LADIES
and gentleman, now we will landing at Shanghai Pudong International Airport.
Please return your seat and table to the original position dan fasten your
seatbelt. Now the time is 2.30 pm and the temperature is 24 degress. To
passengers disembarking here, its has been a pleasure having you on board and
we look to forward to serving you again. If you need any assistant on your
arrival, please contact our ground staff. Thank you for flying with Malaysia
Airlines.
Ketua pramugara membuat pengumuman terakhir bahawa
pesawat akan mendarat bila-bila masa sahaja dari sekarang. Anak-anak kapal yang
lain melakukan tugas terakhir bagi memastikan kesemua penumpang memakai tali
pinggang keselamatan dan mematuhi arahan sebelum mereka duduk di kerusi
masing-masing.
SHANGHAI merupakan bandar gabungan moden dan klasik.
Terkenal sebagai tempat untuk makan dan membeli belah. Ada sebelas shopping
street di Shanghai. Salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung adalah
Nanjing Road Pedestrian Walkway. Ia terkenal sebagai “Nombor one street in
China”. Sesuatu yang wajib di beli apabila berada di sini adalah kain sutera
cina dan batu jade grad satu serendah harga empat belas ringgit Malaysia
sahaja. Sana sini akan riuh dengan suasana tawar menawar harga di antara
penjual dan pembeli.
Di sini pelancong bukan setakat dapat melihat
bangunan yang berusia lebih dari seratus tahun usianya malah terdapat lebih
dari enam ratus kedai yang menjual barangan berjenama dan kedai cenderamata
serta pada malamnya sepanjang jalan di limpahi kilauan lampu-lampu.
“Captain nak join kitaorang pergi makan tak?”. Salah
seorang pramugari bertanya kepada Azril Arif sewaktu mereka semua menunggu
pintu lif hotel terbuka.
Begitulah kehidupan set crew setiap kali bertugas.
Jika dapat terbang bersama kakitangan yang sudah biasa dan sporting, mereka
gemar bersama di dalam satu kumpulan walau ke mana pergi, tidak kira waktu
makan atau keluar membeli belah dan berjalan-jalan.
“Takpelah, uolss keluar la dulu. I penat nak rehat.
Nanti I keluar sendiri”. Semua di situ akur dengan jawapan Azril Arif.
Sebaik mendarat jam dua petang waktu Shanghai dan berada
di Royal International Hotel Shanghai sejam kemudian, Azril Arif menunaikan
solat usai membersihkan diri. Kurang sedikit kepenatan yang di tanggung. Tidak
bertenaga dirinya untuk keluar makan. Badannya memerlukan rehat yang cukup.
Mata terlalu berat untuk di buka. Longlai dirinya berjalan ke arah katil. Ingin
sahaja dirinya terus merehatkan badan namun memikirkan jika terlelap sekarang
pasti dia akan terlepas solat asar nanti. Akhirnya remote tv di ambil.
“SORANG je, macam tak sibuk pun. Apa dah tak contact
dengan encik Azril Arif ke?”.
Mama datang menegur saat aku berada di ruang tamu.
Pulang dari kerja tadi aku lihat makanan tengah hari sudah terhidang di atas
meja. Kecur liur melihat, terus terbuka selera.
Selesai makan, aku mengambil novel yang belum
selesai di baca. Hobi waktu terluang. Aku mula mengumpul novel sejak tamat
tingkatan lima. Kini dah bertimbun novel yang menjadi koleksi aku. Kebanyakkannya
dari terbitan Alaf 21 dan Karya Seni.
“Contact lagi la ma..cuma hari ni je off kejap”.
“Dia kerja ke?”. Aku mengangguk. “Pergi mana?”.
“Shanghai, malam esok dah balik”.
“Habis anak-anak dia tinggal dengan siapa?”.
Dalam sejarah, hari ini pertama kali mama
bertanyakan mengenai Azril Arif dan anak-anaknya. Aku menceritakan semuanya
yang aku tahu. Panjang borak kami, seronok aku bercerita. Mama pun teruja
bertanya itu dan ini tentang kenalan baru aku itu.
Jam lima tiga puluh, aku bersiap untuk ke Kompleks
Sri Panji. Memang menjadi rutin setiap Jumaat dan hari Isnin, aku akan
menghadiri kelas tarian Zumba selama sejam. Dua belas orang untuk satu kelas,
itu adalah had peserta yang di benarkan. Setiap Isnin kelas akan bermula jam
sembilan malam dan Jumaat jam enam petang.
