Lima puluh tujuh hari sebelum
AZIRA
MARIA Binti Che Fauzi, itu nama yang di berikan oleh kedua orang tua ku. Umur
aku masih muda trang tang..tang. Aku seorang gadis yang simple dan tak memahami
diri sendiri, apatah lagi untuk memahami diri orang lain. Ukuran kecantikkan
diri sendiri 5 daripada 10, mungkin. Emmm sedap mata memandang orang kata. Aku
punyai darah campuran siam, cina dan melayu di sebelah mama. Sebab tu orang
keliru apabila melihat aku. Samada diaorang akan cakap aku ni orang Sabah,
Filipina, Cina atau Myanmar.
Walaupun secara luaran orang “cop” aku seorang gadis
yang high mantainnan, sosial..kaki clubbing, smoking dan keluar malam, tapi
sebenarnya aku tak macam tu pun. Choiii!!!.. naya aku kalau bakal mak mertua
dengar tau. Pintu club pun aku tak pernah tengok macam mana, apatah lagi nak
masuk. Apa pun aku tak salahkan orang yang menilai, mungkin kerana cara
pemakaian aku menyebabkan mereka beranggapan begitu. Seksi.
Err!! Tak seksi mana pun sebenarnya..sikit je.
Whatever lah, manusia kan suka menilai apa yang terlihat
sekalipun bukan itu yang sebenarnya. Rite?.
Hisap rokok..aku tak pernah tapi bau dan sedut asap
tu pernah lah. Maklumlah dalam rumah aku ni ada dua tiga orang perokok.
Baru empat tahun aku tinggalkan dunia persekolahan.
Zaman sekolah, cikgu dan kawan-kawan panggil aku..Azira atau Zira. Aku bukan
pelajar yang popular pun kat sekolah. Kawan pun setakat tegur-tegur gitu je.
Memang spesis aku tak suka berkawan sangat.
Dan yang teristimewa, keluarga panggil aku..Jie. Aku
tak suka orang luar panggil aku dengan nama yang keluarga aku panggi, limited..i
love it. Aku juga ada nama comel, panggilan peribadi. “Majimbo”. Lucu. Mama
kata masa kecik aku suka tengok kartun gajah ala-ala “jumbo si gajah biru” tu.
Nama gajah tu Majimbo. Dari kecik sampai besar, aku di gelar dengan nama tulah.
Dulu tak suka tapi bila dah besar, macam sweet je dengar. Tapi tak semua orang
tahu nama “Majimbo” tu, jiran-jiran kat kampung sebelah ayah je yang panggil.
Kelayakkan sekolah aku setakat SPM. Tu pun
cukup-cukup makan. Banyak berangan dari mengejar impian. Lima tahun bersekolah
di sekolah menengah, tiap-tiap hari apa yang ada dalam kepala aku ni “Lambatnya
nak habis sekolah”. Bak kata pepatah..apa yang di tuai, itulah hasilnya.
Okeylah tu kan, bersyukur apa yang dapat. Pelajaran memang penting tapi
kehidupan bermula tidak sememstinya bersandar kepada keputusan SPM semata-mata.
Soal cinta aku belum ada pengalaman tapi tipu lah
kalau aku kata tak pernah berkenalan atau berhubungan dengan lelaki. Namun tak
declare cinta pun, setakat teman tapi mesra je. Tapi sekarang memang aku solo,
single, langsung tak berhubung dengan siapa-siapa.
Hurmm..bercerita soal lelaki, ni bab yang paling!!!!
ramai suka, lelaki idaman. Normal la, aku pun ada ciri-ciri lelaki yang aku
suka. Aku minat lelaki yang berkulit hitam manis, tinggi dan bonus kalau si dia
memakai cermin mata. Alahai hensemnya!!. Lelaki berkulit putih?. No..no..no!!!.
Well taste masing-masing kan.
Aku cukup tak suka dengan lelaki berumur, sebab tu aku
lebih selesa kenal lelaki yang umur sebaya atau tua lima tahun dari aku. Kalau
umur tiga puluh tu!!!..entahlah rasa dia tua sangat. Apatah lagi yang berumur
empat puluh tahun ke atas. Eeee!! tak suka.. geli aku.
Yang kaya-kaya, ada pangkat Datuk, Tan Sri dan
seangkatannya pun aku tak minat nak kenal. Tak sekufu orang kata. Diaorang pun
takkan pandang kita yang kurang serba serbi ni, tak gitu?.
Kerjaya si lelaki, aku tak kisah apa-apa pun asalkan
dia berkemampuan. Kalau nak ikutkan angan-angan, aku suka lelaki yang bekerjaya
sebagai doctor. Mesti nak tahu sebab kan?..senang je, kan doctor ramai yang
pakai cermin mata. Kencang hati saat tengok diaorang pakai baju kemeja, lepas
tu sinsing lengan baju dan perwatakkan ala-ala skema dan jual mahal. Perhhh!!!
alangkah bagus kalau dapat doctor sakit puan. Motif?. Kalau aku nak bersalin
nanti suami aku boleh sambut baby kami hehehe.
