owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130725

51 days with you mr.pilot-bab 12 (AUCKLAND)


KETIKA ingin berlepas dan mendarat adalah antara waktu kritikal bagi seseorang juruterbang. Jika semuanya berjalan dengan lancar..itu menjadi pengalaman peribadi yang terindah buat juruterbang, rakan setugas dan para penumpang. Bagai rasa terlepas satu beban tanggungjawab membawa ratusan nyawa.
Dengan rasa syukurnya, untuk ke berapa puluh kali, sekali lagi pesawat besar MAS yang di kendalikannya selamat mendarat jam dua belas tengah hari waktu Auckland. Perbezaan waktu di negara burung kiwi ini adalah lima jam lebih awal dari Malaysia. Di luar cabin pula terdengar bunyi tepukan daripada penumpang yang cukup gembira dengan smooth landing yang di lakukan oleh juruterbang tadi.
Auckland, New Zealand adalah negara yang mendapat julukkan Habour City juga terkenal dengan sukan ragbi, burung kiwi dan kaum maori. Auckland terletak di pulau utara dan terletak berhampiran dengan laut. Kebanyakkan kedai-kedai di sekitar bandar hanya beroperasi sehingga jam enam petang sahaja. Selepas waktu tersebut hanya ada 7 eleven dan kedai-kedai makan sahaja. Itu pun terhad operasinya sehingga jam sepuluh malam.
Banyak tempat menarik di sini yang boleh di kunjungi antaranya Kelly Tarlton underwater world. Di sini pengunjung boleh melihat ikan lumba-lumba, ikan jerung, burung penguin, kuda laut, penyu dan ratusan hidupan laut yang lain. Selain itu satu lagi tempat antara yang menjadi perhatian pelancong yang menyimpan sejarah dan ceritanya tersendiri adalah One Tree Hills atau Mungakiekie dalam bahasa Maori.
Pelancong yang menjejakkan kaki ke One Tree Hills akan di hidangkan dengan panorama bandaraya Auckland dari puncak bukit. Di kiri kanan kaki bukit sebelum menaiki bukit ke One Tree Hills pelancong akan dapat melihat pemandangan kambing yang di ternak bebas sedang meragut rumput. Manakala di lereng bukit, pokok-pokok merata tumbuh memenuhi lanskap bukit. Kebanyakkan pokok-pokok itu tidak lagi berdaun dan yang tinggal hanya ranting serta dahan kosong menunjuk langit.
Untuk menjamu selera pula, Waroeng Bali Star (Halal Authentic Indonesian Food) dan Restoren Wardani biasanya menjadi tumpuan pelancong termasuklah set crew dan juruterbang dari Malaysia Airlines. Pelbagai juadah ada di sediakan seperti Ayam Balado, Daging Balado, Ayam Penyet, Sup Ekor dan bermacam lagi dengan harga yang bermula NZD5 sehingga NZD12.
Seperti biasa jika dirinya mendarat di Auckland, Azril Arif dan rakan setugas akan menginap di Kudos Airport Apartment, Auckland yang berkedudukkan hanya tiga kilometer dari lapangan terbang. Tak terbilang dek jari berada di bumi ini boleh di katakan semua tempat menarik seperti Mount Eden, Mission Bay, Queen Street, Harbour Bridge dan banyak lagi tempat sudah di terokainya.

USAI solat subuh, aku kembali menyambung tidur yang tidak nyenyak. Deringan telefon yang sekejap namun nyaring itu mengejutkan aku menandakan ada system pesanan ringkas yang masuk. Jam menunjukkan tujuh tiga puluh pagi.
“I baru lepas landing, sekarang dalam bas with crew nak ke apartment.  Suhu kat sini 5 darjah celcius”.
Aku membaca bait-bait ayat dengan senyuman. Sms di terima dari Azril Arif memaklumkan dirinya sudah selamat sampai di Auckland. Alhamdulillah..lega hati, hilang rasa gelisah.
