AKU
tidak menunggu panggilan darinya seperti kebiasaan kerana hari ini adalah hari pertama
Azril Arif akan menduduki peperiksaan simulator cockpit bagi pesawat yang di
kendalikannya di Malaysia Airlines Academy (MAA). Namun sedang aku bersiap ke
tempat kerja, telefon aku berdering. Hurmm..kata tak kan telefon, tapi telefon
jugak.
Termengah-mengah suaranya bersama bunyi hembusan
dari mulut. Tengah hisap rokok la tu.
“You pergi ni dengan apa”.
“Dengan kereta”.
“Transport tak datang ambik?”.
“Semalam office telefon, mereka nak hantar transport
tapi I tak nak. Baik drive sendiri. Kalau diaorang datang ambik awal sangat, Lagipun
dekat je rumah dengan MAA tu. Baik pergi sendiri”.
Hari-hari seterusnya tiada lagi panggilan atau sms
daripadanya. Sabar jelah untuk empat hari.
Jam demi jam, sehari demi sehari. Cukup sabar aku
menanti. Hanya kembali membaca pesanan-pesanannya yang lepas di peti masuk.
Baca mesej pun aku boleh tergelak sorang-sorang. Bukan kerana ayatnya romantik
atau jiwang tapi kerana semuanya ada unsur lucu dan lawak, apatah lagi kalau
kami bersembang.
“MALAM ni boleh tak you call I. Dah lama I tak sembang dengan you. I rindu, teringat anak-anak”.
Aku menghantar sms kepada Azril Arif selepas genap empat hari dirinya mengambil ujian. Rindu papa dan anak-anak sebenarnya.
“Okey. I pun memang niat malam ni nak call you. Kalau you tak hantar sms pun memang I akan cari you malam ni”.
Aku tersenyum membaca ayat sms yang berbalas daripada Azril Arif.
Seperti yang di janjikan, dirinya menelefon aku pada sebelah malam. Kami bersembang untuk melepaskan kerinduan. Mungkin hanya di pihak aku tapi tidak di pihak Azril Arif. Aku menyedarkan diri.
Seperti yang di janjikan, dirinya menelefon aku pada sebelah malam. Kami bersembang untuk melepaskan kerinduan. Mungkin hanya di pihak aku tapi tidak di pihak Azril Arif. Aku menyedarkan diri.
Baru empat hari berlalu, namun aku sudah mulai rasa
janggal untuk bercakap dengan encik juruterbang. Dah jadi macam orang asing. Apakah perasaan itu hanya aku seorang sahaja yang rasainya atau memang betul-betul
Azril Arif juga merasai apa yang aku rasa. Azril Arif bukan seperti Azril Arif
yang aku kenal lagi. Bagi aku dirinya sudah berubah.
“You ada girlfriend baru ke?”. Aku mula bertanya selepas
merasakan tiada kemeriahan seperti biasa ketika kami bersembang. Azril Arif
banyak berdiam, senyap secara tiba-tiba. Macam takde mood aje.
“Tak lah..I takde girlfriend baru, buat masa ni I masih
ada you sorang je, kenapa?”.
Persoalan yang di tanya di jawab dengan persoalan. Mungkin
Azril Arif cuba berselindung atau sememangnya betul jawapannya.
“B!!, kalau tujuh hari you tak cari I, I takkan cari
you balik tau”. Betapa peritnya untuk aku meluah ayat itu. “I takut kalau masa
tu I cari you, you bukan macam yang I kenal lagi. Faham-faham je lah kalau
orang dah tak suka. Sekarang pun I rasa you bukan macam yang I kenal. Dah
berubah”. Terluah jua akhirnya.
Aku sendiri tidak tahu kenapa laju malam ini aku
bertutur. Mungkin itu clue yang aku bagi kepada Azril Arif untuk memudahkannya
berterus terang dengan aku jika betul dia sudah ada orang lain sekarang.
“Perasaan you je tu. I masih macam dulu. Mungkin you
rasa macam ni sebab dah banyak hari kita tak berhubung”.
Nampaknya Azril Arif masih cuba menyedapkan hati
aku. Semenjak pulang dari Frankfurt semakin jelas dan ketara perubahan yang ada pada dirinya. Aku cuba untuk mengajar diri, itu semua hanyalah perasaan aku tapi
tak boleh. Azril Arif berubah seiring dengan mimpi-mimpi yang aku alami.
Dari sehari ke sehari, teringin sekali aku menceritakan
kepada Azril Arif mengenai mimpi aku pada malam dirinya bertolak ke Frankfurt.
Tak pernah berputus asa usaha namun setiap kali kami meluangkan masa, tidak
terluah untuk mulut aku bercerita. Nak hantar sms gagal, telefon pun gagal jugak.
Asyik terbantut je niat.
“Tak B!!.. you betul-betul dah lain. Kalau dalam
masa tujuh hari you tak cari I lepas you menyepi, you dah tak boleh cari I
seumur hidup you, dunia akhirat. You ingat tu tau”.
Azril Arif memang tak macam dulu lagi. Kalau dia dah ada girlfriend baru, kenapa telefon aku, cari aku atau hantar sms pada aku lagi?. Mungkinkah juga dia tidak mahu terburu-buru?. Kalau lah semata-mata untuk menjaga perasaan aku, ia sebenarnya makin menakutkan dan menyeksakan jiwa aku. Aku bagaikan sedang menanti hari hukuman yang pasti namun tidak tahu bila waktunya.
