owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130725

51 days with you mr.pilot-bab 11 (AUCKLAND)


“AIR TRAFFIC CONTROL, this is Malaysia 130, requesting take off from runway two”. Azril Arif berkomusikasi dengan petugas di menara kawalan Selaku ketua jeruterbang kali ini, .
Ini adalah keadaan biasa yang berlaku apabila sesebuah pesawat ingin berlepas. Selain membuat pre flight check duty sejam sebelum berlepas, juruterbang juga perlu sentiasa berhubung setiap masa dan meminta kebenaran dari menara kawalan samada untuk berlepas, mendarat atau ketika berada pada paras tertentu di atas awan. Hanya dengan kebenaran dari menara sahajalah, sesebuah pesawat itu akan di benarkan samada boleh atau tidak untuk berlepas dan mendarat.
Azril Arif kemudian membuat sedikit pengumuman untuk penumpang dan anak kapal mengenai penerbangan yang akan berlepas bila-bila masa sahaja sebaik menara kawalan memberikan lampu hijau untuk pesawatnya berlepas. Anak kapal bertugas juga sudah siap melakukan pengumuman aluan kepada penumpang serta melakukan demonstrasi keselamatan. Tengku Mukhriz, pembantu juruterbang Azril Arif sudah bersedia di kerusi sebelah.
“I yang akan take off kan pesawat”. Azril Arif bersuara lagi. Tengku Mukhriz mengangguk.
Penujah di sebelah kanan Azril Arif di tekan ke depan selepas jari pembantu juruterbangnya menekan beberapa butang kecil di bahagian atas kepala mereka untuk terakhir kali.
Raja Saifuddin dan pembantu juruterbangnya, Tan Siew hanya melihat dari belakang. Beberapa jam dari sekarang mereka pula akan mengambil alih posisi yang di kuasai Azril Arif dan Tengku Mukhriz kini.

AKU terjaga dari tidur jam dua tiga puluh pagi, demi tugas di awan biru, tepat jam sembilan malam tadi, pesawat Boeing 777 MAS Azril Arif berlepas ke Auckland. Ini kali pertama aku di tinggalkan selepas enam hari mengenalinya. Ya..belum sampai tujuh hari pun lagi kami berkenalan. Selepas berhari-hari mengenali Azril Arif, keseluruhan kehidupan aku semuanya berubah. Aku menerima kehadirannya bersama anak-anak dan aku bahagia.
ANUGERAH, mungkin itu lebih tepat lagi. Dan sungguh aku tidak pernah terfikir, terniat atau membayangkan suatu hari akan mengenali lelaki berusia yang bekerjaya sebagai juruterbang. Bagi aku, seratus empat puluh empat jam yang berlalu itu penuh dengan kebahagiaan. Azril Arif pandai melayan. Selama perkenalan, boleh di katakan ‘tiada ruang jauh’ antara aku, dia dan anak-anaknya.
Baru lima jam lebih berlepas semestinya waktu ini Azril Arif masih di udara.
Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan dia dan penumpang, lindungilah dia sepanjang berada di udara, semoga mereka selamat sampai ke destinasi dengan selamat.
Aku berdoa di dalam hati. Mungkin aku rasa tidak selesa seperti ini kerana pertama kali melaluinya. Anak-anak Azril Arif?. Mereka semua sudah terbiasa, jadi tidak ada sebarang masalah.
………….
“Kadang-kadang masa transport datang ambik I pun, anak-anak boleh buat ‘derk’ je. Asal diaorang tahu papa pergi kerja, itu dah cukup, cuma si kecik tu jelah, time dia tak ingat I pergi kerja mula la tercari-cari”.

Teringat kata-kata Azril Arif perihal putera dan puterinya saat aku bertanya bagaimana keadaan mereka ketika dirinya bekerja. Aku cuba melelapkan mata kembali tapi tak boleh. Sebaliknya ringan badan bangun menuju bilik air. Badan di basahkan bagi menghilangkan rasa mengantuk kemudian air wuduk diambil. Segar sikit badan.

