owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130805

51 days with you mr.pilot-bab 33(kehadiran ustaz Darussyifa, di ganggu bayangan dalam solat & permintaan sepupu)


SELESAI menghantar Nurul Husna ke sekolah, Azril Arif pulang dan menyiapkan diri untuk ke Sepang pula. Pass airport hampir tamat tempoh dan perlu di perbaharui. Kalau tidak di selesaikan hari ini, entah bila lagi waktu terluangnya akan ada. Hari terakhir dirinya bercuti esok, urusan lain sudah menunggu.
Laju kakinya menuruni anak tangga sebelum terdengar suara Adam Niaz sedang bermain di ruang tamu. Di perlahankan langkah. Kepalanya terjengul sedikit untuk melihat kedudukan anak bongsunya itu.
Macam mana ni, hampir pulak dia duduk kat ruang tamu. Kalau lalu depan dia, sah-sah nak ikut nanti. Azril Arif memikir-mikir jalan keluar. Ralit nampaknya Adam Niaz. Terjungkit-jungkit langkah juruterbang ini di atur bagai berjalan di lantai kayu pula. Pintu dapur menjadi sasaran. Nak tak nak kena jugak ke depan walaupun keluar melalui pintu belakang, sepatunya ada di situ.
“Kukk!!”..kepala Azril Arif terhantuk ke pintu utama ketika membongkok untuk mengambil kasut. Cepat-cepat dirinya menyorok. Lagak seperti ingin melarikan diri takutnya. Adam Niaz pula terhenti bermain. Berpaling ke arah bunyi, mencari-cari kelibat. Tidak nampak sebarang bayangan, dirinya kembali bermain. Azril Arif lega dan terus bergerak ke keretanya.
“Papa..!!!papa!!!!”. Baru beberapa langkah, telinganya mendengar suara Adam Niaz mencari. Langkah semakin laju di orak. Kena cepat.

ENTAH kenapa..semenjak Azril Arif pulang dari Narita, Tokyo, semacam ada sesuatu je yang aku rasa. Tiba-tiba wujud ustaz, lepas tu Azril Arif buat kejutan mengenai permintaan sepupunya supaya dia pulang ke kampung. Semuanya dalam masa satu hari. Itu belum termasuk gangguan yang aku dapat selama dirinya berada di Jepun. Semalam pun ketika solat Tahajud, masih benda yang sama terjadi.
………
“Dah tidur ke”. Malam semalam, selepas anak-anaknya tidur sekali lagi Azril Arif mengambil peluang untuk bersembang bersama.
“Belum, kenapa?”.
“Siti nak balik bersalin di Indon, tadi baru dia bagitahu I”.
Jika pembantu rumahnya jadi pulang ke kampung halaman, macam mana dengan anak-anaknya nanti, siapa nak jaga diaorang ketika dirinya bertugas. Kalau boleh Azril Arif tidak mahu anak-anaknya tinggal bersama bekas isterinya.
“Tapi, kalau keadaan terpaksa memang kena hantar jugak la diaorang kat rumah Sherry Amani. Kalut la I sikit. Sebelum pergi kerja kena hantar anak-anak dulu, then balik semula ke rumah. Haih!!..I nya tak boleh berpisah dengan anak-anak. Kalau pergi kerja tak tengok anak-anak rasa sedih sungguh”. Keluhnya lemah kepada aku yang sentiasa menjadi pendengarnya.
“Mungkin ni anak pertamanya kot, jadi Siti tak tahu selok belok berpantang. Lagipun kalau dia bersalin kat sini, nak tak nak you kena cari pembantu lain jugak. Mana boleh dia buat semua kerja rumah dalam masa berpantang”.
“Itu yang I fikir sekarang ni. Mana nak cari pembantu dalam waktu singkat?”. Azril Arif buntu.
“Why not you hantar anak-anak pada I?”. Aku memberi pandangan. Lagipun hanya sementara. “Eh!! Lupa, Husna sekolah kan!?, you mana boleh berpisah dengan anak-anak”. Belum pun sempat Azril Arif membalas, aku dulu memotong.
“Takpe I cuba cari dulu, insyaallah sempat”. Ringkas Azril Arif menjawab. “Hari tu kan I ada dengar Siti cakap dengan kak ngoh kat dapur. Dia tanya kak ngoh, orang mengandung ni memang tak datang period ke. Rupanya dia tak tahu pasal tu Jie”. Ada sahaja cerita Azril Arif yang ingin di kongsi.
“Nama lagi anak pertama. Lagipun takde siapa kat rumah besar tu yang dia boleh rujuk nak bertanya”. Pandai aku cover jawapan. Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah tahu fakta tu kalau Azril Arif tak bagitahu.