Itu kerjaya lelaki yang aku suka. Kerjaya lelaki
yang aku paling tak suka..!!!
Cop!!!..cop!!! tak payah cakap lah. Karang cakap tak
serupa bikin pulak. Tapi aku yakin seyakin-yakinnya, memandangkan aku bukan
berada di persekitaran yang membolehkan aku sentiasa dekat atau berjumpa dengan
lelaki berkerjaya yang aku tak suka tu, maka semestinya kami takkan punyai
peluang untuk kenal. Pasti. Tak kenal pun takpelah..langsung tak rugi.
Bersyukur lagi ada.
……………
“Zira!!..awak nak ciri-ciri lelaki yang macam
mana?”.
“Emm..kampung-kampung sikit orangnya walaupun mungkin
kerjaya dia kategori A”.
“Kerjaya kategori A tu doctor, peguam ke?”.
“Lebih kurang”.
“Owh okey..lagi?”.
“Boleh makan dengan tangan tanpa sudu garfu, tak
kekok. Tempat makan pun tak semestinya perlu restoren atau hotel
berbintang-bintang setiap hari. warung-warung tepi jalan pun okey”.
“Lagi?”.
“Keturunan saya bukan orang berada, jadi kalau boleh
saya nak cari lelaki yang boleh sesuaikan diri bila berada di rumah orang yang
tak berapa nak berada. Tak jijik nak dekati mereka siap buat muka tak selesa bagai
dia tu. Dalam novel pun takde lelaki mcam tu kan..kan..?”. Aku tersenyum dan masih
berimaginasi tentang lelaki idaman sambil di perhatikan gadis di tepi. Ralit
dirinya mendengar. “Lelaki tu jugak mestilah seorang yang tegas tapi romantik. Dan
last sekali, dia WAJIB ada adik beradik yang ramai”.
“Sebab?”.
“Kalau adik beradik dia tak ramai..susah lah dia nak
ngam dengan family saya yang riuh setiap masa ni”.
“Emmm..”. Dirinya menjentik-jentik bibirnya dengan
jari. Mungkin terfikir-fikir akan kata-kata ku tadi.
“Ha.. lagi satu, saya tak nak lah lelaki yang dah
tidur dengan perempuan, Nuih. Tak aci lah kalau dia dah rosak tapi dapat kita
yang masih virgin ni”.
Nuih nama panggilan untuk Azizah. Rakan sekelas di
tingkatan lima. Aku je yang pandai-pandai panggil dia macam tu. Orangnya kecil
molek, hitam manis dan ada tahi lalat kat tepi bibir.
“Saya rasa lelaki yang saya cakap tu wujud lah”. Aku
bersuara lagi.
“Sempurnanya lelaki yang cik Azira Maria nak tu.
Mana wujud lelaki yang masih teruna sekarang ni. Tak mungkin lah. Kalau
ciri-ciri lain yang awak listkan tu..insyaallah masih ada, tu pun satu dalam
seribu tau..susahlah nak jumpa”. Bergabung ketawa kami.
APA pun jadi, aku tetap tak nak lelaki yang dah tak
teruna dan jenis tiduri berlainan perempuan, tambah-tambah macam Ameer Reeza
dan Adam Mukhriz. Haihh!!!..meluatnya aku dengan dua karektor tu. Lelaki idaman
dalam novel?, eeuuwww!!!.
Kring!!!..kringg!!.
Telefon rumah yang berdering meleburkan terus
ingatan di zaman sekolah. Aku keluar untuk mengangkat telefon. Aku lihat Faizal
Hasrul masih nyenyak di sofa. Letak bom kat tepi pun bukan sedar apa yang ni
sorang. Semalam entah pukul berapa baru sampai rumah. Lepak je aktivitinya
kalau balik ke kampung.
Sekarang adik kedua aku ini sedang melanjutkan
pelajaran peringkat diploma di Politeknik Kok Lanas dalam bidang kejuruteraan
Elektrik & Elektronik.
“Ini rumah Che Fauzi ke?”. Suara macho lelaki di
hujung talian bertanya selepas telefon di angkat.
Sedapnya suara dia.
“Ya, betul”.
“Saya ni dari Kementerian Kesihatan. Saya dah ada
dalam taman ni, rumah yang mana satu yer. Boleh tunggu kat luar pagar tak?”.
Aku tahu, pasti mereka datang sebab ayah. Itulah
padahnya kalau hisap rokok kuat sangat, tak pasal-pasal kena suspek tibi.
Tiap-tiap hari mama berleter, berjuta kali nasihat diberi, pelbagai komplikasi
penyakit yang mungkin akan datang menyerang diberitahu tapi langsung ayah tak
ambil peduli. Dari muda sampai ke tua mesti la ketagih, susah nak hentikan
perokok tegar. Sekarang dah sakit macam ni sampai masuk wad, siapa yang susah?.
