owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130722

51 days with you mr.pilot-bab 7


MULAI sekarang, you kena tahu jadual kerja I dalam sebulan”.
Itu permintaan Azril Arif di hari kedua kami berkenalan. Usai menjemur baju dan menunaikan solat Zohor, telefon aku berdering. Tak sangka dia akan mencari aku lagi hari ini.
Azril Arif menelefon aku sebaik mendapat jadual kerjanya untuk sebulan bagi bulan Julai. Biasanya dia akan memerikasa jadual kerjanya hanya melalui email. Itulah kuasa teknologi terkini, semuanya di hujung jari.
Aku sendiri terkejut saat Azril Arif meluahkan hasratnya. Tidakkah masih terlalu awal untuk aku tahu semuanya ini?. Atau dengan semua kenalan perempuannya Azril Arif akan buat benda yang sama?.
Auckland = 4 hari 3 malam
Shanghai = 2 hari 1 malam
Kota Kinabalu = turnaround
Narita, Tokyo = 3 hari 2 malam
Stanby seminggu
Frankfurt = 4 hari 3 malam
Satu per satu tempat yang dia akan singgah bulan ini di beritahunya sebagai simpanan aku. Bukan setakat hari bekerja, berapa hari dirinya bercuti selepas terbang pun Azril Arif bagitahu aku sekali. Info yang lengkap.
“You nak tahu tak dengan siapa I fly ke Auckland nanti?”. Azril Arif masih berminat untuk lanjutkan cerita sebaik aku habis menulis jadual destinasinya.
“Dengan siapa?”.
“Nanti I fly dengan BFF I, dah lama I tak fly dengan dia. Lepas tu co-pilot pun, I dapat yang dah biasa fly dengan I”. Katanya bersungguh ketika bercerita dengan siapa pasangannya untuk beberapa malam lagi.
Roger nama timangan untuk Raja Saifuddin, rakan baik Azril Arif yang akan terbang bersamanya nanti.
“I kenal kawan I ni dah lama, kira dalam airlines ni dia la yang paling rapat. Kalau tanya dia pasal I semua dia boleh jawab”. Galak dia bercerita.
Nama lagi kawan baik, kerjaya serupa, pesawat yang di kendalikan dan pangkat di bahu pun sama tinggi, semestinya kehidupan yang di lalui juga hampir sama. Mereka berdua masing-masing pernah memegang status ‘DUDA’. Pendek kata semuanya sama lah.
Raja Saifuddin bercerai dua minggu selepas Azril Arif bercerai. Dan ketika dirinya bercerai, Azril Arif langsung tak khabarkan pun kepada rakan baiknya itu. Baginya ketika itu fikiran Raja Saifuddin juga bercelaru dan sedang menceritakan masalah dirinya kepada Azril Arif. Jika dirinya juga bercerita masalahnya..siapa di antara mereka yang mahu mendengar masalah siapa.
Perkhawinan Roger dan bekas isterinya di serikan dengan kehadiran empat cahaya mata. Perempuan lelaki, lelaki perempuan dan yang menariknya, anak bongsu kawan baiknya itu, Azril Arif gelarkan sebagai ‘anak oversea’. Katanya, bekas isteri Roger di sahkan mengandung sebaik sahaja pasangan itu kembali bercuti dari luar negara. Zahra yang kini sudah pun berusia empat tahun di katakan memiliki kecantikkan seperti mommynya juga. Tergelak aku saat Azril Arif berkongsi ‘rahsia’ itu.
Hak penjagaan anak-anak Roger di berikan kepada bekas isterinya, Maya. Seorang pramugari di syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Sebelum bercerai dengan Raja Saifuddin, Maya bekerja sebagai pramugari MAS dan di katakan pramugari tercantik syarikat penerbangan itu pernah ada.
Sungguh aku terkejut, orang cantik pun kena cerai. Tapi itulah kehidupan.
Azril Arif juga menceritakan perihal pembantu juruterbangnya yang bernama Tengku Mukhriz. Lelaki berumur awal tiga puluhan itu merupakan anak tunggal pasangan ahli perniagaan yang berjaya berasal dari Kuala Terengganu, di antara pembantu juruterbang yang kerap terbang bersamanya.
“Dia dah kawin?”.
“Belum, masih solo”.
“So agak-agak, antara you dan Tengku Mukhriz, siapa yang lebih hensem?”.
“Of coz la I yang lebih hensem dari dia”.
“Elehhhh perasan la captain ni sorang”. Sindir aku pula. Gelakkan besar lagi bergema antara kami. “Dalam sebulan pilot terbang berapa lama?”. Entah dari mana soalan itu terpacul keluar, mengalahkan orang nak buat tesis.
“Sebulan pilot terbang lebih kurang lapan puluh jam”.
“Macam mana nak kira?”.
“Contoh ke Auckland nanti, masa di ambil lebih kurang sebelas jam. Sebelas jam pergi dan sebelas jam balik bersamaan dua puluh dua jam. Jadi begitu la setiap kali terbang, masa penerbangan akan di kira sampai cukup limit”. Katanya memberi penerangan terperinci. “Owh yer!, for your info, penerbangan yang mengambil masa lebih dari sembilan jam ke atas akan ada dua team. Seorang co-pilot dan captain untuk setiap team. Untuk pesawat B777 yang I handle ni, kami mampu ada lima team bagi penerbangan jarak jauh melebihi 16 belas jam ke atas”.
“Wahh!, ramai sangat. Habis macam mana masa tu di bahagikan untuk setiap team nanti?”.
“Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland sebelas jam. Andai kata masa berlepas di Malaysia nanti team I yang take off,  maka I harus handle pesawat empat jam lebih sebelum bertukar team. Ha..ni you perlu ingat, mana-mana pilot yang take off kan pesawat, sejam sebelum pesawat landing, dia jugalah yang akan landingkan pesawat tu nanti”. Azril Arif masih menjelaskan kepada aku dengan lebih terperinci mengenai prosedur di dalam ‘PEJABAT’ nya. Aku mendengar dengan teliti.
Dalam tempoh dua puluh empat jam bersama, mudah sungguh terjalin keserasian dan kemesraan antara kami. Mungkin juga dia terlalu teruja kerana kami sama-sama dari satu negeri atau mungkin ada maksud tersirat di sebalik tersurat. Aku tidak mahu fikir yang bukan-bukan.
Kini Azril Arif tengah ‘stanby’. Masih bersisa empat hari sebelum dirinya kembali bertugas, maka perkenalan ini memudahkan untuk kami berhubung. Masa yang ada terlalu banyak.
……..
“Copp!!!, nak tanya sikit.. sekarang you tak kerja ke?, semalam telefon..hari ni telefon lagi”. Dalam hati dah terdetik, betul ke tak lelaki ni pilot?.
“Sekarang I tengah stanby. Lima hari bulan ni barulah I terbang balik. Tu yang banyak masa asyik telefon you je ni”.