AZRIL ARIF bangun dari baringannya. Sudah sejam rakan setugas mengambil alih mengendalikan pesawat, tapi dirinya langsung tidak mampu melelapkan mata walau sudah di paksa. Nak kata “bunk” sempit?, tak mungkin. Malah tak berubah pun. Tempat tidur yang di sediakan cukup luas. Biasanya letak je kepala pasti terlentok. Pelik bin ajaib..seminggu berjaga malam, tidur tak cukup tapi malam ini matanya masih boleh bertahan?.
“Kenapa asyik teringatkan dia je ni?. Ahh sudah!!!”. Tertanya dirinya sendiri.
Daripada duk berkelip mata memandang syiling sorang-sorang, ada baiknya juga dia keluar bersembang dengan juruterbang di luar.
“Macam mana dengan cuaca?”. Azril Arif bertanya usai Raja Saifuddin berhubung dengan menara kawalan.
“Everythings good, insyallah smooth je sampai landing. Cuma kejap lagi kita kena turun 1000 kaki, ada pesawat kat depan”.
Azril Arif mengangguk. Memang begitu pun perbualan yang di dengarinya tadi. Pembantu juruterbang Raja Saifuddin, melakukan tugas-tugas yang sepatutnya. Sementara pembantu juruterbang Azril Arif pula sedang lena di atas katil.
“Whats wrong?, bukan ke tadi kata mengantuk?”. Roger menegur Azril Arif.
“Memang mengantuk tapi tak boleh lelap mata”.
“Biasanya captain tak macam tu pun, kalah orang tengah falling in love hari ni. bak pepatah melayu, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang”. Tan Siew menyampuk perbualan kedua captainnya. Berderai ketawa mereka bertiga, pandai pulak mamat cina ni berpepatah-pepatah bagai.
Tiba-tiba terdengar ketukan dari luar sebelum Azril Arif bangun dan membuka pintu cockpit. Seorang pramugari dalam kebaya merah menyapa mesra mereka bertiga. Di tangannya menatang dulang yang berisi makanan untuk dua juruterbang yang sedang betugas sekarang. Warna baju yang di pakai menunjukkan bahawa dirinya sudah lama berkhidmat dan kini memegang jawatan sebagai ketua pramugari di syarikat penerbangan lima bintang itu. Dirinya juga bertanya soalan yang sama seperti di ajukan Raja Saifuddin kepada Azril Arif. Masih jawapan yang sama di jawab duda itu.
Dunia juruterbang..mana yang seronoknya. Bagi mereka yang melihat dari luar itu sesuatu yang menyeronokkan namun bagi Azril Arif, mengadap pemandangan hitam di hadapan dan berada di dalam ruang khas itu berjam-jam sehingga mencecah berbelas dan berpuluh jam, ia sesuatu yang membosankan. Mujur juga kali ini dirinya mendapat rakan yang satu kepala. Kecoh sikit cockpit.
Berborak mereka berempat seketika, Keadaan biasa yang berlaku. Kali ini kisah-kisah di zaman muda menjadi topik.
……….
Azril Arif, Raja Saifuddin dan beberapa lagi rakan serumah mereka meluangkan masa di halaman rumah bujang mereka. Jarang mereka dapat bersama seperti hari ini. Biasanya jika dirinya berada di rumah, rakan-rakan yang lain bertugas, sementara jika dirinya bertugas..rakan-rakan lain pula berada di rumah.
“Mak cik dah tahu anak-anak semua ni kerja apa”.
Keseronokkan mereka bersembang terganggu saat jiran di sebelah rumah bersuara secara tiba-tiba. Semua yang berada di situ senyap dan memandang antara satu sama lain sebelum Azril Arif mewakilikan diri bertanya kembali kepada wanita yang layak mereka panggil ‘mak cik’ itu. Di badannya masih tersarung uniform kerja. Maklumlah baru sahaja tiba di rumah.
“Kerja apa mak cik?”.
“Anak-anak ni kerja polis trafik kan?”.
Hampir terhambur ketawa mereka semua yang berada di situ. “Kenapa mak cik cakap polis trafik?”.
“Sebab mak cik selalu tengok baju yang anak-anak pakai warna hitam putih. Polis trafik la tu hitam putih kan?”.
“A’ah betul la tu”. Dalam payah dirinya menjawab pertanyaan.
“Nanti senang la mak cik nak minta tolong, kalau ada saman nak kena bayar..boleh mak cik bagi pada anak-anak tolong bayarkan yer?”.
“Boleh mak cik boleh”. Serentak anak-anak muda itu menjawab.

