SEPULUH
ke lima belas minit tempoh kami bercakap sebelum tamatkan perbualan. Bagi aku
itu sudah cukup, percubaan yang membuahkan hasil. Perbualan seterusnya kalau
ada, maka adalah, kalau tidak ada..maka tidak mengapa. Aku tidak mahu terbuai
walaupun Azril Arif berjanji akan menelefon balik sebelum telefon di letak tadi.
Tangan mencapai buku yang sentiasa menemani aku di
kepala katil. Sekadar memegang tanpa membuka isinya. Haiihh!!..kes baca novel Adam & Hawa dan Pilot Cafe ke sampaikan hari ni takdir
hidup aku pun dah macam kisah dalam novel?. Tanpa di duga dapat berkenalan dengan
seorang juruterbang. Macam mimpi je, tak pernah berangan.
Sementalah kerana watak hero dalam kedua-dua novel itulah
penyebab aku bertekad tidak mahu dan takkan sesekali mengenali lelaki bekerjaya
juruterbang di dalam kehidupan sebenar. Benci dengan kehidupan sosial yang di
tonjolkan serta keangkuhan diri yang merasa hebat dengan kerjaya yang dimiliki.
Puii!! bajet bagus je. Bersama dengan mereka wanita hanya
akan menjadi mangsa. Aku tak mahu jadi macam tu.
Bagi aku apa yang di tulis itu adalah fakta.
Walaupun hanya novel mesti ada sumbernya juga. Tapi itu dulu sehingga beberapa
jam yang lepas, kini nasi dah jadi bubur.
Benci la lagi!!..sekarang ambik kau, pilot hari ni. Aku
memaki diri sendiri sambil berbaring di atas katil, masih memegang novel.
Agak-agak apa pangkat Azril Arif tu yer..captain
ke co pilot?. Aku tersenyum.
Captain, co pilot..dua pangkat tu pun aku tahu
kerana baca novel tulisan Aisya Sofea dan Ahadiat Akashah tu lah, kalau tak
haram!!!.
Tapi Nurul Husna?. Kenapa suara anak perempuan Azril
Arif tadi buat aku rasa kasih je. Ishh!! tak mungkin dengar suara tak sampai
dua tiga minit hati dah jatuh kasih pada anaknya.
Cepat-cepat aku cuba menolak perasaan yang terdetik.
SEJAM selepas panggilan pertama, telefon aku berdering
lagi. Nombor di LCD masih tertera nama Azril Arif. Aikkk!!! dia ni telefon
lagi?. Terus aku angkat daripada membiarkan deringan mati. Dalam hati berlagu
riang, pucuk di cita ulam mendatang.
Perbualan semakin rancak. Tidak susah untuk Azril
Arif memperkenalkan diri dan bagitahu sedikit sebanyak tentang dirinya dan
anak-anaknya. Mungkin lebih tepat memperkenalkan siapa dia sebenarnya lebih
daripada apa yang abang Ki ceritakan pagi tadi.
“You tahu I dah bercerai?”. Azril Arif meminta
kepastian dari aku tentang status dirinya.
“Tahu. Abang Ki ada cakap tadi”.
“For your info, I dah setahun lebih bercerai”. Tanpa
aku bertanya, Azril Arif bercerita.
“Owh..okey, dah lama dah. Abang Ki kata anak you tiga orang, betul ke?”.
“Betul. Dua lelaki sorang perempuan”.
“So yang angkat tadi tu anak sulung you lah?. Umur
berapa?”.
“Ac…tually, yang angkat telefon tadi tu anak kedua I.
Umur sebelas tahun”.
“Hah!!!..?”. Tersentak aku. Kalau anak kedua dia dah
umur sebelas tahun, anak sulung dia umur berapa?. Entah-entah sebaya aku tak?. Sempat
lagi aku meneka sendiri.
“Jangan terkejut macam tu. Anak sulung I, lelaki.
Dah besar tapi sekarang tak ada kat rumah”. Azril Arif menjawab bersama
gelakkan kecil.
“Umur you berapa sebenarnya?”.
“Empat puluh empat”.
“Serius?”.
“Serius. Kenapa tanya umur I, terkejut..tak suka ke?”.
“Nop!..bukan tak suka, cuma tak pernah kenal lelaki
berusia, ni first time. I thought umur you pertengahan tiga puluhan”. Lagi
sekali..apa yang aku tak pernah terfikir, yang aku tak nak..itu jugalah yang
berlaku. Tadi kerjaya, sekarang umur pulak. Besarnya kuasa ALLAH, DIA maha
hebat sekelian alam.
“Abang Ki tak bagitahu umur I ke?”.
“I ada tanya tapi dia kata tak pasti..cuma dia kata
you masih muda dari dia”.
Nafizs, anak sulungnya berusia enam belas tahun dan
yang bongsu baru berumur dua tahun lebih, nasib semuanya muda daripada aku. Tapi
tadi abang Ki kata semua anak-anak Azril Arif tinggal dengannya, sekarang Azril
Arif kata anak sulungnya takde kat rumah pulak. Pelik
“Anak sulung you tak duduk dengan you ke?”.
“Semua anak-anak duduk dengan I cuma yang sulung je
takde kat rumah sekarang ni, jarang balik”.
“Dia pergi mana?”.
“Nanti lah, you akan tahu jugak”.
Macam mengelat je jawapan Azril Arif ni. Aku
bermonolog sendiri. “Kalau you pergi kerja siapa jaga anak-anak you?”.
“Dalam rumah ni ada I, anak-anak, sorang my niece
dan sorang pembantu rumah. Kalau I pergi kerja, pembantu kan ada”.
“Owhh..ada maid. Petang-petang macam ni you tak
keluar pergi mana-mana?”.
“Biasanya jam macam ni I keluar jogging sekitar
kawasan perumahan, tapi hari ni off jap lah sebab nak sembang dengan you”.
Hurmm.. gatal jugak pilot ni, melayan. Kata-kata itu
hanya bersuara di dalam hati. Walaupun masih terkejut dengan usianya namun
entah kenapa aku merasa selesa pula untuk terus bersembang dengan Azril Arif. Hilang
rasa geli dan sumpah selama ini yang aku pegang untuk tidak mahu berkenalan
dengan lelaki berusia.
Dalam otak aku juga masih tertanya-tanya, kenapa
lelaki ini sanggup menjaga anak-anak sendiri dan bukan menyerahkan anak-anaknya
kepada bekas isteri?. Jarang lelaki yang sanggup memikul seratus peratus
tanggungjawab. Biasanya lelaki lebih rela serahkan hak penjagaan kepada bekas
isteri dan kadang-kadang menjaganya secara bergilir-gilir, sementalah tugasnya
yang selalu terbang menyebabkan dirinya jarang berada di rumah.
Teringin untuk tahu tapi aku menyabarkan hati dan
biarkan Azril Arif menceritakan sendiri segala-galanya kelak.
BERSAMBUNG BAB 5 & 6
BERSAMBUNG BAB 5 & 6