owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130808

51 days with you mr.pilot-bab 44


Dua puluh sembilan hari perkenalan

I dah nak bertolak ni. Adik beradik I tak jadi pergi”.
Aku mengambil telefon dan membaca Sms yang di hantar Azril Arif. Selepas solat Asar, Azril Arif memutuskan untuk ke Johor selepas berejam penantiannya untuk konvoi bersama adik beradiknya yang lain tidak berbaloi. Agak lewat dirinya bertolak.

Pagi tadi Azrif Arif menelefon aku sebaik sahaja dirinya pulang dari menghantar Nurul Husna ke sekolah. Dua puluh empat jam yang bersisa semalam terus berlalu bersamaan hari ke tujuh stanby. Semalam sehari suntuk dirinya menunggu namun masih tiada panggilan untuknya bertugas.
………..
“You tahu tak kali ni I stanby tak perlu fly pun. Sampai last day takde langsung panggilan dari office. You suka lah kan kalau I tak fly?”.
Terpaut aku dengan intonasi suara Azril Arif yang romantik, macho itu.
“You tak suka kalau you tak fly?. B!!!..bukan I je yang suka kalau you tak terbang, anak-anak pun suka tau. At least you ada masa dengan Adam Niaz kat rumah, you pun boleh lah pergi ambik dan hantar Husna”. Kata ku girang. Aku gembira jika Azril Arif tidak perlu terbang. Memang masanya ada untuk kami.
“Jie..im sorry”.
“Why?”.
“Semalam ayah dah pergi Johor tengok adik I tu. So I kena pergi jugak, petang ni I bertolak. You cakap dengan mama you, I balik adik I kawin ni lah I pergi rumah you yer”.

Mujurlah mama positif menerima apabila aku khabarkan bahawa Azril Arif tidak dapat datang ke rumah kali ini.
Baru beberapa keping berbalas sms dengan Azril Arif, telefon aku pula berbunyi.
“Bunyi apa tu, bisingnya”. Tanya aku padanya sebaik meletakkan telefon ke cuping telinga.
“I dalam kereta. Tengah highway”.
“Kenapa adik beradik you tak jadi ikut?”.
“Masing-masing sibuk dengan hal. Last minit baru cakap. I ni tunggu lah tadi ingatkan nak pergi sama-sama. Kalau tahu tak jadi, dah lama I bertolak”. Tiba-tiba suaranya menyepi. “You dah banyak kali cari gaduh dengan I kan?..you sedar tak?, tapi sekali pun I belum pernah cari gaduh dengan you lagi”. Tenang nadanya bersuara kembali namun seperti sedang bertanya dan meluah perasaan.
Azril Arif suka betul buat aku terkejut. Bila masa pulak aku cari gaduh dengan dia?. Seingat aku perihal di Auckland dan selepas dirinya pulang dari Shanghai kan dah selesai. Dah la time bagitahu ni mengejut. Takde angin ribut. Nak kata bergaduh semalam, takde pun. Tapi kenapa dia tiba-tiba cakap macam ni?.
Tiga hari sebelum lelaki ini ke Johor, dia menelefon aku seperti biasa. Hari tersebut memang pelik. Kerap sangat dirinya menelefon. Setiap sejam atau sejam setengah sekali.
…………..
“Kerap you telefon I hari ni?”. Aku suarakan kepelikkan kepada Azril Arif. Belum sempat aku berdoa selepas solat asar, telefon aku sudah berdering. Termasuk yang ini, sudah lebih empat kali dirinya telefon.
“Entah lah, hari ni I teringat sangat kat you. Rasa macam nak terbang pergi dekat you je. Tak sabar nak balik kampung”.
“You teringat-teringat kat I macam ni, belum lagi I bomohkan you, kalau dah pergi bomoh tak tahu lah berapa kali sehari you cari I”. Aku bergurau.
“Eh jangan!!, tak baik”. Balasnya lemah.
“Ke you gaduh dengan girlfriend baru?, takde tempat..cari lah I”.
“Takdelah, I mana ada girlfriend lain selain you”.
“You kat mana ni?”.
“Dalam tandas kat rumah, tengah tadah air..sakit perut. USJ takde air hari ni”.
Duduk dalam tandas rupanya. Patut lah gema tu bunyi lain macam. Sampai ke dalam tandas dia telefon aku semata-mata teringat?. Buang tabiat sungguh. Tak pernah di buat dia sebelum ni, tak menyempat-nyempat.

Pelik. Kelmarin cakap teringat, hari ni cakap hal gaduh pulak.
“Kenapa ni B, tiba-tiba cakap macam ni pulak. I ada buat salah ke?”.
“Tak ada apa-apalah, saje je I cakap..I nak you fikir. Okeylah I nak drive ni. Bila dah sampai I call you balik”.
Azril Arif akan berada di Johor selama dua hari satu malam. Sementara anak-anaknya pula tinggalkan di rumah bersama pembantu.

No comments:

Post a Comment