owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130717

51 days with you mr.pilot- bab 1


3 bulan kemudian
MUNGKIN inilah masa yang sesuai untuk aku mencarinya. Kalau tidak mencuba, kita takkan tahu. Lagipun dulu, Azril Arif juga yang minta supaya aku mencarinya seandainya dalam masa tujuh hari dia tidak mencari aku.
“Tapi tak terburu-buru ke?”. Aku pasrah dengan apa yang bakal di lakukan.
Petang ini usaha pertama aku untuk mencari Azril Arif selepas dua hari dari hari jangkaan duda itu kembali semula ke Kuala Lumpur kelmarin. Sudah tujuh hari berlalu, namun dirinya masih menyepi. Sejak mereka anak beranak pulang ke kampung, aku tidak pernah menerima panggilan dari lelaki itu lagi.
…………..
“Bila dia nak datang? Dah seminggu balik sini mesti la dah balik KL semula”. Sekali lagi mama memberi kemungkinannya pagi tadi.

Setiap hari, berkali-kali mama bertanyakan soal Azril Arif. Apa yang aku harus cakap lagi?. Dah jenuh bagi jawapan, menebal malu. Azril Arif ni pun satu, kalau yer pun tak jadi datang, sepatutnya telefon la aku, tak pun sms je bagitahu dirinya tak dapat datang. Ada la jugak alasan yang aku nak berikan kepada mama merangkap untuk back up diri aku.
Hari tu bila aku nak bagitahu mama kemungkinan dia tak dapat datang, Azril Arif juga yang menghalang, Konon-kononnya yakin mampu curi masa ke rumah walaupun sekejap. Permainan apa ni?.
…………
“Tadi telefon kak Jie bunyi”.
Mujur adik lelaki bongsu aku beritahu. Tapi LCD telefon aku rosak, macam mana aku nak tahu siapa yang telefon?. Entah-entah Johan Arif tak, nak datang rumah hari ni ke?. Aku mengagak sendiri. Berlari aku masuk ke bilik.
Aku menelefon Johan Arif pada hari ketiga lelaki itu berada di kampungnya. Segera nombor telefon Azril Arif di dial. Seketika kemudian berangkat. Dia menyahut salamku.
“You ada kat mana ni?”. Aku bertanya.
“I ada kat rumah, kenduri adik I kan hari ni”.
Mendengar suara Azril Arif buat jiwa aku bergetar. Kerana rindu atau kerana takut kehilangannya, aku sendiri tidak pasti.
“B, you ada telefon I ke tadi?”. Aku terus bertanya akan niat sebenar ku menelefonnya. Terdengar juga di sekelilingnya suara-suara tetamu.
“Hari ni I tak telefon you lagi, masih sibuk, kenapa?”.
“Adik I cakap telefon I bunyi. Ingat you yang telefon. I tak sempat nak angkat sebab tadi pergi kenduri rumah jiran”.
“Owh ye ker..tapi I tak telefon you pun lagi”.
Kalau bukan Azril Arif yang telefon aku, siapa?. Kecewa.
“How are you today?”. Azril Arif terus berbasa basi.
“I okey je”. Hambar aku menjawab.
“Dah makan?”.
“I kan baru balik kenduri..mesti la dah makan”.
“Malam nanti lepas majlis selesai, I call you okey”. Azril Arif masih memberikan janjinya.
“Okey B, i’m waiting”.
Namun malamnya berlalu tanpa ada langsung panggilan atau sms daripada Azril Arif. Letih atau masih sibuk, positif aku berfikir.

SELEPAS telefon di letak, itulah kali terakhir aku mendengar suaranya.
Sejak dari petang tadi sudah berkali-kali nombor Azril Arif di dial, namun tidak ada yang berangkat. Malam ini aku mencuba lagi, telefon dan hantar sms. Pun sama… masih tidak berbalas. Satu pun tidak ada respon antara kedua-duanya.
“Kenapa ni..dia sakit ke?”. Aku mula panik. Ya ALLAH apa perlu aku buat?. Kenapa jadi macam ni?. Belum pernah Azril Arif tak bagi sebarang respon seperti yang berlaku sekarang. Takkan lah sibuk sangat??. Kalut otak aku berfikir.
“Jie..I sibuk sikit, lepas semua settle I contact you”.
Biasanya sms dengan ayat begitu aku akan terima jika dirinya benar-benar sibuk dan pasti usai segalanya selesai, telefon aku akan berdering. Tidak pernah Azril Arif membiarkan aku mencarinya tanpa jawapan.