“Apartment?, tak duduk hotel ke?”.
 “Nite stop kat Auckland biasanya set pilot lebih suka duk apartment. Co-pilot Roger takde, stay rumah kazen dia. Hanya I dan Roger je. Co-pilot I tidur kat hotel kot. Turun flight tadi terus masing-masing bawa haluan”.
Sambil melayan mesej Azril Arif, aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
Tiga jam sebelum Azril Arif terbang semalam, barulah aku rasai aura dia yang sebenarnya sebagai seorang juruterbang. Entah kenapa perubahan aku ketika itu tiba-tiba selesema, macam nak demam pun ada. Meragam betul.
…………..
“I tengah tunggu transport ni”.
Itu yang di beritahu saat butang hijau telefon aku tekan selepas berlagu minta di jawab.
“Semua dah siap ke, passport, visa, perfume”. Aku bertanya. Mana tahu ada yang tertinggal nanti. Ketika ini Azril Arif bersama anak bongsunya di dalam bilik beradu.
“Thanks sebab concern tapi don’t worry, semuanya I dah letak dalam beg. Di jamin tak tertinggal. Ni pun I baru je lepas shave jambang I”. Sempat lagi dia bercerita. “Kenapa suara you lain je, tadi okey. Tak sihat ke?”.
Dia perasan rupanya perubahan suara aku. “Entahlah tiba-tiba je. Nak berpisah dengan you kot malam ni”. Aku melawak. Azril Arif ketawa.
Baju uniform sudah tersarung di badan, aku yakin semakin segak dirinya berada di dalam pakaian rasmi, cuma pangkat empat pakunya sahaja yang belum di letak ke bahu. Beg juga sudah berada di muka pintu minta di heret.
“Papa!!! transport dah datang”.
Dari corong telefon, aku dapat mendengar laungan Nurul Husna memanggil Azril Arif.
“Okeylah..transport dah datang. I have to go, nanti kita sambung lagi lepas I balik. Jaga diri. Bye”. Ungkap Azril Arif sebelum panggilan di tamatkan.
Aku fikir itulah panggilan terakhir darinya sebelum empat hari akan datang. Tetapi sebaliknya yang berlaku, Sejam sebelum masuk ke ‘PEJABAT’ nya sempat lagi dia menelefon aku.
“I dah sampai airport, baru lepas reporting. Sekarang on the way ke kapal”. Terdengar suaranya termengah-mengah berjalan bersama bunyi roda beg di tarik.
Dua puluh minit sebelum pesawatnya berlepas, sekali lagi telefon aku berdering. Ya ALLAH kenapa dengan lelaki ni?. Aku selesa tapi kenapa harus berkali-kali. Dari hari pertama sampai la hari ke enam, telefon aku akan berdering lebih dari tiga empat kali dalam sehari.
“Tak jadi fly ke?”.
“Ishh..mana boleh I kerja la”.
“Habis kalau dah kerja, yang you telefon I lagi ni kenapa?”.
“I tak boleh kalau tak dengar suara you. Before pergi kerja kena dengar la dulu”.
Alasan seorang yang bekerjaya hebat. Cair aku.
“You duk dalam cockpit ke ni?”.
“Tak lah. I kat luar ni, turun bawah jap. Penumpang tengah boarding”.
 “Hey!!..berani you. Nanti kalau ada yang marah macam mana?”.
“Don’t worry, tak ada siapa akan marah I, I am a boss”. Kami gelak bersama. “Okeylah Jie, I nak masuk kerja dah ni. Semua orang pandang, mungkin pelik kot apa pilot ni buat kat bawah siap duk main telefon lagi time nak berlepas”.
Hanya dua minit kami bercakap sebelum Azril Arif meminta izin.
“Tahu takpe…last minit pun sempat lagi tau. Okey nite”. Aku berkata sebelum panggilan di letak.
