owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130808

51 days with you mr.pilot-bab 45


ENCIK AFENDI ralit melihat anak lelakinya yang sedang membaca akhbar di luar rumah. Bagi dirinya inilah masa yang sesuai untuknya bertanya. Dirinya mengambil tempat duduk di tepi Azril Arif.
“Ayah ada hal sikit ni nak cakap”. Encik Afendi memulakan bicara.
Serta merta Azril Arif berhenti membaca dan memandang ayahnya. Sementalah surat khabar di tangannya juga sudah habis di belek.
“Ada apa”. Azril Arif membetulkan kedudukkannya. Kini hanya mereka berdua.

“TENGAH buat apa?, dah makan, solat?”.
Baru kini Azril Arif menelefon selepas dirinya tiba di Johor petang tadi. Berminggu-minggu kenal, dirinya tidak pernah lupa bertanya tentang solat. Jika aku belum bersolat, disuruhnya dulu aku mengerjakan ibadat wajib itu sebelum dia menelefon aku kembali usai bersolat.
“Dah. I tengah baca novel Setulus Janji. You dah makan?”. Aku bertanya kembali.
“Semuanya dah. Tadi I baru lepas sembang dengan ayah”.
“Ooo..”.
“Ayah ada tanya samada I dah ada girlfriend atau belum?”. Azril Arif berterus terang.
………..
“Rif dah ada seseorang ke sekarang ni?, girlfriends atau calon isteri?”.
Tergelak Azril Arif dengan soalan ayahnya. Tiba-tiba,. “Kenapa tanya soalan macam ni?”.
“Yelah sampai bila nak menduda, umur muda lagi. Anak-anak pun perlukan mommy baru”. Rancak perbualan dua beranak ini.
“Ayah dah ada calon ke?”. Soalan di jawab soalan.
“Belum. Tapi kalau Rif takde siapa-siapa lagi, ayah boleh tolong carikan seseorang”.
“I can finding woman that I want”. Ringkas jawapan yang di beri.

Astagfirullah apa lagi kali ini. Bergema kuat kalimah suci itu di dalam hati aku. “Habis you jawab apa?”. Aku bukan bodoh untuk  tidak mengerti pengakuan Azril Arif dan pertanyaan ayahnya.
“I cuma kata, I can finding woman that I want”.
Pelik, kenapa Azril Arif tidak terima sahaja perlawaan ayahnya itu?. Dirinya juga jujur mengakui bahawa ayahnya belum lagi tahu mengenai aku. Kecewa. Itu yang aku rasa.
“I akan bagitahu pasal you bila I balik kampung nanti”. Azril Arif cuba menyedapkan hati aku.
Entah kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu yang bakal berlaku, namun aku mengharapkan apa pun yang bakal terjadi, biarlah selepas Azril Arif datang ke rumah.
“Tak sabar I nak balik jumpa you, pergi rumah you. Nak tak nak I kena pergi jugak rumah you. Kenal mama you. Nanti apa pulak dia cakap, kenal anak daranya tapi tak pernah sampai rumah”. Ceria, gembira sahaja intonasi suaranya.
Aku hargai niatnya. Memang aku tidak pernah mempelawa dirinya datang ke rumah. Aku tidak mahu Azril Arif melihat itu sebagai sesuatu yang mahu menjeratnya, aku tidak mahu dirinya rasa terikat dan tidak selesa. Namun sejak Azril Arif menawarkan dirinya untuk bertandang ke rumah bersama anak-anak, aku amat mengalu-alukan.
“Dua tiga hari lepas you ada baca akhbar Berita Harian tak?’. Tiba-tiba dirinya mengubah topik.
“Ada”.
“Kalau you nak tahu, sepupu I pengusaha tamanan nenas yang berjaya tau kat Johor. Dua tiga hari lepas ada keluar dalam paper Berita Harian tu lah. I pun tadi baru tahu”.
Memang aku ada ternampak artikel mengenai pengusaha nenas yang di maksudkan Azril Arif tapi tidak pula aku baca mengenainya, tengok sekali imbas je masa belek-belek muka akhbar.

