owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130726

51 days with you mr.pilot-bab 13 (AUCKLAND)


SEWAKTU tiba di rumah, kereta Pesona berwarna merah milik mama sudah pun berada di garaj. Aku membuka pintu rumah. Mama sedang ralit melihat drama Filipina kegemarannya di chanel astro 133.
“Awal ma balik..kenapa?”. Aku menegur.
“Doctor bagi cuti, kita balik la. Ni jari kelingking ma patah”. Di tunjukkan kakinya yang berbalut. 

Aku terkejut. Pagi tadi keluar elok..balik berbalut pulak. “Kena apa?”.
“Tadi jatuh benda keras. Buat x-ray semua, doctor kata patah. Dia bagi cuti dua minggu. Tu atas meja ada makanan, makanlah”. Di alihkan pandangannya ke arah meja makan.
“Elok la tu..ayah keluar wad..ma pulak cuti. Takpelah Jie tak lapar”. Aku meninggalkan mama dan ayah di ruang tamu. Sebu menerpa.

DARI  petang sampai sekarang, aku tak keluar-keluar dari bilik. Anis Irdina berkali mengajak aku makan namun aku menolak. Kononnya nak stabilkan diri.
Malam ini takkan sama lagi seperti malam-malam tujuh hari yang lepas. Semuanya sudah berakhir dan tidak berangan pun Azril Arif akan telefon atau menghantar sms memujuk. Perkara yang sudah berakhir dan tidak patut bersambung.
Menyesal aku dengan kau tujuh hari ni Azril Arif. Ya ALLAH sedihnya aku. Masih melayan kejutan yang di terima.
Mata cuba di lelap walaupun ketika ini jam yang terdetik baru menginjak ke pukul lapan malam. Seksanya paksa mata untuk tidur.
Tiba-tiba telefon bimbit di sebelah telinga berdering bersama nombor yang tertera di LCD empat digit. Siapa?. Takkan adik aku yang belajar kat US tu telefon kot. Telefon di angkat bersama suara di hujung talian menjawab.
Dia?.
“Nak apa lagi ni?”. Tawar hati dan acuh tidak acuh aku melayan.
“Dah makan?”.
Azril Arif masih cuba berbasa basi dengan aku. Di tanya juga apa aktiviti yang aku lakukan sepanjang hari tanpanya. Namun aku masih menjawab dalam nada yang tidak berminat.
“Marahnya dia. Jangan lah macam ni, tak ingat kat I ke?. Hubungan kita kan masih baru. Cepat sangat ungkap kata nak berpisah. Cuba you dengar dulu apa I nak cakap ni. Jangan terburu-buru”. Tak putus asa Azril Arif memujuk.
Eh!! Abang pilot ni, bila pulak aku cakap nak ‘berpisah’. Aku cuma cakap tak nak berhubung je. Berbeza okey!!!.
“Nak cakap apa lagi, kan tadi dah cakap its over”. Aku taknak benda ini berlanjutan. Namun suara yang keluar dari bibir aku cukup sopan dan lembut.
“Tapi I tak nak its over lagi. I telefon ni nak explain pada you lah. Ingat balik Malaysia baru nak cakap tapi sms I pun you dah tak balas so kena usaha malam ni jugak lah”.
Hampir meletus ketawa aku, mujur dapat di tahan.
“Tadi dua kali I keluar pergi beli kad. First kad rosak, Cuaca sejuk pun sanggup redah tau semata-mata nak explain. So please!!”. Azril Arif mengumpan.
“Explain apa”. Aku mengalah. Azril Arif ketawa mendengar kata-kata ku.
“Orang Jertih tu memang wujud. I kenal dia seminggu selepas mak I meninggal. Kazen I, Sufian..yang kenalkan kami. Masa I pergi jumpa that girl, abang Ki dan Sufian ada sekali, bukan I pergi sorang. I jumpa that girl pun kat rumah dia. Hanya sekali tu je jumpa dan tak pernah cakap pun ‘I love you’. Pandai-pandai je abang Ki tambah. I dengan abang Ki tu pun bukan rapat sangat”.
Dari penjelasan Azril Arif, abang Ki berkhawin dengan saudaranya. Itu pun saudara jauh. Dan setiap kali dirinya ke rumah Saufi, abang Ki juga pasti berada di sana.
“Girl Jertih tu umur berapa?”.
“Dua puluh lapan, janda”.
“Janda?, banyak pengalaman apa!!. Habis kenapa you tak jadi dengan that girl?”.
“Sebabnya mak that girl cakap kalau orang perempuan ni tak di wajibkan kawin, takde nya dia nak kawinkan anak dia dengan lelaki. Dia sendiri boleh bela anak dia. Dengan orang macam tu you nak I kawin ke?. Habis anak-anak I nanti macam mana?. Silap hari bulan, kalau I kawin dengan that girl, dengan mak dia sekali ikut masuk bilik”. Galak Azril Arif melawak.
