Sms pertama aku untuk Azril Arif.
Malam ini aku memberanikan diri menghantar sms kepada Azril Arif selepas berjam-jam dirinya tiba di Frankfurt. Macam biasa bab sms..Azril Arif takkan hampakan aku, pasti berbalas.
“I baru bangun tidur ni, baru baca sms you. Kat
sini dah jam tiga petang”. Azril Arif membalas.
Dirinya kini berada di atas tilam empuk Hilton
Frankfurt Hotel yang bertaraf lima bintang. Sekali imbas dari luar, reka bentuk
hotel ini seperti sebuah kapal pelayaran mewah yang sedang berlabuh menunggu
penumpangnya di tepi pelabuhan.
Hotel ini terletak di tengah-tengah Frankfurt. Hanya
beberapa langkah dari menara Eschenheimer, Bursa Saham dan Zeilgaleria. Juga
yang berada berdekatan adalah Alte Oper dan Main Tower.
Jam tiga petang waktu Frankfurt bersamaan jam
sepuluh malam waktu Malaysia.
“Kenapa tak hantar sms
cakap dah sampai”. Aku bertanya.
“Bukan tak nak hantar
sms. Semalam flight I delay 1h. Pukul dua belas tengah malam baru bertolak.
Sampai-sampai sini tadi terus tidur, jet lag”.
Pukul dua belas?. Maknanya empat puluh lima minit
sebelum aku terjaga semalam Azril Arif masih di Malaysia?.
“Kenapa lewat
berlepas”.
“Control tower mintak
delay sebab ruang udara India waktu tu sibuk”.
lelaki ini memberitahu sebab musabab kenapa pesawatnya
terpaksa berlepas lewat malam semalam. Sememangnya ruang udara India hanya
boleh di lalui dua buah pesawat dalam dua hala untuk satu masa.
Kali ini hanya sms penghubung kami. No telefon,
telefon. Lagipun kos panggilan luar negara di negara Jerman itu terlalu mahal.
Hanya tinggal enam belas jam je lagi dirinya akan berlepas pulang ke Malaysia.
Setiap kali terbang ke Frankfurt, boleh di katakan masanya hanya untuk tidur
selepas mendarat. Sebaik mata di buka, dirinya perlu bekerja kembali.
Aku cuba menaip sms, ingin sangat aku ceritakan
kepada Azril Arif tentang mimpi ku semalam. Panjang aku tulis, tapi akhirnya
aku padam kembali. Entah apa yang menghalang, aku pun tidak tahu.
“You
tak rindu I dan anak-anak ke?”.
Sempat dia selitkan soalan tentang diri mereka
berempat. Gila!! Mau aku tak teringat anak-anak dia. Saja nak aku menangis la
tu. Nampaknya Azril Arif sudah mula arif tentang kelemahan aku.
No comments:
Post a Comment