Selepas telefon di letak, aku cuba mencari akhbar tersebut tapi tidak ketemu dengan artikel yang ingin dibaca. Bercampur aduk dengan akhbar-akhbar lama.

BERSAMBUNG BAB 46

51 days with you mr.pilot-bab 44


Dua puluh sembilan hari perkenalan

I dah nak bertolak ni. Adik beradik I tak jadi pergi”.
Aku mengambil telefon dan membaca Sms yang di hantar Azril Arif. Selepas solat Asar, Azril Arif memutuskan untuk ke Johor selepas berejam penantiannya untuk konvoi bersama adik beradiknya yang lain tidak berbaloi. Agak lewat dirinya bertolak.

Pagi tadi Azrif Arif menelefon aku sebaik sahaja dirinya pulang dari menghantar Nurul Husna ke sekolah. Dua puluh empat jam yang bersisa semalam terus berlalu bersamaan hari ke tujuh stanby. Semalam sehari suntuk dirinya menunggu namun masih tiada panggilan untuknya bertugas.
………..
“You tahu tak kali ni I stanby tak perlu fly pun. Sampai last day takde langsung panggilan dari office. You suka lah kan kalau I tak fly?”.
Terpaut aku dengan intonasi suara Azril Arif yang romantik, macho itu.
“You tak suka kalau you tak fly?. B!!!..bukan I je yang suka kalau you tak terbang, anak-anak pun suka tau. At least you ada masa dengan Adam Niaz kat rumah, you pun boleh lah pergi ambik dan hantar Husna”. Kata ku girang. Aku gembira jika Azril Arif tidak perlu terbang. Memang masanya ada untuk kami.
“Jie..im sorry”.
“Why?”.
“Semalam ayah dah pergi Johor tengok adik I tu. So I kena pergi jugak, petang ni I bertolak. You cakap dengan mama you, I balik adik I kawin ni lah I pergi rumah you yer”.

Mujurlah mama positif menerima apabila aku khabarkan bahawa Azril Arif tidak dapat datang ke rumah kali ini.
Baru beberapa keping berbalas sms dengan Azril Arif, telefon aku pula berbunyi.
“Bunyi apa tu, bisingnya”. Tanya aku padanya sebaik meletakkan telefon ke cuping telinga.
“I dalam kereta. Tengah highway”.
“Kenapa adik beradik you tak jadi ikut?”.
“Masing-masing sibuk dengan hal. Last minit baru cakap. I ni tunggu lah tadi ingatkan nak pergi sama-sama. Kalau tahu tak jadi, dah lama I bertolak”. Tiba-tiba suaranya menyepi. “You dah banyak kali cari gaduh dengan I kan?..you sedar tak?, tapi sekali pun I belum pernah cari gaduh dengan you lagi”. Tenang nadanya bersuara kembali namun seperti sedang bertanya dan meluah perasaan.
Azril Arif suka betul buat aku terkejut. Bila masa pulak aku cari gaduh dengan dia?. Seingat aku perihal di Auckland dan selepas dirinya pulang dari Shanghai kan dah selesai. Dah la time bagitahu ni mengejut. Takde angin ribut. Nak kata bergaduh semalam, takde pun. Tapi kenapa dia tiba-tiba cakap macam ni?.
Tiga hari sebelum lelaki ini ke Johor, dia menelefon aku seperti biasa. Hari tersebut memang pelik. Kerap sangat dirinya menelefon. Setiap sejam atau sejam setengah sekali.
…………..
“Kerap you telefon I hari ni?”. Aku suarakan kepelikkan kepada Azril Arif. Belum sempat aku berdoa selepas solat asar, telefon aku sudah berdering. Termasuk yang ini, sudah lebih empat kali dirinya telefon.
“Entah lah, hari ni I teringat sangat kat you. Rasa macam nak terbang pergi dekat you je. Tak sabar nak balik kampung”.
“You teringat-teringat kat I macam ni, belum lagi I bomohkan you, kalau dah pergi bomoh tak tahu lah berapa kali sehari you cari I”. Aku bergurau.
“Eh jangan!!, tak baik”. Balasnya lemah.
“Ke you gaduh dengan girlfriend baru?, takde tempat..cari lah I”.
“Takdelah, I mana ada girlfriend lain selain you”.
“You kat mana ni?”.
“Dalam tandas kat rumah, tengah tadah air..sakit perut. USJ takde air hari ni”.
Duduk dalam tandas rupanya. Patut lah gema tu bunyi lain macam. Sampai ke dalam tandas dia telefon aku semata-mata teringat?. Buang tabiat sungguh. Tak pernah di buat dia sebelum ni, tak menyempat-nyempat.

