LAGI
beberapa langkah menghampiri peti sejuk, telinga aku tertarik dengan sesuatu
yang sedang berbunyi di kaki. Aku tunduk melihat, rupanya terlilit seutas gelang
kaki emas berbentuk love yang besar di kaki kanan.
Mana datang gelang ni?, Bila masa aku pakai?.
Tertanya aku sendiri. Siapa yang bagi erk!?. Bingung.
MAMA memanggil aku keluar ke ruang tamu. Aku hanya
berseluar track dan t-shirt.
“Ni ha..ada orang datang nak tengok”.
Siapa yang datang?. Nak tengok apa?. Aku duduk bersila
di atas lantai berhampiran mama. Rombongan mana pulak yang bertandang ni?. Berfikir
aku sejenak. Semestinya aku terkejut, ianya mengejut. Apa yang aku tahu salah
seorangnya kawan kepada mama, tapi aku tak pernah kenal.
Aku melihat kiri dan kanan, rasanya tak pernah jumpa
pun. Mencari-cari juga kelibat empunya badan yang menghantarkan wakil. Tapi
takde pun dia kat situ. Pelik, dari mana orang tu tahu rumah aku. Aku kan baru pindah
sini, lagipun mana aku ada kenal atau berhubung dengan siapa-siapa.
“Kalau terima lamaran ni, baru si lelaki datang
tunjuk diri”. Salah seorang wakilnya mencelah.
Ish!! bagai mengerti gelodak hati aku, main tarik
tali betul lah. Aku perasan, di tangan wakil yang bersuara tadi ada sekeping
gambar. Samar-samar aku dapat melihat di dalam gambar itu susuk tubuh seorang
lelaki bersama dua, tiga orang kanak-kanak, tapi aku tak pasti. Cuma sekali
imbas. Apa dia dah kawin ke?. Suami
orang?. Kelu lidah aku untuk bertanya.
“Nak ke tak nak?”. Mama bersuara. Bagai orang mengantuk
di sorongkan bantal. Aku terus mengangguk.
Jika lelaki ini lah jodoh aku, orang yang aku
doa-doakan selama ini maka aku terima sekalipun tanpa perasaan sayang atau
cinta. Bagi aku cukuplah kalau si lelaki mampu menjadi suami, kawan, ayah dan
abang untuk aku, adik beradik aku dan bakal anak-anak aku. Menjadi tempat kami
bergantung dan berteduh serta seorang yang berkemampuan. Cinta?. Ia boleh di
pupuk. Aku pasrah dan redha.
AKU tidak berminat untuk menjawab telefon bimbit
yang sedang berdering ketika ini. Sudah dua kali nombor yang sama menelefon.
“Siapa?”. Mama bertanya.
“Entah..tak naik nama”.
“Jawab lah”.
Beberapa jam selepas rombongaan misteri balik, aku menerima
panggilan telefon dari seorang lelaki yang mengaku dirinya adalah orang yang menghantarkan
wakil ke rumah tadi. Dari mana dia dapat nombor telefon, aku sendiri pun tidak
tahu. Aku menolak ajakan si lelaki untuk keluar bersama tetapi mama pula
menyuruh. Siap buat gaya lagi, beria benar. Aku tersepit.
Ligat otak aku berfikir, jika dia sudah mempelawa
kenapa aku harus mengelak. Lagipun inilah masanya untuk aku bertemu, melihat
siapa dia yang sebenarnya. Sementalah mama mengizinkan.
“Kalau betul ikhlas, datang lah ambik kat rumah”. Itu
hanya strategi, di fikiran aku, pasti si lelaki akan menolak atau memberi
pelbagai alasan namun semuanya meleset.
Tidak lama kemudian terjengul lelaki tadi. Keretanya
berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah. Meluru aku ke keretanya.
Langsung tidak mempelawa dirinya masuk bertemu mama. Gelojoh. Sebaik masuk ke
dalam kereta, aku terus memandang dan tertanya-tanya siapa dia sebenarnya?.
Mencari jawapan. Samar, seinci pun aku tidak
nampak wajah sebenar jauh sekali dapat melihat secara jelas siapa gerangannya.
“Kita dah lama kenal, you je tak ingat I”.
Kenal?. Macam tahu-tahu je kemusykilan aku. Mungkin lelaki
ini pelik kerana aku asyik memandangnya. Secara jujur, dirinya mempunyai
senyuman yang cukup manis. Tertarik, tertawan, terpesona. Siapa dia erk!?. Aku
tak puas hati. Masih banyak yang ingin bertanya tapi..
“Jom pergi makan?”. Dia bersuara. Terbantut
pertanyaan aku yang belum berjawapan.
Kereta di pandu berhenti di hadapan sebuah hotel
bertaraf lima bintang.
Sesaat aku menjelingnya sambil melihat bangunan
tinggi di hadapan aku. Ni Renaissance Hotel. Kayanya lelaki di sebelah aku ni
nak makan kat sini.
Berat kaki mahu mengikutnya masuk ke hotel.
“You pergi la dulu, I nak telefon mama kejap”. Hanya
itu sahaja helah yang dapat aku fikirkan sewaktu berada di lobi. Biarkan dia
berjalan memasuki lif, barulah aku ke meja penyambut tetamu. “Nak guna telefon
sebentar boleh?”. Aku bertanya sebelum penyambut tetamu yang bertugas menghulur
telefon.
Selepas nombor di dial, telefon berdering di jawab
Anis Irdina. Aku beritahunya di mana aku berada.
“Cakap dengan mama, nanti datang cari kak Jie kat
sini kalau kak Jie tak balik rumah”. Aku memesan. Sekadar mengambil langkah
berjaga-jaga. Sebenarnya aku takut. Mana tahu lelaki ni perogol ke, nak culik
ke atau mungkin nak bunuh aku.
Lama bertelengku di meja penyambut tetamu, aku fikir
mesti lelaki tadi sudah menunggu di restoran. Melenggang aku berjalan ke arah
lif. Tak putus-putus berfikir siapa lelaki ini, dari mana kami berkenalan dan
macam mana dia tahu di mana rumah aku.
“Apa you buat kat sini, I ingat you dah naik?”.
Tanya aku padanya sebaik pintu lif terbuka.
“Sengaja tunggu you”.
Amboii!!!, siap boleh senyum lagi lelaki ni. Terkaku
aku saat pintu lif tertutup, lengannya pantas memaut pinggang ku.
Sampai di atas, aku tengok ramai sangat orang. Ni
restoren ke atau majlis kenduri?. Dia menyuruh aku duduk di meja hujung sekali.
Baru punggung mencecah kerusi, dua orang lelaki datang dan bertanya kepada
lelaki tadi, siapa aku?.
“Ni Azira Maria, bakal isteri I”.
Hah!?, Aku terkaku tanpa memandang wajahnya. How
dare you, hello!!!! you tak pandang I pun okey, tak nak tanya dulu ke samada
boleh atau tak you nak cakap macam tu?. Nama you sendiri pun I tak tahu. Berani
sungguh. Meluat.
Suara kegeraman aku hanya bergema di dalam hati.
Terus aku tersedar..
mimpi rupanya. Kus!.