owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130813

51 days with you mr.pilot-bab 50(pulang dari FRANKFURT)

FRANKFURT sebuah bandar yang menarik, tidak terlalu sibuk. Kebanyakkan penduduk di sini lebih selesa mengayuh basikal untuk urusan seharian. Di sini juga adalah syurga kepada pengejar barangan berjenama seperti LV, Hermes, Gucci dan lain lain. Kota Frankfurt sendiri di dalam bahasa Jerman adalah Frankfurt am main.
Azril Arif bangun dari baringan. Terasa lemau pula badan kerana terlalu lama tidur. Tengah ber sms tadi pun boleh terlena balik. Perutnya sudah berkeroncong. Dirinya memutuskan untuk membuat pesanan ke bilik sahaja. Malas mahu bersiap dan mencari tempat makan.
Ganggang telefon di angkat dan pesanan di buat.

“Takpelah uolss pergilah, I ingat nak berjalan sorang-sorang ke Kota Mainz. Shopping-shopping jugak, tapi jangan ada yang lewat berkumpul kat sini pulak esok”. Azril Arif membuat keputusan dan meninggalkan pesanan sebelum dirinya membawa haluan berbeza daripada krew penerbangannya kali ini.
Mereka semua lebih selesa ke kota Frankfurt. Cathedral, city hall, Goethe house termasuk juga business district dan trade fair yang biasa di adakan setiap tahun. Lenguh la kakinya kalau mengikut mereka nanti. Jika dirinya ke Kota Mainz ia lebih santai. Bak kata orang lebih Jerman Tradisional kerana ianya hanyalah sebuah kota kecil.
Dirinya sudah menyewa sebuah kereta untuk ke kota itu yang mengambil masa sekitar 40 minit dari Frankfurt. Ketika ingin menyewa kereta adalah di antara perkara yang unik yang ada di negara empunya teknologi kereta ini. Mana tidaknya, nak sewa kereta pun perlu guna tiket. Pelancong hanya perlu membeli tiket di DB ticket Machine yang mirip ATM di Malaysia. Hanya perlu pilih samada untuk membeli tiket regional mahupun international.

Seperti di Negara Perancis, Jerman juga sangat menjunjung tinggi bahasa Jerman mereka sendiri. Komunikasi, papan tanda di jalan dan sebagainya hampir mustahil ditemui dalam bahasa inggeris.

“MORNING my girl, dah solat”. Ayat biasa dari Azril Arif sebaik landing di KLIA dari Frankfurt.
“Morning B!!!. I kan tak boleh solat”. Aku mengingatkannya tentang keadaan ku yang sedang bercuti khas.
“Owh..lupa, mesti you tengah baring sekarang kan?”.
Aku pasti dia sudah tahu, dari suara aku pun dia sudah boleh mengagak. “You telefon ni I bangun, lepas tu I nak tidur balik jap lagi”.
“Cuba you bayang kan, kalau you tengah tidur tu, I ada kat tepi… then!!”.
Dah mula dah usikan Azril Arif bersama intonasi suaranya yang bisa buat bulu roma ku meremang.
“B!!!!!!!!!!!!!!!!. I dah bangun dah, I takkan tidur. No..no..no!!!”. Aku memotong ayatnya sebelum dia berkata lebih. Selalu aku terjerit setiap kali Azril Arif bergurau seperti itu. Ada je idea dia untuk menyakat. Kedengaran Azril Arif gelak agak kuat. Aku jatuh hati mendengar ketawanya. Pelik. Hanya ketawa pun manusia boleh jatuh hati.
“Okey lah, I nak pergi solat dulu. Nanti kita sambung lagi lepas I balik jap lagi”.

DARI pagi hingga ke petang, sehari suntuk aku menunggu panggilannya. Namun selepas pulang ke rumahnya langsung tiada panggilan atau sms dari Azril Arif.
Jam lapan malam baru lah telefon aku berbunyi. Mujur telinga aku dengar. Meleret senyuman ku.
“Kak ngoh baru balik, Sherry Amani hantar”.
Saja tadi aku berbasi basi bertanya tentang anak saudaranya. Mana tahu jadi macam hari tu pulak.
“I pun nak keluar makan ni. Tekak tiba-tiba nak makan char kuew teow”.
“You nak keluar dengan anak-anak ke?”.
“Taklah. I keluar sorang. Anak-anak tengah bersiap nak keluar dengan mommy diaorang pergi shopping, Siti ikut sekali. Sherry Amani dah tunggu kat bawah”.
“Kenapa tak pergi jumpa dia”.
“Buat apa nak jumpa, biar lah dia. Lagipun nak keluar dah tu”.
“You nak keluar jumpa girlfriend ke?”.
“Girlfriend-girlfriend, kan I dah cakap takde girlfriend lain. You duk cakap macam tu satu doa tau, ada sungguh baru tahu”.
“Hak you, life you kan..takde kaitan dengan I”. Aku tipu, ayat cover line semata-mata. Ego menafikan. Semuanya gara-gara “keunikkan” perkenalan kami. Memang betul aku cemburu kalau dia dah ada yang lain.
“Okeylah nanti kita sambung, I nak keluar dah ni”.
Satu persatu siaran television aku buka sebaik telefon di letak. Malam ini langsung tiada cerita yang menarik hati. Bosan. Anis Irdina, mama dan dua orang adik lelaki ku baru sahaja keluar. Ayah pula ke Johor pagi tadi, outstation untuk beberapa hari. Hanya aku keseorangan di rumah. Kiri kanan sunyi.
Aku bangun ke bilik air mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Isyak. Panjang doa di pohon usai bersolat. Moga segala-galanya di berkati dan di permudahkan.
Sungguh, sepanjang bersama Azril Arif dan anak-anaknya hanya kegembiraan dan kelucuan serta kehidupan yang terisi yang aku rasakan. Belum sempat aku mencarinya, pasti dirinya dulu yang mencari. Sepanjang perkenalan itulah yang terjadi.
Aku bangun menyidai telekung sembahyang. Belum sempat pintu bilik tertutup, telefon aku berdering. Tak sampai sejam pun dirinya keluar.
“Tengah buat apa?”.
“Baru lepas solat. You duk kat rumah ke ni?”.
“A’ah, I dah ada kat rumah, tapi anak-anak dan Siti belum balik lagi”.
“Aiikk cepatnya makan, ke tak jadi dating?”.
“Dekat je kedai makan pun. Lepas makan terus balik. Letih balik kerja belum hilang lagi, nak dating apa”.
“You dah solat?”.
“Belum. I nak lelap mata jap ni. Tu yang telefon you dulu, karang dah tertidur takut tak tertelefon. Tengah malam nanti kalau rajin I nak study exam skali”
“You tak study lagi ke?”.
“Belum”.

Lusa dan sehingga empat hari akan datang Azril Arif akan menduduki peperiksaan. Selepas itu barulah dia akan terbang kembali, tapi belum tahu ke mana tripnya kerana jadual penerbangannya untuk bulan lapan masih belum keluar.

No comments:

Post a Comment