Pelik. Kelmarin cakap teringat, hari ni cakap hal gaduh pulak.
“Kenapa ni B, tiba-tiba cakap macam ni pulak. I ada buat salah ke?”.
“Tak ada apa-apalah, saje je I cakap..I nak you fikir. Okeylah I nak drive ni. Bila dah sampai I call you balik”.
Azril Arif akan berada di Johor selama dua hari satu malam. Sementara anak-anaknya pula tinggalkan di rumah bersama pembantu.

20130805

51 days with you mr.pilot-bab 33(kehadiran ustaz Darussyifa, di ganggu bayangan dalam solat & permintaan sepupu)


SELESAI menghantar Nurul Husna ke sekolah, Azril Arif pulang dan menyiapkan diri untuk ke Sepang pula. Pass airport hampir tamat tempoh dan perlu di perbaharui. Kalau tidak di selesaikan hari ini, entah bila lagi waktu terluangnya akan ada. Hari terakhir dirinya bercuti esok, urusan lain sudah menunggu.
Laju kakinya menuruni anak tangga sebelum terdengar suara Adam Niaz sedang bermain di ruang tamu. Di perlahankan langkah. Kepalanya terjengul sedikit untuk melihat kedudukan anak bongsunya itu.
Macam mana ni, hampir pulak dia duduk kat ruang tamu. Kalau lalu depan dia, sah-sah nak ikut nanti. Azril Arif memikir-mikir jalan keluar. Ralit nampaknya Adam Niaz. Terjungkit-jungkit langkah juruterbang ini di atur bagai berjalan di lantai kayu pula. Pintu dapur menjadi sasaran. Nak tak nak kena jugak ke depan walaupun keluar melalui pintu belakang, sepatunya ada di situ.
“Kukk!!”..kepala Azril Arif terhantuk ke pintu utama ketika membongkok untuk mengambil kasut. Cepat-cepat dirinya menyorok. Lagak seperti ingin melarikan diri takutnya. Adam Niaz pula terhenti bermain. Berpaling ke arah bunyi, mencari-cari kelibat. Tidak nampak sebarang bayangan, dirinya kembali bermain. Azril Arif lega dan terus bergerak ke keretanya.
“Papa..!!!papa!!!!”. Baru beberapa langkah, telinganya mendengar suara Adam Niaz mencari. Langkah semakin laju di orak. Kena cepat.