Umur Siti, dua puluh lima tahun, sebaya dengan anak saudara Azril Arif yang tinggal sebumbung dengannya. Itu bermakna usia aku lebih muda dari mereka berdua. ‘Kak ngoh’, itu panggilan untuk anak saudara Azril Arif. Anak kedua kepada kakak sulungnya yang tinggal di Klang. Tak pernah pula aku tahu nama sebenar kak ngoh, tak bertanya. Azril Arif pun hanya bahasakan anak saudaranya itu sebagai ‘kak ngoh’ setiap kali bersembang dengan aku. Kini kak ngoh berkerja di syarikat keselamatan milik kawan Johan Arif.

“B!, dulu you boleh ambik Siti kerja balik ni macam mana?, dari mana dia tahu you bercerai?”. Sudah lama aku ingin bertanyakan hal ini.
Selain Siti, pembantu rumah di rumah Azril Arif sudah berkali-kali bertukar orang. Kegarangan Sherry Amani di katakan menjadi  penyebab rumah itu sentiasa kehilangan pembantu. Hari ini Azril Arif keluar bekerja, esok lusa balik..pembantu dah takde.
…………
“I ingat pembantu rumah yang buat hal, lari dengan lelaki ke apa. Tapi bila selalu benda tu terjadi pelik la jugak. Check punya check rupanya memang my ex penyebab. Garang sangat.

“Walaupun dah tak kerja, Siti selalu telefon tanya khabar anak-anak. Lagipun I tak pernah tukar nombor telefon rumah sejak dulu. Tu yang dia tak pernah lost contact. Bila dia tahu I bercerai, dia nak kerja dengan I balik. Jadi I ambik lah, lagipun anak-anak dah biasa dengan dia”.
Istilah mujur sentiasa ada. Tidaklah Azril Arif risau akan keadaan anak-anaknya jika di tinggalkan di dalam jagaan pembantu rumah seperti Siti. Siti dan suaminya juga sudah Azril Arif anggap seperti keluarga sendiri. Wanita ini mula bekerja di rumah Azril Arif semenjak Nafizs berusia enam tahun lagi. Sebelum majikannya itu bercerai, dirinya berhenti kerja untuk berkhawin. Selepas itu Siti dikatakan berkerja sebagai pembantu kedai sebelum kembali bekerja di rumah Azril Arif.
“Kalau I terbang lama, biasanya suami Siti akan datang rumah temankan Siti dan anak-anak. Ada orang lelaki ni, at least rasa selamat la sikit”.
Perbualan aku bersama Azril Arif setiap hari sentiasa berkisar perihal diri masing-masing, kerjaya, keluarga, anak-anak, kehidupan seharian, asset masa depan bahkan kisah pembantu rumah juga.
Owh yer..sepupu I ada telefon tadi, dia suruh I balik kampung”.
Dalam rancak berbual tiba-tiba Azril Arif tersebut hal itu. Ruang bilik yang sejuk dengan kipas berpusing tiba-tiba terasa panas.
“Sepupu you yang mana sorang”. Debaran yang aku rasa lain macam, Entah debaran yang keberapa aku terima kebelakangan ini.
“Sufian”. Perlahan suara Azril Arif.
“Kenapa pulak dia suruh you balik?”.
“Ingat tak hari tu I ada kata dia nak buka kedai baru. Jadi dia nak I ada sekali masa perasmian tu”.
“Hurm…sambil menyelam minum air, sebenarnya suruh balik tu sambil buka kedai ada agenda lain kan!!!?”. Johan Arif tergelak besar apabila aku lantang bersuara. Faham sangat dirinya akan maksud kiasanku.
“Tak lah. Sekarangkan I dah ‘off market”. Azril Arif menenangkan diri aku sambil membela dirinya.
“Bila dia nak buka kedai?”.
“Minggu depan. Tapi I dah cakap dengan Sufian I tak boleh balik. Kan I stanby masa tu. ”.

Ayat jawapan Azril Arif semalam itu benar-benar melegakan aku. Alhamdulillah, masih ada rezeki aku dengannya selagi dia tak balik ke kampung.
Entah kenapa mulut aku tiba-tiba menuturkan kata-kata itu.

SEGALA urusan mengenai pass airportnya cuba di siapkan Azril Arif sebelum menginjak ke pukul empat petang. Nurul Husna perlu di jemput sebaik tamat waktu persekolahannya nanti.
Dalam perjalanan pulang, Azril Arif singgah di Mall terlebih dahulu. Niatnya untuk membeli hadiah. Kakinya terus menuju ke kedai permainan kanak-kanak.

BERSAMBUNG BAB 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42 & 43

No comments:

Post a Comment