Sebelum kali terakhir kami bersembang itu, Azril Arif ada menelefon aku namun panggilan di jawab Anis Irdina. Yelah ingatkan Azril Arif dah masuk kerja, jadi buat apa lagi aku nak pegang telefon.
“Kak Jie…boyfriend kau telefon tadi”. Laung Anis Irdina ketika aku di dalam tandas.
Boyfriend?. siapa pulak boyfriend aku?. Terkocoh-kocoh aku keluar dari tandas dan cuba melihat di skrin telefon siapa ‘pakwe’ aku yang di maksudkan itu. Hurm..alih-alih memang Azril Arif la orangnya.
“Tadi masa adik angkat, dia ingat adik ni, kak Jie. Malu abang Rif bila dia tahu dia tersilap orang. Dia kata suara kita sama”. Anis Irdina cuba jelaskan.
Abang Rif?. Rupanya sempat diaorang bersembang yer. Pandai rupanya Azril Arif mengambil hati satu-satunya adik perempuan bongsu aku. Sampaikan adik aku yang sorang ni boleh tersenyum sendiri, lawak katanya.

KALAU dulu aku tidak mengenali jauh sekali tahu siapa yang mengemudi kapal terbang. Tapi kini berlainan, salah seorang yang membawa ‘burung gergasi’ itu adalah orang yang aku kenal, captain Azril Arif Bin Afendi. Jauh di sudut hati, terselit rasa bangga terutama semalam Azril Arif lah yang memandu pesawatnya sewaktu berlepas.
Bermula sms pertama selepas dirinya mendarat sehingga lah dirinya sudah sampai ke apartment, tak henti-henti aku terima mesej dari Azril Arif.
Tak mengantuk ke dia?. Takkan la tak rasa letih?.
Mata kembali tajam membaca mesej yang berada di peti masuk. Bukan satu..bukan dua, tapi sudah beratus mesej yang berpenghuni di peti masuk. Tu pun dah ada yang aku buang. Sampai penuh inbox. Yang tinggal kini hanya mesej pagi tadi dan beberapa mesej lain yang aku rasa ingin di simpan sebagai kenangan. Lucu.
Kenangan paling manis, Azril Arif menghadiahkan sebuah pantun untuk aku sebaik mendarat. Idea kreatif sangat. Sempat dia fikir.
“Pantun ni I tulis, seandainya you berjodoh dengan orang tua macam I”.
Azril Arif membalas sms aku selepas aku mengucapkan terima kasih di atas pantun yang di karangnya itu tadi.
Menjadi. Pantun tujuh rangkap yang lawak, penuh makna. Abang Pilot angau tak bertempat.
Aku menggeleng-geleng kepala tanda kelakar mengingatkan apa yang berlaku. Itu hal pagi tadi..belum lagi flashback hal dua tiga hari lepas.
…………..
“You lahir 1987 rite?”.
“Yup!!”.
“You know what..kita sebenarnya berbeza dua puluh tiga tahun, I lahir 1964. Sempat you kejar umur dengan I kan. Tahun you lahir tu I dah kerja tau. Kalau lah I kenal your family sejak dari dulu, mesti masa you kecik-kecik I pernah dokong. And imagine sekarang kita berhubungan macam ni pulak”. Sakan kami ketawa dengan kata-katanya itu.
“Honest I tak pernah rasa usia kita berbeza. Sepanjang sembang dengan you, I tak rasa pun umur you empat puluhan. Macam kenal dengan lelaki umur tiga puluhan je”.
“Meme rrr tu you belum tengok I lagi, baru dengar suara”.
“Tolong la Rif..perasan!!!”.
“Tapi betul..I pun tak rasa umur you dua puluh satu tahun, you matang, boleh terima I dan anak-anak”.

Lamunan aku hancur sebaik di ganggu deringan telefon yang berbunyi. Aku dapat melihat siapa yang menelefon berdasarkan nama yang tertera di LCD.
“Tengah buat apa?”.
“Takde buat apa-apa pun”.
“Azril Arif takde telefon ke?”.