ENTAH kenapa..semenjak Azril Arif pulang dari Narita, Tokyo, semacam ada sesuatu je yang aku rasa. Tiba-tiba wujud ustaz, lepas tu Azril Arif buat kejutan mengenai permintaan sepupunya supaya dia pulang ke kampung. Semuanya dalam masa satu hari. Itu belum termasuk gangguan yang aku dapat selama dirinya berada di Jepun. Semalam pun ketika solat Tahajud, masih benda yang sama terjadi.
………
“Dah tidur ke”. Malam semalam, selepas anak-anaknya tidur sekali lagi Azril Arif mengambil peluang untuk bersembang bersama.
“Belum, kenapa?”.
“Siti nak balik bersalin di Indon, tadi baru dia bagitahu I”.
Jika pembantu rumahnya jadi pulang ke kampung halaman, macam mana dengan anak-anaknya nanti, siapa nak jaga diaorang ketika dirinya bertugas. Kalau boleh Azril Arif tidak mahu anak-anaknya tinggal bersama bekas isterinya.
“Tapi, kalau keadaan terpaksa memang kena hantar jugak la diaorang kat rumah Sherry Amani. Kalut la I sikit. Sebelum pergi kerja kena hantar anak-anak dulu, then balik semula ke rumah. Haih!!..I nya tak boleh berpisah dengan anak-anak. Kalau pergi kerja tak tengok anak-anak rasa sedih sungguh”. Keluhnya lemah kepada aku yang sentiasa menjadi pendengarnya.
“Mungkin ni anak pertamanya kot, jadi Siti tak tahu selok belok berpantang. Lagipun kalau dia bersalin kat sini, nak tak nak you kena cari pembantu lain jugak. Mana boleh dia buat semua kerja rumah dalam masa berpantang”.
“Itu yang I fikir sekarang ni. Mana nak cari pembantu dalam waktu singkat?”. Azril Arif buntu.
“Why not you hantar anak-anak pada I?”. Aku memberi pandangan. Lagipun hanya sementara. “Eh!! Lupa, Husna sekolah kan!?, you mana boleh berpisah dengan anak-anak”. Belum pun sempat Azril Arif membalas, aku dulu memotong.
“Takpe I cuba cari dulu, insyaallah sempat”. Ringkas Azril Arif menjawab. “Hari tu kan I ada dengar Siti cakap dengan kak ngoh kat dapur. Dia tanya kak ngoh, orang mengandung ni memang tak datang period ke. Rupanya dia tak tahu pasal tu Jie”. Ada sahaja cerita Azril Arif yang ingin di kongsi.
“Nama lagi anak pertama. Lagipun takde siapa kat rumah besar tu yang dia boleh rujuk nak bertanya”. Pandai aku cover jawapan. Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah tahu fakta tu kalau Azril Arif tak bagitahu.

Umur Siti, dua puluh lima tahun, sebaya dengan anak saudara Azril Arif yang tinggal sebumbung dengannya. Itu bermakna usia aku lebih muda dari mereka berdua. ‘Kak ngoh’, itu panggilan untuk anak saudara Azril Arif. Anak kedua kepada kakak sulungnya yang tinggal di Klang. Tak pernah pula aku tahu nama sebenar kak ngoh, tak bertanya. Azril Arif pun hanya bahasakan anak saudaranya itu sebagai ‘kak ngoh’ setiap kali bersembang dengan aku. Kini kak ngoh berkerja di syarikat keselamatan milik kawan Johan Arif.

“B!, dulu you boleh ambik Siti kerja balik ni macam mana?, dari mana dia tahu you bercerai?”. Sudah lama aku ingin bertanyakan hal ini.
Selain Siti, pembantu rumah di rumah Azril Arif sudah berkali-kali bertukar orang. Kegarangan Sherry Amani di katakan menjadi  penyebab rumah itu sentiasa kehilangan pembantu. Hari ini Azril Arif keluar bekerja, esok lusa balik..pembantu dah takde.
…………
“I ingat pembantu rumah yang buat hal, lari dengan lelaki ke apa. Tapi bila selalu benda tu terjadi pelik la jugak. Check punya check rupanya memang my ex penyebab. Garang sangat.

