owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130726

51 days with you mr.pilot-bab 14(AUCKLAND)


HANYA senyuman mengiringi sepanjang hari ini. Seperti mana Azril Arif, aku juga mengharapkan hubungan baru kali kedua dalam masa yang singkat ini adalah yang terbaik untuk kami dan semoga aku tidak tersalah langkah meneruskan apa yang sudah terhenti beberapa jam.
Bila di fikirkan kembali sebaik telefon di letak semalam, kenapa beria sangat Azril Arif memujuk dan menjelaskan segala-galanya kepada aku. Kenapa Azril Arif tak ambil peluang apa yang terjadi antara kami sebagai jalan pintas untuknya menarik diri?.
Apa pun, situasi yang terjadi mengajar aku untuk tidak lagi mudah melatah. Semangat kebahagian kembali memenuhi walaupun hanya sebagai kenalan dan teman berbicara padanya. Aku lebih selesa dengan “title” begitu.
Tidak sabar menanti kepulangan Azril Arif esok pagi.

TEPAT enam petang telefon berdering. 3 hari 2 malamnya di luar negara, tengah hari tadi aku ada menerima sms daripada Azril Arif semata-mata untuk bagitahu dirinya akan menelefon aku seperti semalam. Mujurlah tergerak hati aku untuk memeriksa telefon bimbit.
..........
“Petang ni I akan telefon you..jangan tak angkat pulak”.

“Assalamualaikum. Girlfriend I tengah buat apa?”.
“Wa’alaikummussalam. Tunggu you call la”. Gelakkan Azril Arif kedengaran selepas aku memberitahunya.
“Sebab tu hari ni I call you lagi..I tahu you akan tunggu I”.
“Werrkk!!, Prasan. I tunggu sebab you yang hantar mesej tadi kan”.
“I yakin, you akan tunggu I selama-lamanya”.
Apabila aku menyuarakan dirinya seorang yang mengada, penggoda, pencinta wanita, bagi statement ikut suka..hanya gelakkan yang terhidang untuk aku.
“Tadi sebelum telefon you, I telefon Husna. I tanya macam mana keadaan kat rumah, dah makan ke belum?. Tapi you tahu apa anak gadis you tu cakap?”.
Anak gadis?. Cukup bermakna ayat itu bagi aku. “Husna cakap apa?”.  Mungkin dirinya menelefon anak-anak sebab nak ambik hati aku tapi Azril Arif juga tahu aku cukup suka dengar kisah anak-anaknya.
“Dia kata..kami semua okey papa, k lah papa, Husna nak tengok tv, idios. Dia terus letak telefon. Sakit hati I tau”.
Aku tergelak besar dengan cara Azril Arif mengajuk kembali situasi yang terjadi antara dia dan puteri tunggalnya. Bagi aku, Johan Arif tidak boleh melebih-lebihkan aku melebihi anak-anaknya sendiri sekalipun di dalam soal menjaga perasaan. Selepas bertanya soal anak-anak, baru lah aku bertanya pula kepada Azril Arif perihal dirinya.
Bukan berpura-pura mengambil berat, tetapi sememangnya aku tidak mampu berpura-pura untuk tidak memikirkan soal anak-anak Azril Arif hanya untuk kepentingan aku.
“Kenapa hari ni you telefon I lagi?”.
“Tak boleh ke?”.
“Boleh..saje I tanya”.
“Sebab I ikhlas dengan you. Ha..!!, kejap ada panggilan masuk”. Tergantung ayat “ha” nya tadi. “Emm..okey dah”.
“Haihh!!..kejap je jawab?”.
“Ni..ada orang telefon kat handphone tapi I tak jawab”.
“Siapa?”.
“Tak tahu siapa telefon..sejak dari semalam lagi nombor ni naik”.
“Awek telefon la tu, angkat la mana tahu urgent”.
“Ni.. I dah cakap la ni dengan girlfriend I. Kalau orang tu urgent, hantar jelah mesej, mesti kalau I tak angkat, dia tahu I duk luar negara. Lagipun kalau kat kat oversea ni, walaupun orang telefon kita, tapi tetap kita jugak yang kena bayar bilnya”.
“Kita cakap ni macam mana?”.
“I telefon you ni, guna telefon hotel..just beli kad je. Yang I kata bil tetap I kena bayar kalau I angkat call tadi. Okey tadi kat mana dah kita cakap?”.
“You cakap ikhlas call I”.
“Sungguh I ikhlas”. Romantik, syahdu suaranya.
“Ikhlas la sangat, orang banyak duit tak kisah berhabis duit pun, entah-entah selalu telefon girlfriend yang lain”.
“Kalau I tak ikhlas dengan you, takdenya I buang masa I semata-mata nak telefon you. I betul-betul selesa, suka. You ingat tak, masa kat Malaysia dulu, tak gila I nak telefon you setiap hari bergayut dari tengah malam sampai ke pagi bercerita itu ini kalau I tak ikhlas. Semua tu I buat sebab I nak kenal you dengan lebih lagi”. Azril Arif memberikan alasan supaya terkesan di hati aku.
“Entah la..”.
“Semalam kita dah janjikan nak lupa semua tu dan mula balik. Memang kita kenal ni melalui abang Ki tapi hubungan kita seminggu ni tak ada kaitan dengan dia. Boleh kan kita mulakan balik?”.
“Tapi kalau ada apa-apa, you bagitahu la I. Nanti jadi macam semalam lagi”.
“Yer!! nanti I bagitahu sebelum you dapat tahu”.
“You bila balik?”.
“Kejap lagi nak pergi airport la ni”.
Limit kad yang berharga sepuluh dolar itu hanya mampu bertahan selama satu jam dua puluh minit. Masa yang ada kami manfaatkan sebaik mungkin.

GOOD evening passengers. This is your captain speaking. First I’d like to welcome everyone on rightwing flight MH 103. We are currently cruising at an altitude of 33,000 feet at an airspeed of 400 miles per hour. The time is 3.00 am. The weather looks good and with the tailwind on our side we are expecting to land in Kuala lumpur approximately eleven hours ahead of schedule.
The cabin crew will be coming around in about twenty minutes time to offer you a light snack and beverage and the inflight movie will begin shortly after that. I’ll talk to you again before we reach our destination. Until then, sit back,relax and enjoy the rest of the flight.

Captain Raja Saifuddin membuat sedikit pengumuman selaku ketua penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur selepas pesawat selamat berlepas dan berada pada kedudukkan stabil di udara.