“Sampai ke sudah mak cik tu tak tahu kerjaya kami semua”. Raja Saifuddin berkata lagi. Mereka di dalam cockpit bergabung ketawa.

“Dia ingat uols polis trafik?..adui!!!”. Rasa ingin pecah perut pramugari itu menahan ketawa yang tidak mahu berhenti. “Apa la uols ni, kecian mak cik tu tau. Okeylah I nak keluar dah. Duk dengan uols kat sini pecah perut I dengar kisah-kisah uols lagi”.
“Tu baru satu cerita, dah tak nak dengar dah. Ada banyak lagi ni. Lagipun nak land lambat lagi, tak gitu Roger?”. Azril Arif pula bergurau. Raja Saifuddin mengangguk..mengiakan. Sakan mereka cuba menyakat pramugari dan pembantu juruterbang.
“Takpelah..kalau cerita semua malam ni, nanti next trip kita, uols dah takde cerita nak share”. Memang seronok dirinya mendengar kisah-kisah ketua mereka namun tugasnya di cabin sudah memanggil-manggil. “So anything you want captain triple ‘A’?”. Nora bertanya.
Azril Arif hanya menggeleng. Makanan yang di jamunya sewaktu mengendalikan pesawat tadi masih belum habis di hadam. Nora terus berlalu.
Tripple ‘A’, memang kebanyakkan rakan setugas dan anak-anak kapal lebih suka memanggilnya begitu. Itu adalah nama panggilan singkatan untuk AZRIL ARIF AFENDI.
“I nak keluar berjalan ke kabin kejap”. Azril Arif menepuk bahu Roger. Rakan setugasnya mengangguk.
Sepanjang langkahnya di cabin pesawat besar ini, kebanyakkan di kiri kanannya kini penumpang sudah ramai yang lena di buai mimpi. Namun tak kurang juga yang masih berjaga dan melakukan aktiviti sendiri seperti membaca, mendengar i-pod dan membuka lap top. Dirinya tersenyum kepada penumpang-penumpang yang menegurnya. Tiada apa yang di harapkan sepanjang perjalanan ini melainkan semua penumpang selesa dan pesawat selamat mendarat mengikut masa yang sudah di tetapkan.