Aku tahu Azril Arif cukup titik beratkan kegembiraan dan kebahagiaan anak-anaknya. Lelaki ini tidak boleh dan sesekali takkan meneruskan hubungan dengan perempuan yang tidak mampu menerima anak-anaknya seperti anak-anak sendiri.
“You ni, kalau kita kawin nanti, bila ada orang sampaikan berita macam tu lagi pada you masa I pergi kerja..mesti you akan cakap, ‘B!!! you tipu. You bawa siapa ikut you pergi kerja’. Hancur tau tak rumahtangga macam tu”.
Aku tergelak sakan dengan imaginasi Azril Arif yang jauh berangan. Dah la ajuk cara aku bercakap.
“Ha betul la tu, pernah bawak perempuan pergi kerja sekali kan?”. Aku menempelak manja.
“Memang la ada perempuan. Tu pramugari”. Azril Arif melawak.
“Alah..kalau you bawa perempuan pun siapa peduli. Seat banyak kosong”.
“Tengok tu. Tadi baru cakap, dah salah sangka balik”. Azril Arif membalas.
Malam ini ala-ala adegan memujuk terjadi antara kami. Perempuan. Sekelip mata aku jadi lembut hati hanya selepas Azril Arif  menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Apatah lagi Azril Arif pula cukup pandai untuk menguasai keadaan supaya aku cair dengan penjelasannya. Aku terlalu menghukum Azril Arif sebenarnya, sedangkan aku tidak berhak.
Kenapa aku harus terburu-buru, kenapa aku tidak memberikan dia peluang untuk menjelaskan?. cemburu?. Tidak..petang tadi keputusan yang aku buat bukan kerana cemburu. Aku cuma taknak terus di perbodohkan. Kalau aku tak cakap, Azril Arif fikir aku takkan tahu dan lagi senang la dia nak gula-gulakan aku, itu je. Terjadi pergaduhan kecil antara diri, hati dan fikiran aku.
“I niat kalau I bertemu jodoh lagi sekali, biar la pasangan baru I tu mampu melengkapkan ‘puzzle’ terakhir dalam hidup I. Kaya tu tak, tapi sekarang semua I dah ada. Rumah, kereta, tanah, simpanan, anak-anak, kerja. Cuma wife sorang je yang takde lagi”.
Apa yang aku tahu, senarai calon yang di reject pun dah ramai sebelum kehadiran aku. Tingginya saham dia. Juruterbang katakan. Tak payah mencari, berderet yang datang.
“Ingatlah lain kali, kalau ada apa-apa, selagi tak dengar dari mulut I sendiri, tolong la jangan sesekali percaya. Apa pun jadi I sendiri yang akan bagitahu you. Kalau tak jadi macam ni la. Orang hanya boleh cakap tapi tak tahu pun apa sebenarnya yang jadi”. Pesanannya tegas bersama janji. Aku akur.
“You duk kat sana tu you tak keluar jalan-jalan ke?”. Aku cuba menukar topik selepas berpuas hati dengan penjelasannya. Lagipun tidak mahu melayan kata-kata impiannya sebentar tadi. Takut aku yang terperasan meletakkan diri sendiri sebagai koleksi tak di iktiraf Azril Arif.
“Nak keluar pergi mana..cuaca sejuk sangat kat luar. Kalau you ada kan best sikit. Tu lah orang ajak tak nak datang”.
Meremang bulu roma aku mendengar ayatnya itu. “Tak payah mengada captain Azril Arif!!!, entah-entah hari ni dah dua tiga round dengan crew tak!!?”.
“Ishh..I datang ni cari rezeki lah, anak-anak tinggal kat rumah. Ada ke nak buat benda tak elok”.
“Captain Azril Arif Afendi, siapa tak kenal!!!. Playboy terhot kat MAS katakan”. Aku menyindir. “Roger mana Roger?”. Baru terbuka hati aku untuk bertanya tentang rakan baiknya itu.
“Dalam bilik dia lah. Ni I duk dalam bilik I. Kat Auckland ni dah pukul dua tiga puluh pagi, semua orang dah lama masuk bilik, tidur lena. Tinggal I je yang belum tidur. Nak kena pujuk girlfriend I ni dulu, baru tidur I boleh lena”.
Nampaknya lelaki ni dah mula pandai panggil girlfriend dah malam ni. Ayat baru la ter, mengayat je..aku tak boleh lalai ni.
“Masa tengah makan tadi, Roger kata belum pernah dia tengok I mesej sampai telefon duk bawah meja. Kalah orang muda.
………….
“Siapa, cam ada prob je?, siap telefon duk bawah meja lagi..lain macam”. Raja Saifuddin bertanya kepada Azril Arif. Kerisauan tergambar di wajah sahabatnya itu.
“I ada kenal seseorang, dia dua puluh tiga tahun muda dari I”.
“What, beza dua puluh tiga tahun?. Are you serious?. Patut la semacam je sejak dari dalam flight..tak boleh tidur konon. Macam mana boleh kenal?”.
Azril Arif mengangguk mengiakan pertanyaan Roger dan sedikit pun tiada rahsia di antara mereka.

