owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130815

51 days with you mr.pilot-bab 52

AKU tidak menunggu panggilan darinya seperti kebiasaan kerana hari ini adalah hari pertama Azril Arif akan menduduki peperiksaan simulator cockpit bagi pesawat yang di kendalikannya di Malaysia Airlines Academy (MAA). Namun sedang aku bersiap ke tempat kerja, telefon aku berdering. Hurmm..kata tak kan telefon, tapi telefon jugak.
Termengah-mengah suaranya bersama bunyi hembusan dari mulut. Tengah hisap rokok la tu.
“You pergi ni dengan apa”.
“Dengan kereta”.
“Transport tak datang ambik?”.
“Semalam office telefon, mereka nak hantar transport tapi I tak nak. Baik drive sendiri. Kalau diaorang datang ambik awal sangat, Lagipun dekat je rumah dengan MAA tu. Baik pergi sendiri”.
Hari-hari seterusnya tiada lagi panggilan atau sms daripadanya. Sabar jelah untuk empat hari.

Jam demi jam, sehari demi sehari. Cukup sabar aku menanti. Hanya kembali membaca pesanan-pesanannya yang lepas di peti masuk. Baca mesej pun aku boleh tergelak sorang-sorang. Bukan kerana ayatnya romantik atau jiwang tapi kerana semuanya ada unsur lucu dan lawak, apatah lagi kalau kami bersembang.

“MALAM ni boleh tak you call I. Dah lama I tak sembang dengan you. I rindu, teringat anak-anak”.
Aku menghantar sms kepada Azril Arif selepas genap empat hari dirinya mengambil ujian. Rindu papa dan anak-anak sebenarnya.
“Okey. I pun memang niat malam ni nak call you. Kalau you tak hantar sms pun memang I akan cari you malam ni”.
Aku tersenyum membaca ayat sms yang berbalas daripada Azril Arif.

Seperti yang di janjikan, dirinya menelefon aku pada sebelah malam. Kami bersembang untuk melepaskan kerinduan. Mungkin hanya di pihak aku tapi tidak di pihak Azril Arif. Aku menyedarkan diri.
Baru empat hari berlalu, namun aku sudah mulai rasa janggal untuk bercakap dengan encik juruterbang. Dah jadi macam orang asing. Apakah perasaan itu hanya aku seorang sahaja yang rasainya atau memang betul-betul Azril Arif juga merasai apa yang aku rasa. Azril Arif bukan seperti Azril Arif yang aku kenal lagi. Bagi aku dirinya sudah berubah.
“You ada girlfriend baru ke?”. Aku mula bertanya selepas merasakan tiada kemeriahan seperti biasa ketika kami bersembang. Azril Arif banyak berdiam, senyap secara tiba-tiba. Macam takde mood aje.
“Tak lah..I takde girlfriend baru, buat masa ni I masih ada you sorang je, kenapa?”.
Persoalan yang di tanya di jawab dengan persoalan. Mungkin Azril Arif cuba berselindung atau sememangnya betul jawapannya.
“B!!, kalau tujuh hari you tak cari I, I takkan cari you balik tau”. Betapa peritnya untuk aku meluah ayat itu. “I takut kalau masa tu I cari you, you bukan macam yang I kenal lagi. Faham-faham je lah kalau orang dah tak suka. Sekarang pun I rasa you bukan macam yang I kenal. Dah berubah”. Terluah jua akhirnya.
Aku sendiri tidak tahu kenapa laju malam ini aku bertutur. Mungkin itu clue yang aku bagi kepada Azril Arif untuk memudahkannya berterus terang dengan aku jika betul dia sudah ada orang lain sekarang.
“Perasaan you je tu. I masih macam dulu. Mungkin you rasa macam ni sebab dah banyak hari kita tak berhubung”.
Nampaknya Azril Arif masih cuba menyedapkan hati aku. Semenjak pulang dari Frankfurt semakin jelas dan ketara perubahan yang ada pada dirinya. Aku cuba untuk mengajar diri, itu semua hanyalah perasaan aku tapi tak boleh. Azril Arif berubah seiring dengan mimpi-mimpi yang aku alami.
Dari sehari ke sehari, teringin sekali aku menceritakan kepada Azril Arif mengenai mimpi aku pada malam dirinya bertolak ke Frankfurt. Tak pernah berputus asa usaha namun setiap kali kami meluangkan masa, tidak terluah untuk mulut aku bercerita. Nak hantar sms gagal, telefon pun gagal jugak. Asyik terbantut je niat.
“Tak B!!.. you betul-betul dah lain. Kalau dalam masa tujuh hari you tak cari I lepas you menyepi, you dah tak boleh cari I seumur hidup you, dunia akhirat. You ingat tu tau”.

