owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130805

51 days with you mr.pilot-bab 32( pulang dari Narita dan kehadiran ustaz Darussyifa)


Hari ke sembilan belas mengenali.

PEJAM CELIK.. pejam celik, tiga hari dua malam berlalu. Benar seperti kata Azril Arif, saat aku membuka mata, dirinya sudah berada di Malaysia.
Sesampai dirinya di Malaysia, biasanya jam enam pagi. Itu waktu normal bagi sesebuah pesawat mendarat seandainya tidak ‘delay’. Sebaik sahaja mendarat, Azril Arif akan telefon dan bercakap dua tiga minit dengan bagitahu dirinya sudah selamat mendarat bersama ucapan ‘morning my girl’nya untuk aku sebelum bersolat.
Hari cuti begini seronok juga kalau dapat menyambung tidur kembali. Nampaknya cuti kami kali ini jatuh pada hari yang sama. Melingkar di katil menjadi aktiviti kesukaan.

“YOU tahu tak siapa datang rumah I tadi?”.
Jam dua belas tengah hari, Azril Arif menelefon selepas beberapa jam dirinya tiba dari Tokyo pagi tadi. Kebiasaannya setengah jam sebelum Azril Arif menelefon, aku sudah dapat rasainya. Mungkin lagi sekali ia berkait dengan naluri, kalau dah suka macam tu lah.
“Mana la I tahu, siapa?”.
“I ingat tadi nak lelap mata kejap. Tiba-tiba Siti ketuk pintu bilik bagitahu ada orang datang. I kalau orang datang rumah masa nak tidur ni spoiled mood betul, tak berapa berkenan”.
Aku memahami keletihan Azril Arif selepas beberapa jam berada di dalam pesawat.
“Sampai kat pintu rumah, I terkejut. Dah lama Jie, ustaz ni tak datang rumah I”.
“Ustaz mana pulak?. You tak pernah bagitahu I pasal mana-mana ustaz pun sebelum ni”.
“Dulu ustaz ni pernah ngajar anak-anak mengaji. Tapi memang dah lama la kami tak jumpa. Bila dia datang mengejut ni I terkejut lah. I tanya dia dari mana, dia kata kebetulan lalu kawasan ni, tengok kereta I ada jadi dia singgah sebab dah lama tak tanya khabar”.
“Tu je?, buat I fikir bukan-bukan je lah you ni”.
“Tapi Jie since duk depan rumah, tengok je muka I.. tak habis-habis ustaz tu tanya, ada girlfriend baru ke sekarang?. Siapa nama?. Lepas I jemput ustaz tu masuk rumah pun, tak habis-habis lagi dia tanya soalan yang sama”.
Kusyuk aku mendengar jalan ceritanya. Memang aku fikir ia berkait antara Azril Arif dan kawan wanitanya yang lain. Maklum saja lah.. setahu aku, Azril Arif memang ramai kenalan wanita berbanding lelaki. Dia sendiri pernah beritahu aku tentang hal itu supaya aku tidak tersalah anggap padanya apabila berkait soal perempuan.
……………..
“Satu lagi I nak bagitahu you tentang I, I ramai kenalan wanita berbanding lelaki. Tapi I takde hubungan apa-apa dengan diaorang. So kalau you tahu apa-apa pasal I dengan mana-mana perempuan macam yang abang Ki cakap tu, ingatlah mereka hanya kawan. Kalau berkait soal perempuan, kalau I serius dengan mereka..I akan bagitahu you”.

