owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130728

51 days with you mr.pilot-bab 24 (pulang dari SHANGHAI)


TIGA puluh lima jam berlalu, hari ini Azril Arif di jangka mendarat jam lapan malam di KLIA dari Shanghai. Selesai solat Isyak aku menanti. Tapi di tunggu-tunggu tiada pun panggilan darinya seperti sebelum ini, sms jauh sekali.
Dia tak ingat ke?. Duga ku.
Dua jam berlalu masih juga tiada panggilan daripada Azril Arif. Memang kebahagiaan itu hanya sementara. Aku mula menuduh sendiri bersama air mata. Terlalu sensetif.
Aku cuba mendail nombor telefon Johan Arif namun telefonnya masih di tutup. Di dalam hati aku tetap berdoa agar semuanya selamat. Aku risau. Mungkin masih keterlaluan risau aku ini kerana kami masih baru bersama. Lama-lama nanti biasa la tu. Aku mengajar diri sendiri.
…………..
“Sepanjang you bertugas, ada tak jadi apa-apa kat atas?”. Aku yang mula bertanya, saja ingin tahu pengalamannya.
“Ada.., ada juga dua tiga kali yang teruk. Enjin pesawat I pernah mati secara tiba-tiba di ruang udara dari Hong Kong ke Taipei. Masa tu I pembantu juruterbang lagi. Zaman muda-muda awal kerjaya dulu”.
“Apa yang jadi lepas tu?”.
“Hampir lakukan emergency landing. I buat announce untuk crew..bersedia dalam apa jua keadaan samada di lautan atau daratan. Sebab first and second time hidupkan enjin gagal. Tapi mujurlah nasib menyebelahi I dan penumpang, kali ketiga I cuba..enjin berfungsi balik”.
Terus di ingatan aku terlayar jeritan penumpang dan perasaan panik juruterbang serta anak-anak kapal untuk mengawal situasi saat itu seperti yang aku lihat di dalam kaca tv.
“Mungkin kalau masa tu dah sampai ajal I, I takkan ada lagi saat ni. Satu lagi kes jadi masa I dah pegang pangkat captain, I tak becerai lagi masa tu. I buat flight Bangkok-Kuala Lumpur. Masa nak landing cuaca buruk. Nak touchdown pesawat jadi senget sebelah, kena naik balik”.
Meremang bulu roma aku mendengar, hati tiba-tiba menjadi sayu.
“Buat satu pusingan, nak touchdown sekali lagi masih jadi macam tadi, senget. Check semua peralatan dalam cockpit okey je. So I syak mesti ada pax yang onn telefon. I suruh crew buat announce. Third time nak touchdown pun jadi benda yang sama lagi, memang dia tak hirau. I pun suruh crew cari satu persatu seat pax yang onn telefon tu”.
“Jumpa?”.
“Jumpa la. Singaporean. Konon nak rakam video pesawat landing masa cuaca buruk. Lepas dia off tu elok-elok je dapat landing”.

Masih terngiang kata-kata dan pengalamannya itu di telinga aku. Kerana itulah setiap kali Azril Arif bertugas, aku minta dirinya membaca doa sebelum berlepas, walaupun tahu memang itu sudah menjadi kebiasaannya. Tidak salah kalau aku memperingatkannya.
Selepas kami berkenalan, baru dua kali dirinya terbang. Dan yang seronoknya Azril Arif tidak lupa untuk bertanya apa yang aku mahukan. Mungkin sekadar berbasa basi dan dia tahu aku jenis macam mana orangnya atau pun mungkin kalau aku berkehendakkan sesuatu pasti Azril Arif akan belikan.
……….
“You nak kirim apa-apa ke?”. Tanyanya.
“I tak nak apa-apa. Cukup la you selamat pergi dan balik”. Ujarku bersungguh. “Ingat!!! I dan anak-anak sentiasa nantikan kepulangan you”.
Walaupun cliché bunyinya, tapi ada makna. Penting untuk aku dan anak-anak, Azril Arif di dalam keadaan yang baik ketika pergi dan pulang dari kerja.