SEMUA yang berlaku secara spontan. Usai solat Tahajud dan Taubat, ringan mulut aku berdoa.
Ya ALLAH, aku meminta, memohon kepadamu  agar di panjangkan hubungan kami, andai Azril Arif yang terbaik buat aku, keluarga dan agamaku maka permudahkanlah urusan kami dan jadikanlah aku juga yang terbaik buat dirinya, anak-anak serta agamanya. Aku berharap agar janganlah aku buta untuk menilai siapa Azril Arif hanya kerana apa yang dia ada dan hanya kerana aku selesa dengannya, tidak kira lah sebagai kenalan atau lebih dari itu. Amin.
Aku meraup muka.
Lama aku berada di atas sejadah, teringat kembali pelawaan Azril Arif pada hari ketiga kami berkenalan.
……………
“Jom ikut I pergi Auckland nak?”.
Biar betul dia ni berani main ajak-ajak pulak. Entah-entah dah biasa ajak perempuan lain. Dasar pilot. “Hurmm…kalau sekadar invite-invite chicken baik tak payah”. Aku menjawab dalam nada gurauan.
“Apa pulak invite-invite chicken, invite-invite real la ni. I bank-in duit hari ni jugak. Esok you pergi buat passport. Sempat lagi”.
Orang kaya, bab duit memang tak ada masalah. “Kalau I cakap nak pergi, baru gelabah betul you bagi alasan I tak boleh ikut pulak nanti. Nanti you jawab, apa yang you kata tu sekadar gurauan je dan macam bagai lagi lah alasan you bagi”. Aku menyuarakan kemungkinan.
“Taklah. Apa pulak you tak boleh ikut, ni bukan main-main. Beli tiket boleh la naik kapal terbang. Semua I tanggung. I betul ajak ni, kita pergi Auckland”.
“Kalau I jadi ikut, kita pergi nanti berdua je ke, anak-anak you tak ikut?”.
“Kita-kita je. Anak-anak tak ikut, I kan pergi dalam tugas, diaorang pun sekolah. Anak-anak takpe dah biasa pergi, trip ni I bawa you dulu. Nanti cuti sekolah I bawak diaorang pulak. Lagipun cuti sekolah nanti memang I nak bawa diaorang pergi New York dan California”.
New York?, California?. Seronoknya jadi anak-anak kepada seorang juruterbang. Peluang melancong ke seluruh dunia terbentang luas di depan mata bila-bila masa sahaja.
Auckland merupakan bandar terbesar di New Zealand dengan penduduk seramai 1.3 juta. Tidak sah kunjungan ke Auckland jika tidak menjejakkan kaki ke Sky Tower yang menjadi tanda lambang terkenal bandaraya, menara tertinggi 238 meter dan merupakan menara tertinggi di Hemisfera Selatan. Di menara Sky Tower keseluruhan Auckland begitu jelas dan jambatan Harbour nampak cantik sekali.
Empat hari tiga malam sempat sangat kalau nak pergi tempat menarik sekitar berdekatan. Anganku sendiri.
“I nak pergi Auckland, serius nak pergi kalau betul you ajak ni bukan main-main tapi I tak boleh la. Kalau I pergi sana mesti I akan duduk dengan you kan?. Lepas tu bila kita duduk berdua, masing-masing mana boleh percaya”. Bersungguh aku beri penjelasan. Tergelak sakan Azril Arif apabila aku menyuarakan pandangan seperti itu padanya. Panjang akal aku untuk berfikir semua kemungkinan yang mungkin terjadi.
Yelah, Kalau aku jadi ikut Azril Arif ke Auckland, sah-sah kami akan tidur sebilik. Takkan aku nak tidur dengan cabin crew yang lain atau tidur kat bilik sorang-sorang?. Kat negara asing pula tu. Kalau pun dia ambil dua bilik, tinggi peluangnya untuk aku melompat masuk ke biliknya jugak nanti bila-bila masa. Maklumlah juruterbang di berikan satu bilik untuk seorang.
“Kalau duduk dalam satu bilik pun, mula-mula tu boleh lah, I tidur atas katil, you tidur kat bawah. Dua tiga jam kemudian, tak I dulu yang pergi dekat you, you yang tersengeh-sengeh datang pada I. Bukan boleh percaya you ni”. Aku melawak.
“Tapi kan, I rasa you dulu kot nanti datang pada I. Tiba-tiba ada kat sebelah, dah la sekarang kat sana sejuk”. Azril Arif pula membalas, bagai mengiakan.
“Tahu takpe, tak jadi lah I ikut you macam tu”.
“I bagi you masa, malam ni atau esok pagi you bagi jawapan”.
“I don’t think so”.
“Betul ni you tak nak?”. Azril Arif inginkan kepastian.
“Hurmm..nampak gayanya macam tu lah”. Keputusan aku muktamad.

Walaupun terlepas peluang untuk melihat negara orang tapi yang penting kami berdua dapat mengelak dari berlakunya maksiat. Nafsu mana boleh kawal. Kalau perkara itu terjadi, masa tu anak-anak pun dah hilang dari ingatan. Ish tak boleh..tak boleh, benda tu harus di elak. Bukan itu niat aku berkenalan dengan Azril Arif. Melukakan hati anak-anaknya adalah perkara terakhir yang akan berlaku.