“Mula-mula hari tu ada la dia telefon”. Aku berbohong.
Sembilan jam selepas juruterbang itu tiba di bumi mat saleh, aku menerima panggilan daripada abang Ki. Abang Ki juga bertanya, samada kini aku masih berhubung dengan Azril Arif ataupun tidak. Namun sekali lagi aku menafikan.
“Azril Arif takde kat Malaysia sekarang ni”.
“Owh..ye ker, dia pergi mana?”. Ringkas aku menjawab dan bertanya. Penuh dengan lakonan.
“Dia kata pergi Auckland”.
Di fikirannya, aku tidak akan tahu apa-apa mengenai Azril Arif.
“Azril Arif takde cakap apa-apa?”.
“Cakap apa?, takde pun”.
“Dengar kata dah nak khawin tak lama lagi, dengan orang Jertih. Siap ber ‘I love you’ lagi dengan gadis tu”.
Secara terang-terang abang Ki bercerita. Entah kenapa jujur sangat dirinya bercerita perihal Azril Arif hari ini. Serta merta tubuh aku menjadi sejuk, ketar..terkejut.
“Takpe lah kalau macam tu dah sampai jodohnya”. Aku bersuara tenang, masih menyembunyikan perubahan diri.
“Mungkin nanti nak dekat majlis, baru Azril Arif cakap. Kalau dia cakap apa-apa, jangan percaya sangat..faham-faham jelah pilot kan. Abang Ki tahu lah Azril Arif tu macam mana orangnya”.
“Yelah..thanks sebab bagitahu. Zira pun memang dah tak berhubung dengan dia”.
“Takpelah kalau macam tu, tapi kalau dia telefon jangan pulak cakap yang abang Ki bagitahu semua ni”.
“Okey..don’t worry”.
Seketika kemudian gangang telefon di letak. Terjatuh pen yang terselit di jari. Kertas berselerak di atas meja bagai tiada lagi di pandangan.
Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itu mungkin perumpamaan yang tepat. Perbualan biasa yang akhirnya mengubah persepsi aku terhadap Azril Arif. Apakah seminggu ini sememangnya aku tersilap?.
Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan. Kenapa Azril Arif mahu merahsiakan hal perkawinannya daripada aku?. Jelaskan akan perkara yang pasti itu kan lebih baik dan seelok-eloknya aku tahu dari mulut Azril Arif sendiri, bukan dari orang lain seperti sekarang.
Sebelum dirinya ke Auckland, setiap hari abang Ki akan telefon aku, namun tidak la sekerap Azril Arif.
………
“Abang Ki telefon I ni”. Beritahu Azril Arif. “Dia tak telefon you ke?”.
‘Tak a!!..”. Belum sempat aku menjawab, incoming call tertera di LCD telefon. “Hurmm..abang Ki telefon I pulak”. Kami sama-sama ketawa.
“You nak angkat ke?”. Tanya Azril Arif kembali.
“Dah you pun tak angkat, takkan I nak angkat. Lagipun kita kan tengah sembang ni”. Aku matikan ayat.

Jika apa yang abang Ki kata hari ini benar belaka, aku bersyukur kerana semuanya masih baru untuk ditamatkan. Walau dah berjaga-jaga tapi dapat jugak Azril Arif bodoh-bodohkan aku. Aku akui kebodohan diri. Tidak perlu menyalahkannya seorang. Nasib ada abang Ki yang menyedarkan aku.
Kini tiada tangisan, tapi yang ada cuma keputusan. Aku masih cuba bersabar kerana memikirkan Azril Arif jauh dari Malaysia. Tak senang duduk aku di buatnya. Mundar mandir menyabarkan hati.
Namun usai solat asar, empangan kesabaran aku sudah pecah, tidak mampu menampung. Empat hari tiga malam terasa lama untuk aku menunggu. Telefon di ambil. Tekad menghantar sms padanya.
