EMPAT
orang pramugari penerbangan MAS sudah pun berada dalam posisi bersedia untuk melakukan
demonstrasi keselamatan sebelum berlepas bagi penerbangan pesawat MH 227 menuju
Narita Tokyo sebaik sahaja ke semua penumpang berada di tempat duduk
masing-masing.
Seketika kemudian terdengar suara pramugara meminta
semua penumpang memberi perhatian.
Ini
tali pinggang keledar anda, untuk menggunakannya masukkan hujung kepala tali
pinggang ke dalam pelekat logam ini dan tarik hingga ketat, untuk
membukanya..lepaskan pelekat logam ini.
Jika
tekanan udara di dalam kabin rendah, corong oksigen seperti ini akan terkeluar
dari rak di atas anda. Tarik corong oksigen, serkupkan ke hidung dan mulut, dan
bernafaslah seperti biasa. Anda haruslah memakai corong telebih dahulu sebelum
membantu mereka yang berada di bawah jagaan anda.
Jaket
keselamatan ada di bawah tempat duduk anda. Untuk menggunakannya, masukkan dari
kepala seperti ini. Kemudian sambungkan klip ini, dan tarik pita ini hingga
ketat. Sebelum meninggalkan pesawat, gelembungkan separuh daripada jaket dengan menyentap
di sebelah kiri anda. Selepas meninggalkan pesawat, gelembungkan sepenuhnya
jaket dengan menyentap di sebelah kanan anda. Jaket ini mempunyai dua corong.
Tiup corong seperti ini jika perlu untuk menambah angin, sentap penarik ini
untuk menyalakan lampu di waktu malam dan tiup wisel ini untuk menarik
perhatian.
Tuan-tuan
dan puan-puan, pintu-pintu dan browser-browser kecemasan ada di sekeliling
anda, perhatikan pintu-pintu yang berdekatan dengan anda. Jika terdapat asap di
dalam kabin, anda di minta tunduk dan menggunakan lampu lantai untuk ke pintu
yang berdekatan. Anda haruslah mengikut arahan anak-anak kapal untuk keluar
dengan cepat dan selamat.
Risalah
seperti ini, ada di dalam saku tempat duduk masing-masing. Sila lah ambil dan
baca dengan teliti.
Terima
kasih di atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan.
“Crew ready
for take off”. Azril Arif memaklumkan kepada anak-anak kapalnya sebaik kesemua
prosedur di cabin pesawat siap dia lakukan.
JAM sembilan malam pesawat MAS Boeing 777 Azril Arif sudah
pun selamat berlepas ke Narita,Tokyo. Dirinya akan berada di negara matahari
terbit itu selama tiga hari dua malam sebelum stanby sebaik pulang nanti.
Macam selalu, aku pasti alami sindrom demam dan selesma
beberapa jam sebelum dirinya berlepas.Yang peliknya selepas Azril Arif selamat
berlepas…sindrom itu akan hilang dengan serta merta.
…………
“You menangis ke tu?”. Tanyanya sebelum berjalan masuk ke kapal.
Aku nak iakan atau nafikan sama banyak.
“I pergi kerja kejap je. I pergi kerja you pejam
mata then bila you buka mata I dah ada kat Malaysia balik”. Guraunya menenangkan
hati aku. Aku hanya mampu tergelak.
No comments:
Post a Comment