“Walaupun dah tak kerja, Siti selalu telefon tanya khabar anak-anak. Lagipun I tak pernah tukar nombor telefon rumah sejak dulu. Tu yang dia tak pernah lost contact. Bila dia tahu I bercerai, dia nak kerja dengan I balik. Jadi I ambik lah, lagipun anak-anak dah biasa dengan dia”.
Istilah mujur sentiasa ada. Tidaklah Azril Arif risau akan keadaan anak-anaknya jika di tinggalkan di dalam jagaan pembantu rumah seperti Siti. Siti dan suaminya juga sudah Azril Arif anggap seperti keluarga sendiri. Wanita ini mula bekerja di rumah Azril Arif semenjak Nafizs berusia enam tahun lagi. Sebelum majikannya itu bercerai, dirinya berhenti kerja untuk berkhawin. Selepas itu Siti dikatakan berkerja sebagai pembantu kedai sebelum kembali bekerja di rumah Azril Arif.
“Kalau I terbang lama, biasanya suami Siti akan datang rumah temankan Siti dan anak-anak. Ada orang lelaki ni, at least rasa selamat la sikit”.
Perbualan aku bersama Azril Arif setiap hari sentiasa berkisar perihal diri masing-masing, kerjaya, keluarga, anak-anak, kehidupan seharian, asset masa depan bahkan kisah pembantu rumah juga.
Owh yer..sepupu I ada telefon tadi, dia suruh I balik kampung”.
Dalam rancak berbual tiba-tiba Azril Arif tersebut hal itu. Ruang bilik yang sejuk dengan kipas berpusing tiba-tiba terasa panas.
“Sepupu you yang mana sorang”. Debaran yang aku rasa lain macam, Entah debaran yang keberapa aku terima kebelakangan ini.
“Sufian”. Perlahan suara Azril Arif.
“Kenapa pulak dia suruh you balik?”.
“Ingat tak hari tu I ada kata dia nak buka kedai baru. Jadi dia nak I ada sekali masa perasmian tu”.
“Hurm…sambil menyelam minum air, sebenarnya suruh balik tu sambil buka kedai ada agenda lain kan!!!?”. Johan Arif tergelak besar apabila aku lantang bersuara. Faham sangat dirinya akan maksud kiasanku.
“Tak lah. Sekarangkan I dah ‘off market”. Azril Arif menenangkan diri aku sambil membela dirinya.
“Bila dia nak buka kedai?”.
“Minggu depan. Tapi I dah cakap dengan Sufian I tak boleh balik. Kan I stanby masa tu. ”.

Ayat jawapan Azril Arif semalam itu benar-benar melegakan aku. Alhamdulillah, masih ada rezeki aku dengannya selagi dia tak balik ke kampung.
Entah kenapa mulut aku tiba-tiba menuturkan kata-kata itu.

SEGALA urusan mengenai pass airportnya cuba di siapkan Azril Arif sebelum menginjak ke pukul empat petang. Nurul Husna perlu di jemput sebaik tamat waktu persekolahannya nanti.
Dalam perjalanan pulang, Azril Arif singgah di Mall terlebih dahulu. Niatnya untuk membeli hadiah. Kakinya terus menuju ke kedai permainan kanak-kanak.

BERSAMBUNG BAB 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42 & 43

51 days with you mr.pilot-bab 32( pulang dari Narita dan kehadiran ustaz Darussyifa)


Hari ke sembilan belas mengenali.

PEJAM CELIK.. pejam celik, tiga hari dua malam berlalu. Benar seperti kata Azril Arif, saat aku membuka mata, dirinya sudah berada di Malaysia.
Sesampai dirinya di Malaysia, biasanya jam enam pagi. Itu waktu normal bagi sesebuah pesawat mendarat seandainya tidak ‘delay’. Sebaik sahaja mendarat, Azril Arif akan telefon dan bercakap dua tiga minit dengan bagitahu dirinya sudah selamat mendarat bersama ucapan ‘morning my girl’nya untuk aku sebelum bersolat.
Hari cuti begini seronok juga kalau dapat menyambung tidur kembali. Nampaknya cuti kami kali ini jatuh pada hari yang sama. Melingkar di katil menjadi aktiviti kesukaan.