TELEFON aku berdering jam dua belas tengah malam. Cepat-cepat aku menekan butang hijau. Takut mengganggu tidur adik perempuan ku yang tidur sebilik.
“Dah tidur ke, I baru sampai rumah. Ni baru je lepas mandi”.  Jelas sangat suara Azril Arif yang keletihan.
Namun entah apa yang merasuk aku malam ini, aku menjawab pertanyaannya dengan pertanyaan lain.
“You ni dari mana, dating ke apa?. Time ni baru call?”. Aku mula bertanya dengan nada bercampur baur. Sungguh aku tidak mampu mengawal dan bukan niat aku.
“Dah you ni kenapa?. Dating apanya..I nak pergi mana dalam baju uniform macam ni. Bukan kata I telefon ni nak tanya, layan I elok-elok. Ni tak, nak cari gaduh pulak dengan I. You tahu tak I letih balik kerja. Tak tanya pun I dah makan ke tidak?”.
Tiba-tiba suasana menyepi.
“Im sorry, I tak sengaja”. Aku mula bersuara kembali tanpa suasana tegang. Tetapi suara di hujung talian masih lagi menyepi. “Sayang, im sorry”. Tetap sepi tanpa sahutan. “Sayang!!!..ooo sayang, you dengar tak?”. Aku berusaha lagi.
“Emmmmm..dengar”.
Kali ini usaha aku berjaya.
“Kan bagus kalau panggil I macam ni. Hati pun tenang je bila dengar ada orang panggil sayang-sayang”.
Haihh!! mengada sungguh. Nak bermanja-manja la pulak pilot ni malam ni.
“I mana la tahu flight nak delay. Tadi pukul lima petang waktu Malaysia baru dapat depart. Sampai Kuala Lumpur pukul sepuluh tadi. Then masa sampai I tak sempat nak call. Tergesa-gesa cari transport. Balik-balik rumah, ini pulak yang I dapat”. Ujarnya sedih.
“Kan I dah minta maaf..I tak sengaja tanya macam tu tadi”.
“I nak tidur lah, penat, mengantuk”. Jelas Azril Arif merajuk dan terasa hati. “Night”. Panggilan di matikan. Tidak pula aku menahannya.
Jauh, janggal, tegang. Itu yang malam ini aku rasakan kepada hubungan kami. Memang lain sangat-sangat. Tiada gurauan dan story mory seperti hari-hari sebelum. Apakah ini petanda awal hubungan yang baru bermula beransur-ansur untuk berakhir?. Aku melihat calendar di dalam telefon, membilang hari, masih baru usia perkenalan kami.
Aku tidak mampu melelapkan mata. Rasa bersalah menebal di dalam diri. Memang aku bersalah menyerangnya begitu. Patut aku faham. Tapi ini tidak, sebaliknya pula yang terjadi. Masih tidak sepenuhnya memahami. Bukan ke apabila Azril Arif pulang ke rumah dalam keadaan selamat itu sudah cukup?.
Risau jika ada apa-apa terjadi kepada dirinya di udara menyebabkan aku emo tidak bertempat. Tak di nafikan itu juga terjadi kerana terbawa-bawa dek situasi yang aku lihat di dalam ‘Air Crash Investigation’. Sebuah dokumentari yang memaparkan kejadian-kejadian sebenar mengenai pesawat yang terhempas di channel 553 astro, National Geografi.
Untuk bulan Julai, masih ada tiga penerbangan yang Azril Arif harus lakukan. Selepas Shanghai, juruterbang ini akan terbang pula ke Kota Kinabalu, kemudian ke Narita Tokyo selama tiga hari dua malam sebelum ‘stanby’ untuk seminggu. Dan akhir sekali Azril Arif akan terbang ke Frankfurt selama empat hari tiga malam untuk cukupkan jam.

Tapi masihkah ada lagi peluang hari esok aku akan mendengar suaranya selepas apa yang terjadi tadi?.

BERSAMBUNG BAB 25