(anggap ini satu mimpi yang datang sekadar untuk menguji)
sinopsis:
Azira Maria, gadis biasa yang mempunyai ketinggian cukup-cukup untuk menjadi seorang pramugari. Sedikit seksi dari segi pemakaiannya tapi tidaklah keterlaluan, namun selalu saja di salah anggap sebagai gadis yang sosial. Bukan benci namun sebesar zarah dirinya tidak pernah berangan dan sememangnya tidak pernah punyai niat mahu mengenali jauh sekali ingin berhubungan dengan lelaki bekerjaya sebagai juruterbang. Sedar dirinya tidak layak berdampingan, bahkan melalui bacaan yang di bacanya memberi kesan negetif yang mendalam kepada pemikirannya terhadap dunia lelaki yang berkerjaya sebagai juruterbang. Lelaki idaman di dalam novel? Euuww!!.

Mimpi. Perkenalannya bersama Azril Arif Afendi
membuatkan dirinya terimbau kembali kepada mimpi yang pernah di alami. Mungkinkah
ada kaitannya atau ia sekadar takdir dan kebetulan?.
Azril Arif Bin Afendi, duda berusia yang sudah mempunyai
tiga anak. Mempunyai segala-galanya namun puzzle hidupnya masih belum lengkap. Seorang
juruterbang yang berpegang teguh kepada prinsip ‘jika dirinya merasakan sesuatu
itu betul walau sepuluh orang mengatakannya salah, maka tetap sesuatu itu betul
di pandangan mata dan hatinya. Dan jika sepuluh orang mengatakan sesuatu itu
betul namun di matanya perkara itu salah maka ianya tetap salah’.
Doa. Apakah doa yang di pohon kepada penciptanya di
hadapan kaabah sewaktu berada di Mekkah akan di makbulkan?. Apakah takdir yang membawa
kepada perkenalan yang tidak di duga akan berakhir dengan ikatan yang sah atau
itu hanyalah satu persinggahan.
Rossuria, gadis muda yang cantik, sempurna wajahnya.
Beruntung kerana punyai darah kacukkan, berhidung mancung, punyai warna mata
seperti memakai kanta lengkap. Hatinya terpaut namun perasaannya di tolak. Kerana
cinta, sayang yang mendalam terhadap lelaki idaman, dirinya tekad untuk
memiliki dan akan melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menggunakan cara halus.
‘At least mencuba’..itu kata-kata yang di pegang.
Keikhlasan?. Hanya itu persoalannya. Wujudkah ia
sepanjang hubungan?.
Misteri, terlalu kuat keinginan hati yang begitu ingin
mengetahui, apa sebenarnya yang sudah terjadi?.
Mimpi, bayangan..apakah semua itu hanya perasaan
semata-mata atau sebenarnya ia adalah petanda?.