Azril Arif memang tak macam dulu lagi. Kalau dia dah ada girlfriend baru, kenapa telefon aku, cari aku atau hantar sms pada aku lagi?. Mungkinkah juga dia tidak mahu terburu-buru?. Kalau lah semata-mata untuk menjaga perasaan aku, ia sebenarnya makin menakutkan dan menyeksakan jiwa aku. Aku bagaikan sedang menanti hari hukuman yang pasti namun tidak tahu bila waktunya.
“Alahai…takkan sampai macam tu sekali, seumur hidup I tak boleh cari you”. Dirinya ketawa kecil. “Jangan terburu-buru macam tu. Kalau I tak cari you dalam masa tujuh hari, you cari I. Telefon, hantar sms kat I sampai you dapat. Mana tahu I sibuk tak sempat nak bagitahu you apa-apa ke. Mungkin anak demam, I sakit. Jangan mudah melatah. I janji, apa-apa pun yang terjadi I akan bagitahu you sepatah. Takkan senyap atau menyepi secara tiba-tiba, okey?”. Kali yang ke seratus lima puluh juta dirinya memberi janji dan keizinan.
“Lately ni I selalu nampak bayangan perempuan dalam solat setiap kali I sujud. I yakin dia ada kaitan dengan you. I dapat bayangan tu sejak you fly ke Narita lagi”. Akhirnya aku berterus terang kepadanya mengenai salah satu dari apa yang aku alami.
“Ha..solat tak kusyuk”.
“Orang betul-betul serius ni”.
“Mungkin you nampak tu Sherry Amani atau kak ngoh kot”. Azril Arif memberi pandangan.
“Sherry Amani atau kak Ngoh?. Tak logik la, kenapa pulak I nak nampak diaorang. Diaorang bukan musuh I, tak pernah bersembang pun selama ni. Tapi maksud bayangan tu lain la B”. Aku yakin naluri aku tidak tersilap.
“Tak tahu lah tu. Tapi memang I takde siapa-siapa lagi buat masa ni, kalau ada nanti I bagitahu lah”. Azril Arif masih menafikan.
“Kalau sekarang dah ada orang lain, better terus terang. You tahu kan I boleh terima. I bukan apa I takut kalau yang sana salah anggap atau marah. Sebab mimpi tu lain macam, I tak nak you bermasalah”.
“Ya ALLAH, betul I takde siapa-siapa. Kalau I ada.. I bagitahu. Jangan risau… I takan menyepi”.
Azril Arif masih cuba meyakinkan aku dan sememangnya aku berpegang kepada apa yang di janjikan. Sudah berkali-kali dirinya berjanji dan Azril Arif juga masih ingat dengan janji-janjinya itu maka aku yakin dirinya akan bersikap professional seandainya ada apa-apa yang terjadi nanti.
“You tahu tak, bukan you sorang yang hantar sms pada I petang tadi tau, ayah I pun ada telefon I jugak hari ni”.
“Kenapa ayah you telefon tadi?”. Entah-entah ayahnya nak cakap pasal girlfriends lagi tak. Aku meneka sendiri.
“Dia tanya kenapa lama I tak telefon. Biasanya dua hari sekali I call dia. Ni sejak-sejak dia balik hari tu I tak telefon pun lagi. Ayah I pulak kalau takde hal penting, takdenya dia telefon I”.
“Hal apa?”.
“Tadi ayah I kata isteri DO kat daerah kampung I tu nak jual kebun getah enam ekar. I ingat nak beli”.
“What?. Hari tu kata takde duit. Tapi boleh pulak nak beli tanah. Enam ekar pulak tu?”.
“Duit boleh cari, sikit-sikit tu ada, lebih-lebih tu kita tambah la”. Jelasnya lagi.
“Nanti siapa nak jaga?”.
“Ayah I kan ada. Dia akan jaga. Kalau tak, upah jelah orang”.
“Berapa harga orang tu nak jual?”.
“Tak tahu lagi, tapi untuk asset tak rugi kalau kita ambik. I ingat balik kampung nanti nak bincang. Sufian pun dah buka kedai dia”. Azril Arif menambah.

Semakin dekat dengan tarikh Azril Arif dan anak-anaknya akan pulang ke kampung untuk majlis perkhawinan adik perempuannya nanti, semakin kerap aku merasa berdebar, tidak senang duduk, dan gelisah. Sepatutnya aku gembira tetapi sebaliknya pula yang aku rasa.
Mimpi dan bayangan, apa maksud kedua-dua itu dengan Azril Arif?.

Tiap-tiap malam aku tidak lupa berdoa yang terbaik untuk hubungan kami berdua. Di usir perasaan yang tidak menentu kalau-kalau itu semua hanyalah mainan sahaja. Moga apa yang kami rancang, ALLAH permudahkan.
Untuk bulan lapan, Azril Arif akan terbang ke lima negara. Shanghai, Paris, Tokyo, Mumbai dan terakhir New York. Esok dirinya akan mula bekerja.

20130814

51 days with you mr.pilot-bab 51

“AZRIL ARIF kawin dua”.
Terkejut dengan suara yang baru berkata-kata sebaik pintu bilik ku di buka, aku mengangkat wajah. Novel di tangan sudah tertutup rapat.
“Betul ke ni?, dari mana mama tahu”.
“Yayang kerja shif sama dengan mama tadi. Dia la yang beritahu”.
A’ah la, macam mana aku boleh lupa. Wajah kak Yayang kan macam arab sikit. Tak sangka pula tanpa pengetahuan aku, dalam diam mama bertanyakan perihal keturunan Azril Arif kepada sorang rakan sekerjanya. Tapi dari mana kak Yayang tahu Azril Arif kawin dua?. Sekarang ke atau bila bab kawin dua tu. Berkecamuk fikiran aku. Yer ke tak ni?.
Aku cuba menenangkan diri sendiri di hadapan mama. Tapi kalau betul macam mana?. Takkan aku berurusan dengan suami orang selama ni?. Dengan anak-anak dia sendiri aku pernah bercakap, soal kerjanya aku tahu, keluarga, adik beradik..hampir ke semuanya.
“Tapi Yayang kata, tak tahu sumber tu betul atau tak sebab mama dia yang bagitahu. Mama dia kata ayah Azril Arif selalu pergi solat kat masjid nenek Yayang”.
“Takpe lah. Nanti Jie tanya Azril Arif sendiri pasal tu”. Ya ALLAH berilah aku kekuatan untuk terima kejutan lagi.
…………
Kak Yayang. Baru beberapa bulan lepas aku mengenali wanita berusia dua puluh empat tahun itu. Waktu itu kebetulan aku mengikut mama ke tempat kerjanya sambil melawat kawan aku yang baru bersalin. Masih aku ingat, tiba-tiba ada orang datang mencuit pinggang aku ketika aku menunggu mama menyiapkan kerjanya sebelum pulang. Entah siapa-siapa, aku tak kenal, tak pernah nampak pun setiap kali aku ke wad mama. Dari uniform yang di pakainya, aku tahu wanita ini bekerja di sini. Aku memandangnya hairan. Berani pulak main cuit pinggang kita minah ni.
“Ini la kak Yayang. Yang mama selalu ceritakan tu”. Mujur lah mama datang bagitahu.
Sebelum ini memang mama selalu bercerita tentang kak Yayang, tapi aku tak pernah tengok orangnya. Nasib aku tak sembur tadi. Terus aku tersenyum padanya, siap boleh gelak-gelak lagi dengan kak Yayang lepas tu. Cantik orangnya, Hidung mancung, kecil molek empunya diri. Peramah, baik, gila-gila, banyak cakap. Ayah kak Yayang bekas rakan sekerja ayah dan sekarang, kak Yayang dan mama pula menjadi kawan sekerja. Betapa keciknya dunia ini.