Azril Arif memang tak macam dulu lagi. Kalau dia dah ada girlfriend baru, kenapa telefon aku, cari aku atau hantar sms pada aku lagi?. Mungkinkah juga dia tidak mahu terburu-buru?. Kalau lah semata-mata untuk menjaga perasaan aku, ia sebenarnya makin menakutkan dan menyeksakan jiwa aku. Aku bagaikan sedang menanti hari hukuman yang pasti namun tidak tahu bila waktunya.
“Alahai…takkan sampai macam tu sekali, seumur hidup
I tak boleh cari you”. Dirinya ketawa kecil. “Jangan terburu-buru macam tu. Kalau I
tak cari you dalam masa tujuh hari, you cari I. Telefon, hantar sms kat I sampai you
dapat. Mana tahu I sibuk tak sempat nak bagitahu you apa-apa ke. Mungkin anak
demam, I sakit. Jangan mudah melatah. I janji, apa-apa pun yang terjadi I akan
bagitahu you sepatah. Takkan senyap atau menyepi secara tiba-tiba, okey?”. Kali
yang ke seratus lima puluh juta dirinya memberi janji dan keizinan.
“Lately ni I selalu nampak bayangan perempuan dalam
solat setiap kali I sujud. I yakin dia ada kaitan dengan you. I dapat bayangan
tu sejak you fly ke Narita lagi”. Akhirnya aku berterus terang kepadanya mengenai
salah satu dari apa yang aku alami.
“Ha..solat tak kusyuk”.
“Orang betul-betul serius ni”.
“Mungkin you nampak tu Sherry Amani atau kak ngoh
kot”. Azril Arif memberi pandangan.
“Sherry Amani atau kak Ngoh?. Tak logik la, kenapa pulak
I nak nampak diaorang. Diaorang bukan musuh I, tak pernah bersembang pun selama
ni. Tapi maksud bayangan tu lain la B”. Aku yakin naluri aku tidak tersilap.
“Tak tahu lah tu. Tapi memang I takde siapa-siapa
lagi buat masa ni, kalau ada nanti I bagitahu lah”. Azril Arif masih menafikan.
“Kalau sekarang dah ada orang lain, better terus
terang. You tahu kan I boleh terima. I bukan apa I takut kalau yang sana salah
anggap atau marah. Sebab mimpi tu lain macam, I tak nak you bermasalah”.
“Ya ALLAH, betul I takde siapa-siapa. Kalau I ada..
I bagitahu. Jangan risau… I takan menyepi”.
Azril Arif masih cuba meyakinkan aku dan sememangnya
aku berpegang kepada apa yang di janjikan. Sudah berkali-kali dirinya berjanji dan
Azril Arif juga masih ingat dengan janji-janjinya itu maka aku yakin dirinya
akan bersikap professional seandainya ada apa-apa yang terjadi nanti.
“You tahu tak, bukan you sorang yang hantar sms pada
I petang tadi tau, ayah I pun ada telefon I jugak hari ni”.
“Kenapa ayah you telefon tadi?”. Entah-entah ayahnya
nak cakap pasal girlfriends lagi tak. Aku meneka sendiri.
“Dia tanya kenapa lama I tak telefon. Biasanya dua
hari sekali I call dia. Ni sejak-sejak dia balik hari tu I tak telefon pun lagi.
Ayah I pulak kalau takde hal penting, takdenya dia telefon I”.
“Hal apa?”.
“Tadi ayah I kata isteri DO kat daerah kampung I tu
nak jual kebun getah enam ekar. I ingat nak beli”.
“What?. Hari tu kata takde duit. Tapi boleh pulak nak
beli tanah. Enam ekar pulak tu?”.
“Duit boleh cari, sikit-sikit tu ada, lebih-lebih tu
kita tambah la”. Jelasnya lagi.
“Nanti siapa nak jaga?”.
“Ayah I kan ada. Dia akan jaga. Kalau tak, upah jelah
orang”.
“Berapa harga orang tu nak jual?”.
“Tak tahu lagi, tapi untuk asset tak rugi kalau kita
ambik. I ingat balik kampung nanti nak bincang. Sufian pun dah buka kedai dia”.
Azril Arif menambah.
Semakin dekat dengan tarikh Azril Arif dan anak-anaknya
akan pulang ke kampung untuk majlis perkhawinan adik perempuannya nanti, semakin
kerap aku merasa berdebar, tidak senang duduk, dan gelisah. Sepatutnya aku gembira tetapi
sebaliknya pula yang aku rasa.
Mimpi dan bayangan, apa maksud kedua-dua itu dengan
Azril Arif?.
Tiap-tiap malam aku tidak lupa berdoa yang terbaik untuk hubungan kami berdua. Di usir perasaan yang tidak menentu kalau-kalau itu semua hanyalah mainan sahaja. Moga apa yang kami rancang, ALLAH permudahkan.
Tiap-tiap malam aku tidak lupa berdoa yang terbaik untuk hubungan kami berdua. Di usir perasaan yang tidak menentu kalau-kalau itu semua hanyalah mainan sahaja. Moga apa yang kami rancang, ALLAH permudahkan.
Untuk bulan lapan, Azril Arif akan terbang ke lima
negara. Shanghai, Paris, Tokyo, Mumbai dan terakhir New York. Esok dirinya akan
mula bekerja.
Assalamualaikum, di mana nak baca sambungan cerita ni?
ReplyDelete