“YOU tahu tak siapa datang rumah I tadi?”.
Jam dua belas tengah hari, Azril Arif menelefon selepas beberapa jam dirinya tiba dari Tokyo pagi tadi. Kebiasaannya setengah jam sebelum Azril Arif menelefon, aku sudah dapat rasainya. Mungkin lagi sekali ia berkait dengan naluri, kalau dah suka macam tu lah.
“Mana la I tahu, siapa?”.
“I ingat tadi nak lelap mata kejap. Tiba-tiba Siti ketuk pintu bilik bagitahu ada orang datang. I kalau orang datang rumah masa nak tidur ni spoiled mood betul, tak berapa berkenan”.
Aku memahami keletihan Azril Arif selepas beberapa jam berada di dalam pesawat.
“Sampai kat pintu rumah, I terkejut. Dah lama Jie, ustaz ni tak datang rumah I”.
“Ustaz mana pulak?. You tak pernah bagitahu I pasal mana-mana ustaz pun sebelum ni”.
“Dulu ustaz ni pernah ngajar anak-anak mengaji. Tapi memang dah lama la kami tak jumpa. Bila dia datang mengejut ni I terkejut lah. I tanya dia dari mana, dia kata kebetulan lalu kawasan ni, tengok kereta I ada jadi dia singgah sebab dah lama tak tanya khabar”.
“Tu je?, buat I fikir bukan-bukan je lah you ni”.
“Tapi Jie since duk depan rumah, tengok je muka I.. tak habis-habis ustaz tu tanya, ada girlfriend baru ke sekarang?. Siapa nama?. Lepas I jemput ustaz tu masuk rumah pun, tak habis-habis lagi dia tanya soalan yang sama”.
Kusyuk aku mendengar jalan ceritanya. Memang aku fikir ia berkait antara Azril Arif dan kawan wanitanya yang lain. Maklum saja lah.. setahu aku, Azril Arif memang ramai kenalan wanita berbanding lelaki. Dia sendiri pernah beritahu aku tentang hal itu supaya aku tidak tersalah anggap padanya apabila berkait soal perempuan.
……………..
“Satu lagi I nak bagitahu you tentang I, I ramai kenalan wanita berbanding lelaki. Tapi I takde hubungan apa-apa dengan diaorang. So kalau you tahu apa-apa pasal I dengan mana-mana perempuan macam yang abang Ki cakap tu, ingatlah mereka hanya kawan. Kalau berkait soal perempuan, kalau I serius dengan mereka..I akan bagitahu you”.