Ketika aku sampai beberapa orang sudah pun bersedia,
namun guru tarian belum lagi nampak bayangnya. Aku meletakkan beg di dinding
sebelah kanan berhampiran tempat aku berzumba. Kedudukan biasa yang aku suka.
Disini bukan sahaja yang muda minat menari tapi aku lihat ramai juga wanita
yang sudah berusia mengikuti tarian ini.
Selain menambah kenalan, kelebihan mengikuti kelas
ini semestinya untuk memperolehi bentuk
tubuh yang kemas dan kesihatan yang baik. Sedikit sebanyak ia mampu menghilangkan
tekanan bekerja enam hari seminggu.
“Sorry guys. Ready for dance?, lets we start now”.
Aku berpaling ke arah suara di belakang. Rupanya
cikgu tarian sudah sampai.
Muzik di buka dan tarian bermula.
AZRIL ARIF keluar untuk menjamu selera di restoren
sekitar hotel. Malam ini berseorangan dirinya ke restoran Sapar Uyghur.
Restoran yang terletak di 20 Yuyuan Branch Road, Jing’an ini menawarkan masakan
Monggol dan yang paling menarik adalah satay kambingnya, memang terbaik. Satay
kambing di restoren ini memang panjang, lebih kurang sehasta panjangnya. Namun
ia amat berlainan dengan satay di Malaysia kerana satay di Shanghai di cucuk
dengan besi dan bukannya buluh.
Sebenarnya di Shanghai, tidak susah untuk
mendapatkan makanan halal kerana kebanyakkan penduduk di sini semuanya beragama
islam. Berlambak restoren, gerai dan kedai yang menyajikan makanan dan amat
mementingkan aspek kebersihan untuk keselesaan pelanggan. Tunggu pilih sahaja
yang mana satu tempat untuk menjamu selera. Yang dirinya paling suka di China
adalah nasinya. Walla!!...memang lembut dan seakan pulut. Di makan pula
panas-panas dengan sambal.
Malam masih muda, selepas makan Azril Arif ingin
menghabiskan masa yang ada sebelum kembali ke hotel. Kebiasaannya syarikat
penerbangan akan memberikan penginapan kepada kakitangannya berhampiran
lapangan terbang dan sekitar bandar yang segalanya mudah di dapati termasuk tempat
membeli belah dan tempat makan.
Pramugara dan pramugarinya entah ke mana saat ini. Petang
tadi dirinya kalah dengan keletihan. Akhirnya mata tertutup saat menonton
television. Mujurlah dirinya terjaga sebelum waktu maghrib. Sipi je lagi
dirinya nak terbabas solat asar.
Huangpu River Cruise adalah tempat yang menarik
untuk di kunjungi ketika berada di negara China ini. Malam ini dirinya ingin mengelilingi
dan menghayati keindahan panorama bandar Shanghai menaiki cruise dari satu
tempat yang cukup tradisional dan klasik ke bandar moden menerusi Huangpu
River. Cahaya lampu berbagai warna menyinari suasana.
Tidak henti pancaran flash dari pelbagai sudut
sambil penumpang berposing sebagai kenangan. Malam ini cruise di penuhi lautan
penumpang. Kiri kanannya tiada seorang pun yang di kenali. Masing-masing
bersama pasangan dan keluarga. Teringat dirinya akan anak-anak di rumah. Demi
sesuap nasi, papa terpaksa tinggalkan kamu. Hati mithalinya berkata-kata.
Dari Huangpu, cruise akan melalui Nanpu Bridge dan
Yangpu Bridge. Kebiasaannya saat inilah ramai yang beraksi ala-ala filem
Titanic. Kadang-kadang lucu juga memandang keadaan begitu.
Bund Sightseeing Tunnel sepanjang 647.7 meter dan
mengambil masa 2.5 hingga lima minit untuk melaluinya juga antara tempat
istimewa di Shanghai. Apa yang menariknya terowong ini adalah transparent dan
ada persembaham lampu mengikut alunan. Sungguh cantik.
Hampir dua belas tengah malam barulah Azril Arif tiba
di bilik hotel. Terkena air-cond serta merta badan kembali letih. Apatah lagi
tadi hanya tiga jam dirinya melelapkan mata. Tidak mahu akur dengan godaan
syaitan, Azril Arif ke kamar mandi dan segera mengambil wudhuk untuk bersolat
isyak.
Sememangnya mata terlelap, subuh nanti pula dirinya
akan bangun.