Dengar kata you cakap I love you dengan girl orang Jertih, betul ke?, Bahkan uols dah nak kawin pun kan?. Tahniah la. Tak sangka I..you nafikan kewujudan bakal wife you. Siap mengaku you tak ada siapa-siapa lagi. Apa you fikir, you seorang juruterbang, gaji banyak, you boleh gula-gulakan I dengan senang?. Mentang-mentang I muda, mentah, senang la you nak perbodohkan I macam ni?. Tak heran la dengan kerjaya pilot you tu. Kalau yer pun memang jenis you permainkan perempuan, I tak layak untuk jadi mangsa you. Memang I yang mula cari you dulu, tapi  apa salah I pada you?. Tak mencabar diri you langsung kalau you cuba cipta permainan dengan I. I have nothing”.
Sewaktu sms di  hantar kepada Azril Arif, aku langsung tidak tahu waktu di Auckland ketika ini jam berapa atau apa yang sedang dibuatnya. Tidak ada kepentingan. Yang aku tahu, aku mesti bagitahu apa yang aku rasa sebelum perkenalan ini berakhir.
………..
“I telefon you ni boyfriend you tak marah ke?”.
Terkejut juga aku dengan pertanyaan dari Azril Arif pada malam pertama di hari pertama perkenalan kami.
“Habis you tu..telefon I berkali-kali dari tadi, lepas tu bergayut lagi malam ni..makwe tak marah ke?”. Soalan di tanya soalan.
“Kalau ada girlfriends, takkan I boleh telefon you setiap sejam sekali dari petang tadi. I mana ada siapa-siapa lah. You pulak?”.
Samada betul atau tidak jawapan Azril Arif itu, aku tak ambik kisah sangat. Bukan nak rampas dia dari siapa-siapa pun.
“I pun mana ada siapa-siapa”. Aku membalas.

Aku redha kalau hari ini terakhir kali kami berhubung. Fikiran aku sudah mereka andaian yang bukan-bukan namun logik. Perbezaan yang cukup ketara aku rasa saat ini. Azril Arif Afendi seorang juruterbang yang punya segala-galanya, patut aku yang sedar diri cuba dekatkan diri dengannya, cuba bermain api.
Pilot is pilot, yang takkan setaraf dengn orang biasa macam aku. Aku yang mula dan aku juga yang akan akhirkan. Lagipun kami juga belum pernah bertemu muka. Itulah hakikat paling perit aku perlu terima kerana terburu-buru mencari ruang perkenalan di awal dulu.
Sms yang di hantar tadi berbalas bersama soalan kejutan dari Azril Arif.
Kenapa tiba-tiba you jadi macam ni, pagi tadi kita dua okey je. Siap bergurau senda lagi”.
Betul kata abang Ki, memang pandai berlakon sungguh lelaki ni. Propa habis. Aku beritahunya satu persatu dengan ayat sebaik mungkin aku karang tanpa menyebut nama abang Ki. Penipuan dah terbongkar, aku nak Azril Arif tahu yang aku sudah tahu. Im not stupid!!!. Nak je aku melaung depan Azril Arif kalau la saat ini dia berada di depan aku.
“Abang Ki yang bagitahu you kan?”.
“Tak lah bukan dia..ada orang lain yang tolong bagitahu”.
Jangan bohong I. I tahu dia yang bagitahu you”.
“Tak kira lah siapa-siapa cakap pun..pendeknya I dah tahu semua. Dan cukup sampai sini je..thanks untuk berhari-hari ni encik Azril Arif Afendi. I hargai”.
“Please..Jie!!..I takde kat Malaysia, jauh beribu batu. Jangan la macam ni.
Azril Arif masih cuba menenangkan aku. Namun segala sms ayat pujukan darinya supaya aku berfikir secara rasional, tak aku endah kan. Aku lebih mendengar apa yang abang Ki khabarkan.
Tiga empat keping sms terakhir yang di hantar Azril Arif selepas aku menyepi tidak ku balas. Makin dilayan, entah bila semua ini akan berakhir.