Rupanya waktu aku menghantar sms padanya petang tadi, mereka berdua sedang makan malam di sana. Lamb chop lagi. Tang tu termakan la jugak aku dengan ayat Azril Arif yang entah betul entah tidak itu.
“Lepas Roger tahu I ada you tu, terus dia telefon wife dia dan umumkan sekarang I dah off market”.
“Lucu la.. kenapa panggil dia Roger?”.
“Co-pilot la yang panggil macam tu. Dari raja bertukar jadi Roger”.
Usia Raja Saifuddin setahun lebih tua daripada Azril Arif dan persahabatan mereka berdua sudah mencecah puluhan tahun sejak dari mula bekerja lagi. Patut lah hari tu Azril Arif cakap kalau tanya Roger pasal dia, pasti kawan baiknya itu boleh bagitahu semuanya. Sekarang aku dah faham.
Kini Raja Saifuddin sudah berkhawin lain, dengan seorang usahawan wanita berusia tiga puluh tujuh tahun. Hafiza. Itu nama yang di bagitahu kepada aku. Perkhawinan Hafiza dan Raja Saifudin berlangsung di Hilton hotel PJ yang di hadiri seribu orang tetamu.
Mesti majlis yang gilang gemilang. Aku berimaginasi. Kos untuk majlis perkhawinan mereka mencecah sembilan puluh empat ribu.
“Woo!!!, tu namanya orang sayang bini”. Kataku kepada Azril Arif.
“Alah nanti yang kita punya, kita buat mahal lagi”. Gurau Azril Arif membalas kata-kata ku.
Hafiza dan Raja Saifuddin mengerjakan ibadat umrah sebelum berbulan madu ke Kepulauan Meldives. Kemudian berlepas pula ke New York.
“Kebetulan Roger ada trip ke sana dua minggu. Bertugas sambil berbulan madu. Masa diaorang kawin, I naik merenjis, lepas tu I bisik kat Roger, kejap lagi Maya kata nak datang. Berubah terus air muka. Kesian I tengok, tak lepas dia pandang pintu ballroom”.
“Kenapa?”.
“Mungkin takut Maya datang serang kat majlis kot”. Galak Azril Arif ketawa saat menceritakan kembali apa yang terjadi di majlis Roger dan Hafiza.
“Betul ke Maya nak datang?”.
“Takdelah. I bohong dia je. Saja nak tengok dia gelabah. Petang tu I ada jumpa Maya kat mall masa beli hadiah untuk Roger. Tapi takde pun dia cakap nak pergi majlis Roger tu”. Akui Azril Arif.

Nasib Roger lah kena ‘prank’ dengan kawan baik sendiri di majlis bersejarah. Kami gelak bersama. Perbualan kembali seperti hari-hari sebelumnya selepas segalanya di rungkai.