Itulah hari pertama aku mengenali kak Yayang. Sekarang kak Yayang tengah mengandungkan anak sulung, lagi dua bulan duenya.
Tak boleh jadi ni.. Azril Arif buat hal lagi. Tak tahu kenapa, aku mudah untuk berhenti berhubung dengannya jika ada perkara begini terjadi. Terlalu sensetif sejak bayangan dan mimpi itu mengganggu. Sudah banyak kebetulannya yang boleh diibaratkan sebagai clue.
Tangan aku mula gatal, laju sahaja sms di taip. Bukan marah tapi sekadar untuk mengetahui.
“I sangka satu rupanya dua yer B.:)?”.
Sms di hantar untuk captain Azril Arif bersama emoticon senyuman paling ikhlas. Adakah juruterbang itu faham atau tidak kiasan aku ini..tak tahu lah. Ia hanya kata-kata ringkas yang tidak di sebut maknanya. Malas aku nak telefon. Lagipun hari ini sehari suntuk aku tidak menerima panggilan daripada Azril Arif.
Sepantas sms di hantar, sepantas itu jugalah telefon aku berbunyi. Panjang umur.
“Dah makan?. Tengah buat apa?”. Kemudian baru lah Azril Arif bertanya bersama gelakkan. Mungkin baginya semua itu lawak. “Tahu mana pasal tu?”.
“Ada lah sumbernya, tak payah you tahu”.
“You ingat tak dulu I pernah kata masih banyak lagi yang I tak ceritakan pada you. Dan ini salah satu darinya”.
Masakan aku boleh lupa apa yang dia pernah cakap. “Jadi betul lah apa yang mama I bagitahu tu”. Aku meminta kesahihan. Semestinya jawapan Azril Arif tadi bagai mengiakan apa yang mama cakap.
“Benda tu dah lama, masa I zaman muda, sebelum khawin dengan Sherry Amani lagi”.
Mujurlah Azril Arif tidak bermain tarik tali. Sekurang-kurangnya dia juga tidak menyembunyikan kebenaran.
“Pasal tu, I janji akan bagitahu you semuanya masa I balik kampung nanti. You sabar sikit je lagi okey. Nanti kita jumpa you tak payah tanya apa-apa, I akan jelaskan semuanya dari A- Z”. Janji Azril Arif. Entah keberapa kali aku akur.
“Ayah you selalu pergi solat kat masjd kan?”.
“A”ah betul”.
“Apa hubungan ayah you dengan pemilik masjid tu?”.
“Tu sepupu ayah I, kenapa?”.
Sepupu?. Kak Yayang tak bagitahu mama pun yang neneknya dan ayah Azril Arif bersaudara. Hurmm..kira cara aku psiko Azril Arif ni berjaya lah. Mereka punyai talian persaudaraan rupanya. Memang p mai..p mai orang yang sama je di sekeliling kita.
“Cucu pemilik masjid tu lah yang bagitahu mama tadi”. Aku juga menjelaskan kepadanya akan perkenalan aku bersama kak Yayang.
“Owh..pasang spy yer”. Azril Arif menembak.
“Hello!!!! takde masa I nak pasang spy. You tahu kan I takkan buat macam tu kat you. I dengan kak Yayang kan dah lama kenal. Sebelum I kenal you lagi”. Aku menafi tuduhan Azril Arif. Rupanya Azril Arif juga mengenali mama kak Yayang selepas aku menerangkan segala-galanya.
“Masa I umur lapan atau sembilan tahun, mama dia dah remaja. Nama Midah kan mak dia”. Duga Azril Arif kepada aku.
“I mana tahu apa nama mama kak Yayang”. Aku menjawab dengan jujur. Mama kak Yayang pun aku tak pernah jumpa.
“Sedara I yang duk Tanah Merah, kalau laki dia kerja Risda, Midah tu sorang je lah”.
“Betul la tu kot”. Aku mengia sebelum bertanya di mana dirinya berada.
“I kat shopping kompleks. Tengah beli barang Linda”.
“Siapa Linda?”. Aku ingin tahu siapa gerangan gadis yang baru di sebut Azril Arif. Dada aku mula berdebar-debar. Inikah gerangan orangnya?.
“Lepas I telefon you semalam, I tertidur atas sofa.
……….
“Papa..papa..papa…”. Adam Niaz menggoncang tubuh papanya dengan kudrat kuatnya sebagai si kecil. Dirinya bersama kakak dan pembantu rumah baru sahaja di hantar pulang oleh mommynya. Niatnya ingin menunjukkan permainan baru yang di belinya tadi.
“Papa takkan bangun dik, esok jelah”. Nurul Husna memujuk adik bongsunya. Siti pula sudah berlalu ke bilik untuk meletakkan beg selepas mengunci pintu utama.
“Jom tidur dengan kak Siti”. Pembantu rumah pula mengajak Adam Niaz. Awal pulak malam ini majikannya tidur, mana mungkin bisa melayan kerenah si kecil. Giliran Nurul Husna pula berlalu ke biliknya. Adam Niaz menggeleng tanda tidak mahu dengan ajakan Siti. Berkali di ajak..tetap gelengan yang di berikan.
“Nak tidur tepi papa”. Adam Niaz berbaring di tepi papanya di atas sofa. Tidak lama terus terlena.

