owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130728

51 days with you mr.pilot-bab 22 (SHANGHAI)


Hari ke dua belas perkenalan.

SEBELUM subuh Azril Arif sudah bangun menyiapkan diri untuk bekerja. Jam sembilan nanti pesawatnya akan berlepas ke Shanghai. Anak-anaknya masih lena di buai mimpi.
Sebaik kenderaan yang mengambil Azril Arif berlalu, Siti ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk Nurul Husna sebelum ke sekolah.
……….
“Saya nak pergi dah ni, jangan lupa kejutkan Husna nanti”. Pesan Azril Arif kepada pembantu rumahnya.

“Husna..bangun shalat..pergi sekolah, sarapan udah siap”. Pembantu rumah itu mengejutkan anak majikannya di dalam bilik tidur. Kak ngoh di bilik sebelah juga sedang mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja.
“Lambat lagi, papa dah pergi kerja ke?”. Hanya mulut Nurul Husna berkata-kata tapi matanya masih terkatup rapat.
“Lambat apanya.. udah jam enam lebih ni, cepatan bangun!!!, nanti kamu telat”. Dialek Indonesia yang masih pekat di bibir Siti.
“Okey”.

SEBAIK tiba di lapangan terbang, Azril Arif terus menuju ke surau untuk menunaikan solat subuh. Begitulah rutinnya jika bertugas di awal pagi. Dirinya akan bersolat di lapangan terbang.
Usai bersolat pula pantas kakinya melangkah ke bilik khas untuk melapor diri, rutin biasa yang perlu di lakukan sebelum berlepas.
“Good morning captain”. Juruterbang muda yang menyarung pakaian putih hitam menegur hormat seniornya.
“Good morning, dah lama sampai?”. Azril Arif berbasa basi dengan Ashari, pembantu juruterbang yang akan bergandingan bersamanya hari ini sambil memegang bagasi purple polkodotnya. Sengaja mencari warna bagasi lain dari yang lain.
Hanya mereka berdua sahaja. Penerbangan yang mengambil masa kurang dari sembilan jam hanya punyai seorang captain dan seorang co-pilot.
Di tangan pembantunya terdapat beberapa keping kertas. Laporan untuk penerbangan mereka hari ini.
“Dah sejam, baru print report, ready for reporting”. Ashari berjalan ke satu lagi bilik khas yang di panggil “reporting room” untuk taklimat bersama ketuanya.
Azril Arif terus berjalan ke komputer sebaik Ashari berlalu. Bilik “cabin crew/pilot” itu sentiasa di penuhi kakitangan penerbangan MAS dua puluh empat jam tanpa henti. Bilik itu di khaskan untuk pramugara, pramugari dan juruterbang melapor diri dan melihat tugasan mereka sepanjang penerbangan nanti.
Sebaik habis taklimat bersama Ashari, Azril Arif dan pembantunya bergerak pula ke “cabin crew briefing room” untuk bertemu sua dengan anak-anak kapal yang akan bertugas bersama sebelum mereka semua serentak bergerak ke pesawat. Ini juga rutin wajib bagi mereka semua.

SUDAH sejam aku tiba di tempat kerja. Kerja yang sepatutnya di lakukan sudah pun siap semuanya. Aku bermain-main pen di atas meja. Hanya dua hari satu malam Azril Arif akan terbang kali ini, namun aku rasa seperti lama sahaja waktu itu untuk bergerak. Mungkin kerana awal pagi dirinya bertugas dan semestinya aku tiada teman untuk berbual, bergurau walaupun baru sahaja sebentar tadi aku mendengar suaranya sebelum dirinya berlepas. Aku kena biasakan diri dengan kerjaya Azril Arif, kena faham segala-galanya. Aku mengajar diri sendiri.
………….
“Kat Shanghai I tak dapat call atau mesej you”.
“Okey tapi kenapa?”.
“Kat sana coverage tak elok, internet pun tak boleh”.
Aku memuncungkan bibir yang semestinya tidak mampu di lihat Azril Arif.
“Tapi malam esok I dah balik..lebih kurang pukul lapan I landing”.

Setahu aku kerjaya juruterbang takkan dapat lari daripada kisah ‘PANAS’. Dalam novel yang aku baca pun ada tulis semua tu. Rugi la kan kalau dah berkenalan tapi aku tidak cuba untuk tahu mana yang boleh aku tahu. Orang kata alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Konon-konon ada keberanian untuk tahu dan tidak mengharapkan Azril Arif bercerita kesemuanya.
……….
Tergamam aku dengan pengakuannya. Sedih dan terkejut. Tidak pernah aku membayangkan walau sebesar zarah akan tempuhi juga situasi ini. Kalau selama ini keterangan begitu aku hanya baca di dalam novel, tapi kini aku merasainya sendiri. Saat ini aku rasakan, apakah semua juruterbang sebiji seperti watak di dalam novel yang aku baca?.
“Dah lah..nanti you cemburu, I tahu you sakit hati dengar tapi I hanya manusia biasa yang lakukan kesilapan. Semua tu kisah dulu, zaman muda. Sekarang I dah insaf”.

Memang terkedu mendengar jawapannya tapi aku juga faham, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan, aku harus menerima kenyataan itu. Sepertinya aku sudah belajar sesuatu dari perkenalan ini. Benar la kata Nuih..tiada lelaki sempurna seperti yang aku dambakan.
Setakat ini aku bersyukur kerana Azril Arif mengakui zaman sosialnya walaupun penjelasan itu mengejutkan. Selepas tahu, aku tidak pernah mengungkit sejarah atau kisah silam hidupnya di usia muda. Bagi aku apa yang terjadi, adalah pengalaman hidup masing-masing. Lagipun waktu mudanya, aku pun baru setahun jagung di atas dunia. Boleh jadi pangkat anak padanya.
“Cik!!”.
Panggilan seseorang bersama ketukan bertalu di muka pintu mengejutkan aku. Pen di tangan jatuh ke atas meja.
“Hai..ada apa yer”. Rahim tergelak melihat reaksi aku.
“Hari jumaat pun cik Zira kerja ke?”.
“Tak.., eh kerja”.
“Yang mana satu ni cik, tergagap, gelisah lain macam je”. Serkap jarangnya. Tergelak lagi pemuda itu.
Walaupun usianya lebih berumur dari aku namun gelaran aku sebagai ketuanya menyebabkan Rahim memanggil aku “cik” sebagai tanda hormat.
Aku menggaru dahi yang tidak gatal. “Maksud saya, saya tak kerja tapi datang ni nak ambik pen drive yang tertinggal, pastu nak buat kerja sikit alang-alang datang ni. Tapi nak balik dah”.
“Okey kalau macam tu saya keluar dulu. Nak pergi hotel pulak. Cik Zira nak pergi hotel jugak ke”.
“Tak..tak, saya nak terus balik”.

Sebaik Rahim berlalu, aku juga berangkat untuk pulang. Suis air-cond, lampu dan komputer di tutup sebelum aku menutup pintu.