BERMULA
penerbangannya yang pertama sebelas hari yang lepas, setiap malam aku akan
bangun bersolat. Tidak pernah pula aku setkan jam namun tepat dua tiga puluh
pagi pasti aku tersedar dengan sendiri. Tambah-tambah lagi kalau hari tersebut
Azril Arif bertugas dan ketika tersedar itu saat dirinya masih di udara. Ringan
badan ini bangun untuk bersolat.
Ia bagai menjadi rutin kehidupan aku yang baru.
Alhamdulillah kalau dengan kehadiran Azril Arif dan anak-anaknya mampu
menjadikan aku hamba yang lebih baik kepada ALLAH. Kadang-kadang kita nak
berubah pun, ALLAH berikan hidayahnya untuk kita melalui orang lain.
Malam ini, usai solat Hajat dan Tahajud senang
fikiran aku menerawang teringatkan perbualan aku bersama Azril Arif malam
semalam.
………………
“Husna dah tahu pasal you”.
“Hah!!..dia tahu?. Bila, macam mana?”.
“Dah lama dah dia tahu...”.
Anak Azril Arif baca sms aku?. Sms yang mana satu la
tu. Harap-harapnya yang tidak keterlaluan. Kiranya puteri tunggal Azril Arif
ini merangkap setiausahanya jugak rupanya, biasa lah anak papa.
“Lepas tu dia tanya I, you suka tak pergi masjid?. Dia
kata nanti boleh lah Husna pergi solat dengan aunty”.
Aku terkedu. Gadis itu cukup petah berkata-kata lagi
bijak walaupun baru berusia sebelas tahun.
“Kenapa dia boleh cakap macam tu, B?”.
“Dia tak pernah pergi solat kat masjid dengan mommy
dia, kalau pernah pergi pun dengan pembantu rumah je. Mana nak sama”.
Begitu sekali keinginan anak daranya itu. Aku
mengeluh, fikiran kembali ke alam nyata.
SEJAM lebih awal dari Malaysia, itu adalah perbezaan
waktu di negara yang terkenal dengan bunga Sakura ini. Pesawat besar itu selamat
mendarat jam lima pagi waktu Tokyo. Sekumpulan pramugara pramugari dan
juruterbang MAS serentak berjalan memasuki lobi hotel lima bintang sebaik turun
dari van selepas menempuh tujuh jam perjalanan di udara. Situasi itu menyebabkan
ramai mata tetamu hotel memandang duta kecil Malaysia ini. Tidak kurang juga
ada yang mengambil gambar dari jauh.
Masing-masing menunggu di kerusi yang di sediakan di
lobi hotel. Wajah keletihan terpamer jelas di wajah. Mungkin bagi orang luar,
kerjaya di awan biru tiada yang susah melainkan popular. Namun rahsia di
sebaliknya tiada siapa yang tahu. Sejam melayan penumpang di atas awan di ibaratkan seperti bekerja selama lapan jam di darat. Inikan pula berada selama tujuh jam di udara
dan melayan pelbagai kerenah beratus penumpang.
Dua pramugari dan seorang pramugara mewakilkan diri
ke kaunter penyambut tetamu untuk mengambil kunci bilik. Empat bilik di khaskan
untuk lapan orang pramugari dan dua bilik diberi kepada empat orang pramugara.
Ketua juruterbang dan pembantunya pula masing-masing terpaksa berjalan sendiri
untuk mengambil kunci bilik memandangkan masing-masing tidur berseorangan di
kamar nanti.
Sebaik kunci berada di tangan, bergerak pula mereka
ke lif untuk naik ke bilik. Azril Arif dan pembantu juruterbangnya di bilik
Suite tingkat lapan Hilton Tokyo Narita Airport Hotel, sementara krew pula di
tingkat lima bilik Superior. Semuanya tidak sabar merebahkan diri.
Shibuya, Akasuka, Tokyo Skytree dan Akihabara adalah
antara tempat menarik yang pernah di kunjungi Azril Arif bersama anak-anak
kapalnya sewaktu penerbangannya yang terdahulu
Untuk menaiki tren menuju Tokyo, pelancong perlu
berjalan ke lapangan terbang terlebih dahulu. Mujurlah juga setiap kali
bermalam sewaktu bertugas, pahak syarikat sudah menyediakan tempat penginapan
mereka berhampiran lapangan terbang.
Di sini pelancong perlu membeli tiket “day pass”
iaitu di mana satu tiket untuk semua destinasi dalam masa sehari. “Day pass”
ini hanya boleh di gunakan untuk Toei Subway dan Tokyo Metro. Harga tiket “day
pass” pula adalah Yen1000, manakala tiket pergi balik dari lapangan terbang ke
Tokyo (Ueno station) adalah Yen2000. Perjalanan dari lapangan terbang ke Tokyo
mengambil masa selama satu setengah jam.
Kaminarimon Gate adalah salah satu tempat tumpuan pelancong
di Akasuka, Tokyo. Kaminarimon Gate ini merupakan pintu pagar kepada kuil
tersohor iaitu Sensoji, kuil yang paling kerap dilawati dan tertua di Jepun. Di
depan pagar kuil di letakkan satu tanglung besar seberat 3 tan dan tingginya
adalah 4 meter. Ia mula diletakkan di situ sejak 1960. Di tanglung itu tertulis
dua perkataan iaitu “RI MON” bermaksud guruh dan angin. Ianya mewakili tuhan
guruh di sebelah kiri dan tuhan angin di sebelah kanan.
Di sini juga terdapat satu tempat membeli belah
tertua di Jepun, ia terletak di sebelah dalam pagar ini. Kebanyakkan
kedai-kedai disini diwarisi sejak turun temurun. Banyak kedai cerderahati dan
pelbagai kedai menjual makanan kering di Jepun.
Pagoda 5 tingkat dan Asakusa Hanayasashiki juga
antara tempat menarik di Akasuka untuk di lawati.
Statue Hachiko pula adalah tempat menarik dan
popular di Shibuya. Lagenda mengatakan Hachiko adalah seekor anjing kepada
seorang professor yang memiliki sifat taat setia yang luar biasa. Beliau selalu
menunggu tuannya pulang dari kerja di Stesyen Shibuya.
Pada suatu hari tuannya telah meninggal dunia akibat
serangan jantung di tempat dia bekerja. Mulai dari saat itulah Hichiko setia
menunggu tuannya itu pulang walau apa jua keadaan cuaca sehinggalah Hachiko
mati pada 1934.
Cerita Hachiko ini telah di filemkan di Hollywood
dan di lakonkan oleh Richard Gere tetapi latar belakang lokasi ditukarkan ke
US.
Usai mandi, Azril Arif menggagahkan diri untuk
bersujud kepada penciptanya yang satu. Setelah itu barulah dirinya merebahkan
diri ke katil empuk. Mudah sahaja matanya terpejam di cuit mimpi. Merehatkan
minda menjadi focus utama. Masih bersisa 13 jam sebelum penerbangan seterusnya
tengah malam nanti.
BERSAMBUNG BAB 30 & 31
BERSAMBUNG BAB 30 & 31