“Kul satu macam tu lah kawan I telefon bagitahu pasal Linda. Dia tanya, I nak lagi ke tak pembantu tu. Bila I kata nak, dia suruh I pergi Kampung Baru time tu jugak. Anak-anak balik pun I tak sedar. Adik tidur tepi I atas sofa. Sebesar-besar I, muat lagi dia mencelah”. Aku tergelak mendengar ceritanya. “Memang I mengantuk sangat. I sedar dia ada kat situ pun bila telefon bunyi”.
“U ambik Linda ni berapa kena bayar”.
“I ambik dia ni atas angin je, I bayar semalam pun lima ratus. Kawan suruh I tolak gaji Linda beberapa bulan, kira ganti untuk bayaran I buat semalam. Tapi I tak sampai hati. Gaji dia pun lima ratus je kita bagi. Kalau tolak, mana dia nak simpan, nak hantar kat keluarga lagi..kecian. Masa dalam kereta semalam I tanya, ada kain sembahyang ke tak. Dia kata takde. I tengok pun dia sehelai sepinggang je. So malam ni I bawa lah dia datang beli apa patut”.
“Uols berdua je ke?”.
“Ada ke I dengan dia je, anak-anak ada sekali. Husna tengah pilih pakaian dia la tu”.
Lega aku mendengar. Dengan adanya Linda, tidak perlulah Azril Arif risau untuk menghantar anak-anak kepada bekas isterinya lagi.
“So macam mana first day dia?”.
“Okey la..pagi tadi I tengok Siti dah ajar dia guna mesin basuh. Lebih-lebih tu nanti Siti ajar lah apa yang patut dia tahu sebelum cuti panjang. Sekurang-kurangnya takde lah Linda kekok”.
Wajib untuk Linda tahu, itu memang amat penting kerana kesemua hal dari soal mengemas rumah, memasak, membasuh, menggosok, melipat dan menggantung baju-baju sekolah Nurul Husna serta uniform kerja Azril Arif selama ini akan di lakukan oleh pembantu rumah.
“Linda bagitahu I, dia pernah kerja dengan satu family di Kelantan dulu, Baung Bayam katanya”.
“Dekat dengan rumah lama I tu”.
Soal perkhawinan Azril Arif yang kak Yayang beritahu mama petang tadi di biarkan berlalu. Clue sudah pun terjawab, cuma belum di beri penjelasan je lagi. Memandangkan Azril Arif sudah berjanji maknanya aku tunggu je lah. Lagi dua minggu je perlu bersabar. Soal pembantu rumah juga sudah selesai. Asalkan Azril Arif tidak perlu berpisah dengan anak-anaknya nanti, aku tumpang lega.
“Start esok sampai empat hari lagi I exam tau, so sibuk sikit. Mungkin tak sempat nak call you. Malam ni pun I kena tidur awal”.
Azril Arif cuba mengingatkan aku tentang kesibukkannya menghadapi peperiksaan. Aku faham dirinya perlu fokus.
“Owh pasal tu takpe, I faham. Lepas exam kalau you rasa nak cakap dengan I, you call atau sms lah. Nanti I balas”. Aku memahami dan cuba membiasakan diri.
“Mesti lah I akan call. I mana boleh kalau tak cari you. You kan girlfriend I”.
Makin manis kebelakangan ini ayat-ayat gurauan Azril Arif. Namun entah kenapa, aku sudah mula berjauh hati sejak-sejak dirinya masih merahsiakan kehadiran aku daripada pengetahuan ayahnya. Tapi mungkin juga ia kesan daripada mimpi-mimpi yang kerap aku alami kebelakangan ini. Entah lah!.

20130813

51 days with you mr.pilot-bab 50(pulang dari FRANKFURT)

FRANKFURT sebuah bandar yang menarik, tidak terlalu sibuk. Kebanyakkan penduduk di sini lebih selesa mengayuh basikal untuk urusan seharian. Di sini juga adalah syurga kepada pengejar barangan berjenama seperti LV, Hermes, Gucci dan lain lain. Kota Frankfurt sendiri di dalam bahasa Jerman adalah Frankfurt am main.
Azril Arif bangun dari baringan. Terasa lemau pula badan kerana terlalu lama tidur. Tengah ber sms tadi pun boleh terlena balik. Perutnya sudah berkeroncong. Dirinya memutuskan untuk membuat pesanan ke bilik sahaja. Malas mahu bersiap dan mencari tempat makan.
Ganggang telefon di angkat dan pesanan di buat.

“Takpelah uolss pergilah, I ingat nak berjalan sorang-sorang ke Kota Mainz. Shopping-shopping jugak, tapi jangan ada yang lewat berkumpul kat sini pulak esok”. Azril Arif membuat keputusan dan meninggalkan pesanan sebelum dirinya membawa haluan berbeza daripada krew penerbangannya kali ini.
Mereka semua lebih selesa ke kota Frankfurt. Cathedral, city hall, Goethe house termasuk juga business district dan trade fair yang biasa di adakan setiap tahun. Lenguh la kakinya kalau mengikut mereka nanti. Jika dirinya ke Kota Mainz ia lebih santai. Bak kata orang lebih Jerman Tradisional kerana ianya hanyalah sebuah kota kecil.
Dirinya sudah menyewa sebuah kereta untuk ke kota itu yang mengambil masa sekitar 40 minit dari Frankfurt. Ketika ingin menyewa kereta adalah di antara perkara yang unik yang ada di negara empunya teknologi kereta ini. Mana tidaknya, nak sewa kereta pun perlu guna tiket. Pelancong hanya perlu membeli tiket di DB ticket Machine yang mirip ATM di Malaysia. Hanya perlu pilih samada untuk membeli tiket regional mahupun international.