“Dah ustaz tu duk asyik tanya I soalan yang sama, last-last I bagi la nama you, lepas tu dia minta nama mama you pulak. Jadi I bagi la jugak”.
“What!!!”. Jika Azril Arif berada di depan aku sekarang, pasti dirinya dapat melihat wajah terkejut beruk aku. Tiada sekelumit tanggapan pun bahawa memang aku yang diaorang bicarakan. “You bomohkan I ke apa ni B, siap main nama mama lagi. Patut la hari tu beria you tanya nama mama, rupanya ada maksud”. Sejak hari pertama kenal, Azril Arif sudah bertanyakan nama mama. Kerana itu setiap kali menyebut nama aku pasti akan disusuli dengan nama mama pula.
“Cuba dengar dulu keseluruhan cerita”.
“Emm..”.
“Lepas I bagi nama you dan mama you tu, ustaz minta izin nak guna bilik. Jadi I tunjuk la bilik tetamu kat bawah. Tak tahu la dia nak solat ke apa. Tak lama. Bila keluar je bilik terus dia senyum kat I. Dia kata you muda orangnya, manja tapi mudah di lentur, kalau I nak teruskan dengan you, dia bagi green lite. Dia kata mak you pun baik, peramah”.
“Aikkk, ye ker you ni ustaz tu cakap macam tu, entah-entah dia cakap lain”. Aku cuba memancing.
“Betul la, buat apa I tipu. Kalau I cakap bohong apa I dapat”.
“Biar betul ustaz tu cakap macam tu pasal I?”. Tak habis aku berfikir.
“I pun terkejut bila dia tanya pasal girlfriends tu. Siti ada hidangkan air tapi lepas apa yang ustaz tu kata, dia terus minta izin untuk balik. Tak sempat nak sembang lebih..ada kerja katanya”.
Apa aku harus percaya ke dengan apa yang Azril Arif katakan ni?. Takkan ustaz tu datang semata-mata nak cakap pasal tu je. Entah-entah you invite ustaz tu tak!!?. Pertanyaan aku itu hanya sekadar di dalam hati. Di mulut tak terluah.
“Sebenarnya ustaz tu siapa, B?. Macam mana you boleh kenal dengan dia?”. Aku cuba berselidik dengan lebih dalam daripada Azril Arif mengenai ustaz yang diceritakan.
“Ustaz tu anak buah Ustaz Haron Din. Pengasas Darussyifa, you pernah dengar tak nama Haron Din tu?”.
“Penceramah tu, selalu keluar kat tv kan?”. Sebenarnya aku sekadar kenal empunya badan sebagai penceramah dan nama ustaz tu je tapi Darussyifa?. Jujur aku tak pernah dengar pun nama pusat rawatan islam itu.
“That’s rite. I boleh kenal ustaz yang datang rumah tadi masa pergi teman kawan I berubat kat Darussyifa. Dulu rumah kawan I ada gangguan, jadi I ikut la dia pergi jumpa ustaz tadi. Settle rumah kawan I, tak sangka la pulak benda yang ada kat rumah dia tu ikut sekali I balik. Jadi terpaksa la I panggil ustaz tadi datang rumah I pulak”.
Gangguan yang terjadi di rumah Azril Arif menyebabkan semua penghuninya terkejut di tambah pula dengan bumbung rumah yang tidak henti bergegar.
“Masa tu you dah bercerai?”.
“Belum. Kebetulan masa bumbung bergegar tu pulak, dua orang kawan perempuan I ada datang.  Salah sorang kawan I tu sampai melompat naik atas kerusi”.
“You?”. Aku bertanya sambil ketawa.
“I buat-buat berani je, kalau kantoi I takut.. yang lain pun makin takut la nanti”. Dirinya juga ketawa. “Ustaz ni sebenarnya dah berkali-kali tolong I sebelum I lost contact dengan dia dulu, I pernah bawa dua tiga orang kawan berubat dengan dia. Kat rumah I ni pun ada satu family bunian islam. Suami isteri dan anak. Pernah I minta ustaz tadi halau tapi dia kata tapak rumah ni tempat asal makhluk tu”.
“Makhluk ni tak pernah kacau ke?”.
“Keluarga I tak pernah pulak kena kacau. Tapi, kalau ada orang datang bermalam kat rumah ni biasanya akan nampak kelibat makhluk tu. Dulu masa I renovate rumah ni, I upah lelaki Indonesia jaga rumah sementara. Lepas tu bila I pergi tengok rumah, dia pun cerita lah. Dia kata dia terserempak dengan sorang perempuan dalam rumah ni, bertudung, cantik macam sedara mara I. Tapi bila dia bagi salam, perempuan tu senyap, tak jawab”. Tergelak Johan Arif menceritakan semula kisah misteri yang pernah berlaku.
“OMG!!, dont tell me yang dia tegur tu!!!...”.
“Hahaha..I dah agak dah siapa yang dia lihat tu, you bayangkan..rumah tengah renovate takkan ada orang nak duduk sini”.
Meremang bulu roma aku. Dan memang di akui, kaum hawa keturunan Azril Arif memang cantik, persis orang arab, mix blood katakan. Masih ramai yang bermata biru, hijau, coklat dan kelabu. Untung tak perlu pakai contact lense. Hidung pulak teletak tinggi.
“Anak-anak pernah nampak?”.
“Pada anak-anak dia tak pernah tunjuk diri lagi. Kalau tak, mau Husna tu berani duk kat atas”.
“You?”.
“I pernah terserempak si anak. Masa tu I bangun lewat malam nak solat. Rasa dahaga I turun kat bawah. Masa tu lah I nampak kat tangga”.
“Tegur?”. Ghairah aku bertanya. Kalau aku kat tempat Azril Arif, wajib aku lari. Tak pun pengsan terus.
“Buat derk je. Masa nak naik bilik, I tengok dia dah takde. Tapi masa Adam Niaz bayi, tiap kali dia pandang kat tangga mesti dia ketawa, mungkin budak tu jadi temannya kot”. Kata Azril arif lagi.

No comments:

Post a Comment