JAM tiga tiga puluh petang, Azril Arif keluar untuk menjemput Nurul Husna dari sekolah. Di bawanya Adam Niaz bersama.
“Nak aiyim ikit”. Mintak Adam Niaz kepada pelajar yang lalu lalang. Tangannya di hulurkan keluar melalui tingkap depan kenderaan sebelah pemandu.
Perkarangan luar sekolah sudah mula di penuhi lautan pelajar serta ibu bapa dan van sekolah yang sudah sedia menunggu. Berderet peniaga menjual pelbagai jenis makanan ringan adalah suasana biasa yang dapat di lihat apabila pelajar-pelajar pulang dari sekolah.
Dua beranak itu berada di dalam kenderaan menunggu kelibat Nurul Husna yang belum kelihatan.
“Adik!!..kawan kakak tu. Kat rumah dah ada”.
“Papa..adik nak aiyim tu”. Rengek Adam Niaz dalam pelatnya.
“Tunggu kakak kejap, balik rumah nanti adik makan dengan kakak yer”.
Adam Niaz mengangguk mendengar kata-kata papanya.
“Atak!!!..atak!!..”. Panggil Adam Niaz saat kakaknya menghampiri kenderaan.
Pintu kereta di buka dari belakang.
“Papa tengah mesej dengan siapa tu?”.
“Dengan kawan papa”.
“Owh!!..”. Gadis itu duduk di kerusi belakang namun matanya jelas melihat jari papanya yang masih menekan keypay telefon. Ralit. Berkobar-kobar perasaan ingin mengorek rahsia.