Seperti di Negara Perancis, Jerman juga sangat menjunjung tinggi bahasa Jerman mereka sendiri. Komunikasi, papan tanda di jalan dan sebagainya hampir mustahil ditemui dalam bahasa inggeris.

“MORNING my girl, dah solat”. Ayat biasa dari Azril Arif sebaik landing di KLIA dari Frankfurt.
“Morning B!!!. I kan tak boleh solat”. Aku mengingatkannya tentang keadaan ku yang sedang bercuti khas.
“Owh..lupa, mesti you tengah baring sekarang kan?”.
Aku pasti dia sudah tahu, dari suara aku pun dia sudah boleh mengagak. “You telefon ni I bangun, lepas tu I nak tidur balik jap lagi”.
“Cuba you bayang kan, kalau you tengah tidur tu, I ada kat tepi… then!!”.
Dah mula dah usikan Azril Arif bersama intonasi suaranya yang bisa buat bulu roma ku meremang.
“B!!!!!!!!!!!!!!!!. I dah bangun dah, I takkan tidur. No..no..no!!!”. Aku memotong ayatnya sebelum dia berkata lebih. Selalu aku terjerit setiap kali Azril Arif bergurau seperti itu. Ada je idea dia untuk menyakat. Kedengaran Azril Arif gelak agak kuat. Aku jatuh hati mendengar ketawanya. Pelik. Hanya ketawa pun manusia boleh jatuh hati.
“Okey lah, I nak pergi solat dulu. Nanti kita sambung lagi lepas I balik jap lagi”.

DARI pagi hingga ke petang, sehari suntuk aku menunggu panggilannya. Namun selepas pulang ke rumahnya langsung tiada panggilan atau sms dari Azril Arif.
Jam lapan malam baru lah telefon aku berbunyi. Mujur telinga aku dengar. Meleret senyuman ku.
“Kak ngoh baru balik, Sherry Amani hantar”.
Saja tadi aku berbasi basi bertanya tentang anak saudaranya. Mana tahu jadi macam hari tu pulak.
“I pun nak keluar makan ni. Tekak tiba-tiba nak makan char kuew teow”.
“You nak keluar dengan anak-anak ke?”.
“Taklah. I keluar sorang. Anak-anak tengah bersiap nak keluar dengan mommy diaorang pergi shopping, Siti ikut sekali. Sherry Amani dah tunggu kat bawah”.
“Kenapa tak pergi jumpa dia”.
“Buat apa nak jumpa, biar lah dia. Lagipun nak keluar dah tu”.
“You nak keluar jumpa girlfriend ke?”.
“Girlfriend-girlfriend, kan I dah cakap takde girlfriend lain. You duk cakap macam tu satu doa tau, ada sungguh baru tahu”.
“Hak you, life you kan..takde kaitan dengan I”. Aku tipu, ayat cover line semata-mata. Ego menafikan. Semuanya gara-gara “keunikkan” perkenalan kami. Memang betul aku cemburu kalau dia dah ada yang lain.
“Okeylah nanti kita sambung, I nak keluar dah ni”.
Satu persatu siaran television aku buka sebaik telefon di letak. Malam ini langsung tiada cerita yang menarik hati. Bosan. Anis Irdina, mama dan dua orang adik lelaki ku baru sahaja keluar. Ayah pula ke Johor pagi tadi, outstation untuk beberapa hari. Hanya aku keseorangan di rumah. Kiri kanan sunyi.
Aku bangun ke bilik air mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Isyak. Panjang doa di pohon usai bersolat. Moga segala-galanya di berkati dan di permudahkan.
Sungguh, sepanjang bersama Azril Arif dan anak-anaknya hanya kegembiraan dan kelucuan serta kehidupan yang terisi yang aku rasakan. Belum sempat aku mencarinya, pasti dirinya dulu yang mencari. Sepanjang perkenalan itulah yang terjadi.
Aku bangun menyidai telekung sembahyang. Belum sempat pintu bilik tertutup, telefon aku berdering. Tak sampai sejam pun dirinya keluar.
“Tengah buat apa?”.
“Baru lepas solat. You duk kat rumah ke ni?”.
“A’ah, I dah ada kat rumah, tapi anak-anak dan Siti belum balik lagi”.
“Aiikk cepatnya makan, ke tak jadi dating?”.
“Dekat je kedai makan pun. Lepas makan terus balik. Letih balik kerja belum hilang lagi, nak dating apa”.
“You dah solat?”.
“Belum. I nak lelap mata jap ni. Tu yang telefon you dulu, karang dah tertidur takut tak tertelefon. Tengah malam nanti kalau rajin I nak study exam skali”
“You tak study lagi ke?”.
“Belum”.

Lusa dan sehingga empat hari akan datang Azril Arif akan menduduki peperiksaan. Selepas itu barulah dia akan terbang kembali, tapi belum tahu ke mana tripnya kerana jadual penerbangannya untuk bulan lapan masih belum keluar.