“Dah ustaz tu duk asyik tanya I soalan yang sama, last-last I bagi la nama you, lepas tu dia minta nama mama you pulak. Jadi I bagi la jugak”.
“What!!!”. Jika Azril Arif berada di depan aku sekarang, pasti dirinya dapat melihat wajah terkejut beruk aku. Tiada sekelumit tanggapan pun bahawa memang aku yang diaorang bicarakan. “You bomohkan I ke apa ni B, siap main nama mama lagi. Patut la hari tu beria you tanya nama mama, rupanya ada maksud”. Sejak hari pertama kenal, Azril Arif sudah bertanyakan nama mama. Kerana itu setiap kali menyebut nama aku pasti akan disusuli dengan nama mama pula.
“Cuba dengar dulu keseluruhan cerita”.
“Emm..”.
“Lepas I bagi nama you dan mama you tu, ustaz minta izin nak guna bilik. Jadi I tunjuk la bilik tetamu kat bawah. Tak tahu la dia nak solat ke apa. Tak lama. Bila keluar je bilik terus dia senyum kat I. Dia kata you muda orangnya, manja tapi mudah di lentur, kalau I nak teruskan dengan you, dia bagi green lite. Dia kata mak you pun baik, peramah”.
“Aikkk, ye ker you ni ustaz tu cakap macam tu, entah-entah dia cakap lain”. Aku cuba memancing.
“Betul la, buat apa I tipu. Kalau I cakap bohong apa I dapat”.
“Biar betul ustaz tu cakap macam tu pasal I?”. Tak habis aku berfikir.
“I pun terkejut bila dia tanya pasal girlfriends tu. Siti ada hidangkan air tapi lepas apa yang ustaz tu kata, dia terus minta izin untuk balik. Tak sempat nak sembang lebih..ada kerja katanya”.
Apa aku harus percaya ke dengan apa yang Azril Arif katakan ni?. Takkan ustaz tu datang semata-mata nak cakap pasal tu je. Entah-entah you invite ustaz tu tak!!?. Pertanyaan aku itu hanya sekadar di dalam hati. Di mulut tak terluah.
“Sebenarnya ustaz tu siapa, B?. Macam mana you boleh kenal dengan dia?”. Aku cuba berselidik dengan lebih dalam daripada Azril Arif mengenai ustaz yang diceritakan.
“Ustaz tu anak buah Ustaz Haron Din. Pengasas Darussyifa, you pernah dengar tak nama Haron Din tu?”.
“Penceramah tu, selalu keluar kat tv kan?”. Sebenarnya aku sekadar kenal empunya badan sebagai penceramah dan nama ustaz tu je tapi Darussyifa?. Jujur aku tak pernah dengar pun nama pusat rawatan islam itu.
“That’s rite. I boleh kenal ustaz yang datang rumah tadi masa pergi teman kawan I berubat kat Darussyifa. Dulu rumah kawan I ada gangguan, jadi I ikut la dia pergi jumpa ustaz tadi. Settle rumah kawan I, tak sangka la pulak benda yang ada kat rumah dia tu ikut sekali I balik. Jadi terpaksa la I panggil ustaz tadi datang rumah I pulak”.
Gangguan yang terjadi di rumah Azril Arif menyebabkan semua penghuninya terkejut di tambah pula dengan bumbung rumah yang tidak henti bergegar.
“Masa tu you dah bercerai?”.
“Belum. Kebetulan masa bumbung bergegar tu pulak, dua orang kawan perempuan I ada datang.  Salah sorang kawan I tu sampai melompat naik atas kerusi”.
“You?”. Aku bertanya sambil ketawa.
“I buat-buat berani je, kalau kantoi I takut.. yang lain pun makin takut la nanti”. Dirinya juga ketawa. “Ustaz ni sebenarnya dah berkali-kali tolong I sebelum I lost contact dengan dia dulu, I pernah bawa dua tiga orang kawan berubat dengan dia. Kat rumah I ni pun ada satu family bunian islam. Suami isteri dan anak. Pernah I minta ustaz tadi halau tapi dia kata tapak rumah ni tempat asal makhluk tu”.
“Makhluk ni tak pernah kacau ke?”.
“Keluarga I tak pernah pulak kena kacau. Tapi, kalau ada orang datang bermalam kat rumah ni biasanya akan nampak kelibat makhluk tu. Dulu masa I renovate rumah ni, I upah lelaki Indonesia jaga rumah sementara. Lepas tu bila I pergi tengok rumah, dia pun cerita lah. Dia kata dia terserempak dengan sorang perempuan dalam rumah ni, bertudung, cantik macam sedara mara I. Tapi bila dia bagi salam, perempuan tu senyap, tak jawab”. Tergelak Johan Arif menceritakan semula kisah misteri yang pernah berlaku.
“OMG!!, dont tell me yang dia tegur tu!!!...”.
“Hahaha..I dah agak dah siapa yang dia lihat tu, you bayangkan..rumah tengah renovate takkan ada orang nak duduk sini”.
Meremang bulu roma aku. Dan memang di akui, kaum hawa keturunan Azril Arif memang cantik, persis orang arab, mix blood katakan. Masih ramai yang bermata biru, hijau, coklat dan kelabu. Untung tak perlu pakai contact lense. Hidung pulak teletak tinggi.
“Anak-anak pernah nampak?”.
“Pada anak-anak dia tak pernah tunjuk diri lagi. Kalau tak, mau Husna tu berani duk kat atas”.
“You?”.
“I pernah terserempak si anak. Masa tu I bangun lewat malam nak solat. Rasa dahaga I turun kat bawah. Masa tu lah I nampak kat tangga”.
“Tegur?”. Ghairah aku bertanya. Kalau aku kat tempat Azril Arif, wajib aku lari. Tak pun pengsan terus.
“Buat derk je. Masa nak naik bilik, I tengok dia dah takde. Tapi masa Adam Niaz bayi, tiap kali dia pandang kat tangga mesti dia ketawa, mungkin budak tu jadi temannya kot”. Kata Azril arif lagi.