NURUL HUSNA merebahkan tubuhnya di atas katil Azril Arif. Baju sekolahnya masih tersarung di badan. Sebaik sampai di rumah, dirinya sekadar meletakkan beg di dalam bilik tidur dan terus ke bilik papanya. Kini di tanggannya menggenggam telefon Sony Ericson. Di periksa satu persatu senarai nama dan membaca mesej-mesej di peti masuk.
“Husna buat apa tu?”. Azril Arif bertanya sebaik habis bersolat.
“Baca mesej. Papa!!..Azira tu siapa?..ustazah yang Husna bagi phone number pada papa tu ke?”.
Semestinya Azril Arif tidak akan melupakan peristiwa itu. Pernah anaknya menghulurkan sekeping kertas yang tertera nombor telefon. Bila di tanya nombor siapa dan kenapa. Pantas Nurul Husna memberitahu niatnya untuk memperkenalkan gurunya itu kepadanya. Anak moden betul.
“Tak lah…ni Azira lain, kawan papa yang bahasakan dirinya ‘aunty’ pada Husna semalam”.
“Ooo..yang tu. Patut la tak pernah tengok pun nama dia dalam telefon papa. Gemuk ke kurus orangnya pa?”.
“Ishh soalan apa tanya ni?, Kenapa tanya macam tu?”.
“Saje je”.
“Biasa-biasa jelah. Ni check telefon papa ni, dah solat ke belum?”.
“Hehehehe..belum. Nak pergi la ni. Tapi lepas solat nanti Husna nak tahu lagi pasal aunty tu tau”. Cepat-cepat dirinya bangun meninggalkan bilik. Karang ada yang berleter berbakul-bakul. Bukan dirinya tak tahu, cukup pantang papanya apabila dia atau abangnya melambat-lambatkan solat.
Azril Arif turun ke bawah sambil memimpin Adam Niaz. Perutnya terasa lapar pula. Beberapa langkah kakinya berjalan selepas menuruni anak tangga, terdengar pintu rumahnya di buka. Tercegat dia di situ menunggu. Tak perasan Adam Niaz sudah pun berlalu ke dapur.
Kelihatan seorang gadis berkulit putih dan tinggi lampai tersenyum padanya sebaik pintu rumah terkatup. Keletihan jelas di wajah. Dirinya perlu membersihkan diri sebelum berehat.
“Kak ngoh kejap”. Panggilnya. Langkah gadis yang tidak sabar melihat tilam di bilik itu terbantut seketika. “Tinggi kak ngoh berapa?”. Terus di ajukannya soalan kepada anak sauadara.
“Hah?, 162cm..kenapa?”.
“Takde apa-apa, umur?”.
“25..kenapa tanya macam tu?”.
Azril Arif hanya menggeleng dan terus meninggalkan anak saudaranya. Di dalam hati dirinya tersenyum. Akhirnya dapat jugak dia mengagak bagaimana bentuk fizikal seorang gadis yang mempunyai bentuk tubuh “curvy” dengan ketinggian 158cm di dalam minda lelakinya.

Anak saudaranya pula di dalam kebingungan dengan soalan yang di aju bapa saudaranya tadi. Tak pernah di buat, buang tabiat ke apa?. Terus dirinya menaiki anak tangga menuju bilik.

BERSAMBUNG BAB 8, 9 & 10