51 days with you mr.pilot-bab 49(FRANKFURT)

“YOU tengah buat apa?”. Sms pertama aku untuk Azril Arif.
Malam ini aku memberanikan diri menghantar sms kepada Azril Arif selepas berjam-jam dirinya tiba di Frankfurt. Macam biasa bab sms..Azril Arif takkan hampakan aku, pasti berbalas.
 “I baru bangun tidur ni, baru baca sms you. Kat sini dah jam tiga petang”. Azril Arif membalas.
Dirinya kini berada di atas tilam empuk Hilton Frankfurt Hotel yang bertaraf lima bintang. Sekali imbas dari luar, reka bentuk hotel ini seperti sebuah kapal pelayaran mewah yang sedang berlabuh menunggu penumpangnya di tepi pelabuhan.
Hotel ini terletak di tengah-tengah Frankfurt. Hanya beberapa langkah dari menara Eschenheimer, Bursa Saham dan Zeilgaleria. Juga yang berada berdekatan adalah Alte Oper dan Main Tower.
Jam tiga petang waktu Frankfurt bersamaan jam sepuluh malam waktu Malaysia.
“Kenapa tak hantar sms cakap dah sampai”. Aku bertanya.
“Bukan tak nak hantar sms. Semalam flight I delay 1h. Pukul dua belas tengah malam baru bertolak. Sampai-sampai sini tadi terus tidur, jet lag”.
Pukul dua belas?. Maknanya empat puluh lima minit sebelum aku terjaga semalam Azril Arif masih di Malaysia?.
“Kenapa lewat berlepas”.
“Control tower mintak delay sebab ruang udara India waktu tu sibuk”.
lelaki ini memberitahu sebab musabab kenapa pesawatnya terpaksa berlepas lewat malam semalam. Sememangnya ruang udara India hanya boleh di lalui dua buah pesawat dalam dua hala untuk satu masa.
Kali ini hanya sms penghubung kami. No telefon, telefon. Lagipun kos panggilan luar negara di negara Jerman itu terlalu mahal. Hanya tinggal enam belas jam je lagi dirinya akan berlepas pulang ke Malaysia. Setiap kali terbang ke Frankfurt, boleh di katakan masanya hanya untuk tidur selepas mendarat. Sebaik mata di buka, dirinya perlu bekerja kembali.
Aku cuba menaip sms, ingin sangat aku ceritakan kepada Azril Arif tentang mimpi ku semalam. Panjang aku tulis, tapi akhirnya aku padam kembali. Entah apa yang menghalang, aku pun tidak tahu.
You tak rindu I dan anak-anak ke?”.
Sempat dia selitkan soalan tentang diri mereka berempat. Gila!! Mau aku tak teringat anak-anak dia. Saja nak aku menangis la tu. Nampaknya Azril Arif sudah mula arif tentang kelemahan aku.

51 days with you mr.pilot-bab 48 (mimpi pertama)


HAAAAA!!!, aku menutup mulut yang menguap. Kenapa lah malam ini aku rasa mengantuk sangat. Aku merungut sendiri.
………….
“I on the way ke kapal dah ni. Tunggu I balik nanti”.
“Okey”.
“Jangan nangis-nangis tau. Lagi enam belas tahun I nak pencen. Kalau selalu nangis, nanti banjir KLIA dibuatnya”. Sempat lagi Azril Arif melawak selepas reporting.
“B!!! you ni selalu sindir I. Jahat!!!”. Alamak!! macam termanja pulak cara aku menjawab.
“I bukan apa, nanti malu kat anak-anak. Nanti diaorang tanya kenapa mommy selalu nangis masa papa nak pergi kerja, apa I nak jawab?”. Bersama gelakkan dirinya berkata lagi.
“Takdenya I macam tu. Nanti jangan lupa tau baca doa sebelum berlepas”. Aku tidak lupa mengingatkannya.
“Yelah, I tak lupa baca, selalu buat, nite my girl”.

Mata di lelapkan jam sebelas empat puluh lima malam. Yakin, saat ini pasti Azril Arif sudah berlepas empat puluh lima minit yang lepas.

AZRIL ARIF meletakkan keretanya di tepi pokok betul-betul berhadapan pagar rumah. Aku gembira, akhirnya lelaki ini tunaikan jua janjinya untuk datang. Aku dan mama setia menunggu di depan pintu rumah, tidak sabar menyambut kedatangan mereka. Azril Arif turun dari kenderaannya kemudian membuka pintu belakang keretanya pula. Anak bongsu di dukung.
Aku melihat dari jauh perlakuan Azril Arif. Pelik. Selepas mendukung anak bongsu, dirinya hanya berlegar-legar di depan pagar. Langsung tidak masuk ke rumah, bahkan pada aku pun lelaki ini tidak pandang. Buat apa dia ke mari kalau langsung tidak berniat untuk masuk bertemu aku dan mama?. Aku menyoal diri sendiri. Bingung dan hampa.
Nafizs pula hanya duduk di dalam kereta. Yang datang bertemu aku hanyalah Nurul Husna. Entah bila anak gadis ini berada di depan aku pun, aku tidak perasan.
“Papa suruh Husna datang jumpa aunty”. Nurul Husna berkata sebaik aku memandangnya.
“Papa suruh?, kenapa papa tak masuk”.
“Papa tak nak”.
Aku terkejut dengan jawapan anak kedua Azril Arif. Dah sampai depan rumah pun takkan tak nak masuk. Selama ini Azril Arif juga yang beria nak datang ke rumah. Aku tidak berpuas hati. Aku meminta Nurul Husna memanggil papanya lagi. Cubaan kali kedua juga gagal.
“Papa tak nak, aunty”.
Anak itu sekali lagi datang kepada aku dan berkata ayat yang sama. Nurul Husna sendiri pun hanya berdiri di depan pintu rumah. Walaupun tidak masuk namun sekurang-kurangnya anak dara ini berdepan juga dengan aku berbanding Azril Arif.
Aku tinggalkan Nurul Husna bersama mama. Kali ini biar aku sendiri yang keluar dan cuba memanggilnya masuk. Aku memanggil-manggil nama Azril Arif, melambai-lambaikan tangan aku ke wajahnya tapi duda ini seolah-olah tidak mendengar, pandangannya bagai tidak nampak aku di situ. Aku cuba menyentuh bahunya tapi jari aku juga tidak tercuit, tak sampai.
“B!!”. Aku memanggilnya pula dengan panggilan yang biasa aku panggil. Namun Azril Arif masih tidak memberi sebarang respon. Semua cubaan aku gagal. Apa yang sedang terjadi ni?. Kenapa jadi macam ni?.
Aku kembali semula kepada Nurul Husna, kali ini aku masih merayu padanya supaya memanggil Johan Arif. Nurul Husna akur dengan permintaanku.
“Papa tetap tak nak masuk aunty. Aunty!!, papa dah nak balik. Husna kena pergi”.
Seperti tadi, jawapan yang aku terima masih sama. Aku mati kata-kata.
“Kirim salam pada abang dan jaga adik elok-elok”. Sempat aku titipkan pesanan kepada Nurul Husna sebelum dia menyalami aku.