Aku keluar menunggu selepas beritahu mereka di mana
kedudukan rumah. Sebaik pintu pagar dibuka, kebetulan kereta berlogo
Kementerian Kesihatan lalu dan berhenti betul-betul di hadapan rumah teres satu
tingkat milik keluarga aku.
Seorang lelaki keluar dari kereta.
“La!!..kat sini je rumah. Tadi dah lalu dua tiga
kali. Senang sangat nak cari”.
Ni ke lelaki yang bersuara macho tadi. Tertanya-tanya
aku sendiri. Glurpp!!, air liur di telan. Tidak seperti suaranya. Betul la kata
orang, suara lelaki yang macho, sedap di dengar di dalam telefon, bila di luar
tidak sehensem suaranya.
“Ayah atau mama ada kat rumah?”. Lelaki tadi bertanya lagi. Aku menggeleng.
Ayah kan masih kat hospital, dah tiga hari. Tapi
mesti lelaki ni tak tahu. Ralit aku perhati lirikan mata lelaki yang sedang
memandang atas bawah tubuh aku ketika ini. T-shirt tanpa lengan dan seluar jeans
paras lutut yang di pakai mungkin membuatkan orang itu melihat aku begitu. Nak
kata seksi ke?. montok?. Gebu?. Lapuk.. dah biasa dah aku dengar ayat macam tu.
“Baru lagi kawasan ni, taman perumahan baru ke?”.
Lelaki tadi menyambung bicara.
“A’ah baru”.
Memang masih baru Taman Sri Iman buat kami
sekeluarga. Maklumlah baru lima bulan berpindah. Dengan jiran-jiran sekeliling pun
belum berkesempatan bertegur siapa. Bukan sengaja tapi keadaan betul-betul tak
mengizinkan. Pagi aku sudah keluar rumah untuk ke tempat kerja, petang baru
balik. Asyik berselisih waktu, macam mana nak bertemu. Hari cuti pula, aku sibuk
mengemas rumah sepanjang hari. Rajin kononnya.
Dalam taman ini masih banyak rumah yang belum
berpenghuni. Blok aku sendiri pun hanya beberapa rumah yang sudah diduduki.
Yang lain masih lagi kosong. Style penduduk pula jenis yang berkerjaya dan
lebih suka memerap di rumah, jadi tak dapat lah nak bersua. Petang-petang hanya
kelibat anak-anak kecil yang kelihatan.
Aku yakin, pasti lelaki ini terpegun melihat kawasan
perumahan elit ni kan!!. Melihat dari luar sahaja sudah ramai yang memuji. Di
kelilingi pohon-pohan yang cantik tersusun di tanam, mengindahkan landskap
sepanjang jalan. Taman permainan, surau dan dewan serbaguna turut di sediakan
sebagai pelengkap kemudahan penghuni. Kini sudah tiga fasa yang siap di bina
termasuk blok rumah aku. Lagi beberapa fasa bakal menyusul.
Bukan sembarangan orang yang boleh memasuki kawasan
perumahan ini tanpa kebenaran pengawal keselamatan yang di tempatkan di pintu
masuk. Jam dua belas tengah malam kenderaan yang tidak mempunyai sticker taman
tidak di benarkan masuk sama sekali. Jika ada juga sebarang urusan penting,
nombor kad pengenalan dan nombor plat kenderaan pelawat akan di catat sebagai
langkah keselamatan penghuni taman dari di ganggu orang luar. Pendek kata
selamat la Taman Sri Iman ni.
“Umur berapa?. Dah kawin?”.
Akhirnya, ini rupanya soalan keramat dia dari tadi. “Dua
puluh satu. Belum kawin”. Aku memberi jawapan bersama senyuman.
“Patut pun bergetah. Muda lagi”.
Pandai pak cik ni melihat. Sindiran atau pujian
hanya terima kasih saja lah yang mampu di ucap. Kami bersembang di halaman
rumah, tidak pula aku mempelawanya masuk.
“Penghuni rumah ni berapa orang?”.
“Sepatut lapan tapi sekarang tujuh jelah, sebab adik
ada sorang yang belajar kat US”.
“Habis mana semua orang?”.
“Pagi ni duk dua orang je, adik lelaki ada..tengah
tidur. Dua orang lagi adik pergi sekolah. Mama dan adik perempuan pergi jenguk ayah
kat hospital”.
“Yang study US tu dah lama pergi?”.
“Baru lagi”.
“Dia naik pesawat MAS ke?”.
“A’ah naik MAS”.
Tempoh singkat, perbualan yang ringkas dan berakhir
dengan perkenalan tidak di duga. Berusia lingkungan akhir empat puluhan atau
mungkin awal lima puluhan, akhirnya lelaki ini membahasakan dirinya ‘abang Ki’
dan mengaku mengenali seseorang bernama Azril Arif.
Sebelum pulang abang Ki menyerahkan sekeping surat
notis untuk ayah.
“Jangan lupa suruh ayah pergi check tu nanti”. Dia
memesan. Sekali lagi aku mengangguk tanda faham.
BERSAMBUNG BAB 3....
BERSAMBUNG BAB 3....