Astagfirullah..aku meraup muka. Sebaik tersedar badan aku berpeluh-peluh, dada berdebar-debar.  Dari bawah pintu bilik, samar-samar aku melihat lampu ruang tamu rumah yang masih menyala. Ini menandakan jam masih awal. Di ruang tamu masih kedengaran suara ahli keluarga aku yang belum tidur.
Telefon bimbit di ambil. Dua belas empat puluh lima waktu yang terdetik. Ingatkan dah pukul lima pagi.  Baru sejam ke aku tidur?. Rasa macam dah lama je.
Ya ALLAH, jika benar mimpi tadi bukan sekadar mimpi biasa, apa-apa yang bakal berlaku pun biarlah selepas Azril Arif datang ke rumah. Aku tidak mahu kehilangannya. Aku berdoa dan cuba menyedapkan hati sendiri.
Panjang menung aku selepas tersedar dari mimpi. Segala sms Azril Arif di peti masuk aku baca.
Dua tiga puluh pagi aku gagahkan diri ke bilik air. Badan di basahkan,wuduk di ambil dan tikar sejadah di bentangkan. Aku lakukan Solat hajat, sunat Tahajjud dan Taubat seperti kebiasaan.
Girlfriend dia ke?. Tapi kenapa?. Aku cuba berteka-teka sendiri, tidak dapat tidak dari memikirkan. Tadi ketika sujud, aku ternampak lagi, masih bayangan yang sama. Seorang perempuan muda mendepangkan tangan seolah-olah cuba menutup pandangan aku dari melihat sesuatu di belakangnya. Tertanya-tanya, siapa sebenarnya perempuan di dalam setiap sujud aku ini?. Apa yang cuba di sampaikan?. Apa yang dia inginkan?.
Yang peliknya bayangan itu datang menggangu sejak dua belas hari yang lepas semasa Azril Arif terbang ke Narita Tokyo. Biar pun bayangan itu hanya sekali imbas namun ia kuat sangat berkait dengan Azril Arif.

20130811

51 days with you mr.pilot-bab 47 (b4 berlepas ke FRANKFURT)


I baru balik hantar Husna sekolah. Duit you pun I dah bank-in kan. Pergi la check”. Azril Arif menelefon awal pagi dua hari selepas pulang dari Johor.
“Ye ker you ni B, entah-entah tipu”.
“Selalu you cakap I tipu kan. Cuba pergi bank dan check dulu ada ke tak. Kalau takde baru boleh cakap I tipu”.
“Sayang!!!!!!!!!!!! you, B”.
“Kalau bab duit sayang terus”.
Ahh!!! Seperti berjauh hati pula dari nada suara Azril Arif. Mulut ni celupar betul. Aku menyalahkan diri sendiri.
“B!!, you tahukan I sayang you bukan sebab apa yang you ada. I ikhlas sayang you dan anak-anak”. Aku cuba memujuk. Inilah kali pertama aku mengaku bahawa aku menyayanginya. “I ingat you main-main je nak masukkan duit untuk I”.
“Kan I dah kata I akan bagi. Nanti pergi lah check. Buat belanja duit tu. You kata nak buat rambut kan?”.
“Thanks B, I janji I akan bayar balik”.
“I tak suka you cakap macam tu. I tak nak dengar. I dah bagi, itu hak you. I tak nak you fikir you berhutang dengan I. I bagi ikhlas. Apa pun jadi antara kita jangan sesekali terfikir nak bayar. Itu je”.
Apa pun jadi antara kita jangan sesekali terfikir nak bayar.
Kenapa tiba-tiba Azril Arif cakap macam ni. Petanda ke apa ni Ya ALLAH?.
“Ayah you mana?”.
“Semalam kan dah balik”.
Aduii macam mana aku boleh lupa yang pak cik Afendi hanya bermalam semalaman je kat rumah anaknya.
“You dah jumpa pengganti Siti”.
“Belum. Tapi I dah cuba tanya dan suruh kawan-kawan I cari. I harap akan ada la berita daripada diaorang. You tu bangun, pergi bank, ambik duit tu. I dah sampai rumah ni, nanti I call you lagi”.
“Yelah nanti I pergi, okey, bye”.

SEMINGGU stanby dan bercuti, malam nanti Azril Arif akan terbang ke Frankfurt. Empat hari tiga malam dirinya akan berada di sana. Masih tinggal lapan jam sebelum dirinya berlepas.
“Jie!, tadi baru I tahu, malam ni I fly dengan co-pilot yang I tak pernah fly, I risau la”. Rungutnya.
Azril Arif…owh Azril Arif, telefon aku semata-mata nak bagitahu itu aje?. Manja sungguh tapi aku suka.
“Malaysia-Frankfurt berapa jam?”.
“Empat belas jam”.
“Apa yang you risau”. Aku cuba memahami.
“Yelah, I risau kalau malam ni I kena baca paper berulang-ulang kali. Empat belas jam bukan jarak masa dekat”.
“Hah! biar betul sampai baca paper berulang-ulang kali, tapi kenapa”. Pelik sungguh aku dengan dunia juruterbang ni.
“Co-pilot ni kalau diaorang tak pernah terbang dengan kita, diaorang susah nak mesra, boleh di katakan majority macam tu lah. Kita pulak nak mesra-mesra dengan diaorang, takut diaorang fikir kita ni yang bukan-bukan. Dia senyap..kita senyap”.
“Tak cakap langsung?”.
“Cakap hanya perlu je. Sebab tu kadang-kadang time bosan..paper tu I baca berulang-ulang kali. Sampaikan list orang mati pun I baca nak hilangkan bosan tau”.
“Kalau tak baca paper, you buat apa?”.
“I keluar pergi cabin, ambik udara kejap. Lepas tu masuk balik”. Azril Arif merungkai kepelikkan yang aku rasa.
“Emm!, habis malam ni, kalau team you yang kena take off kan pesawat, you akan bagi co-pilot you take off kan ke?”.
“Nop. Kalau budak baru first time terbang dengan I, I takkan bagi. Biar dia tengok dulu kita buat macam mana. Bila dah biasa terbang tu baru I akan serah pada dia. Jie!, kalau I nak tanya you sikit boleh?”.
“Boleh”.
“Andai you diberi pilihan, you nak honeymoon kat negara mana?”.
“Kalau ada rezeki dapat pergi Mekkah pun dah cukup bagi I”.
“Ala..pilih satu je. Pergi Mekkah tu I dah niat. Kalau kita kawin nanti I bawa you pergi sana”.
“Gold Coast mungkin”. Apa aku nak jawab, tak pernah berangan pun dapat jejak kaki kat oversea. Kan kos nak ke sana mahal. Lagipun berlama-lama dalam kapal terbang macam tak best je.
“Gold Coast tak best. Kalau kita pergi honeymoon nanti kita pergi Rome, best. Sekali you sampai sana, you akan selalu request untuk I bawa you pergi. Kalau you nak shopping pulak kita pergi New York atau London. Murah sikit berbanding Frankfurt ni”. Laju Azril Arif membina impian.
Dia tersilap orang ke apa ni?. Tadi bukan main lagi tanya aku negara mana aku nak pergi, alih-alih dia jugak yang tetapkan.
“Amboii, sedapnya nak pergi shopping kat London, New York bagai, ingat murah ke, harga seringgit?”. Aku membidas.
“Kalau kita ada jodoh, I bawa la. Apa guna bakal suami you ni ada kad kredit kalau you nak shopping pun I tak boleh beri”.
Hebat lelaki ini menyusun perancangan. Bahaya kalau tak mampu nak kawal perasaan dengannya, parah aku.
“Antara kereta Vios baru, Honda City dan Suzuki Swicth. Mana satu you akan pilih?”.
“I choose Vios baru”.
“Okey tapi kalau I tak fly, pergi mana-mana tu kita naik kereta you yer”.
“Hello!! naik kereta you lah, apa pulak kereta I”. Kami sama-sama ketawa. “Kenapa B?”.
“I niat kalau I kawin I nak hadiahkan sebuah kereta untuk my future wife, tu yang I tanya you”.
Bagai di panah. Kawin?. Toreh tak berdarah muka aku kini. Bukan gembira mendengar kata-katanya tapi hati aku di pagut kerisauan.
“Tahniah you dah nak kawin. Nanti I dah tak boleh nak sembang macam ni lagi dengan you. Cari lah seseorang untuk I”. Aku cuba mengembirakan hati sendiri. Ikut logik untuk apa aku menyuruhnya mencari, sedangkan aku mampu memilih dan mencarinya sendiri.
“Buat apa?”. Tanya Azril Arif melayan permintaan aku.
“Lah!!..mana tahu I ada jodoh dengan orang yang you rekemankan tu, boleh I pergi shopping, honeymoon kat tempat you cakap tu”. Dengan gaya-gaya aku buat. Macam lah Azril Arif boleh nampak.
“Tak payah cari orang lain. Cukup dengan I je. Rugi kalau you tolak I”. Azril Arif membuat tawaran besar-besaran dirinya kepada aku.
“Masuk bakul angkat sendiri betul encik Azril Arif bin Afendi ni sorang”. Pekik ku. Dia ketawa besar. “Ayah you duk sorang kan lepas adik you kawin?”.
“A”ah..duk sorang”.
“Kalau macam tu rekemenkan ayah you jelah pada I. Boleh I teman dia pergi masjid, teman dia kat rumah, masak, jaga dia. Takde lah dia sunyi duk sorang-sorang”. Laju mulut aku bergurau.
“Kan I dah kata, kalau you nak duda boleh tapi kena kawin dengan I lah”. Pandai sungguh lelaki ni melobi diri sendiri.
“I nak ayah you, ambik you buat apa, nanti meroyan perempuan-perempuan you”.
“Jangan Jie. Kecewa, jeles I kalau you jadi mak tiri I. I tak boleh terima, tak dapat bayangkan. Jangan macam tu. Naya I nanti, you pun naya jugak tau. You..I punya, hak I. I dah cop dah. Orang lain tak boleh. Ayah I tu nanti kita cari orang lain”.
Bersungguh, mati-mati Azril Arif menghalang gurauan aku. Kalau bab berseloroh, memang betul la dirinya juaranya. Takde pengganti.