owner

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
life is novel

20130728

51 days with you mr.pilot-bab 26(Kota kinabalu)


S EKALI lagi Juruterbang ini perlu bersiap awal pagi ini. Sebelum subuh dirinya sudah siap memakai uniform putih bersama tali leher dan bar di bahu. Transport akan datang menjemputnya jam enam pagi nanti.
Seseorang juruterbang di wajibkan untuk berada di lapangan terbang tiga jam sebelum penerbangan berlepas. Jam sembilan pagi nanti pesawatnya akan berlepas ke Kota Kinabalu. Masa yang di ambil lebih kurang dua jam untuk tiba ke destinasi.

KERETA Getz kuning yang di pandu Rossuria sedang melalui jalan kecil untuk ke rumah Esau. Gementar menyelubungi dadanya kini. Sungguh asing perkampungan siam ini baginya, mujurlah ibu nya puan Shakila ada menemani. Populariti bomoh Esau bagai menarik-narik hatinya ke kampung Cabang Empat Tok Mek Ngoh, Tumpat. Penuh tekad niatnya.
Rossuria memakir keretanya di hadapan sebuah rumah sederhana usang yang sudah pun ramai tetamunya ketika ini. Kehebatan bomoh Esau menyelesaikan masalah setiap pelanggannya menyebabkan bomoh ini di ‘bela’ oleh beberapa orang dato’ dan Tan Sri. Tidak hairan lah jika jam sepuluh pagi begini pun rumahnya sudah di penuhi lautan manusia dari pelbagai negeri yang datang dengan pelbagai hajat.
Dengan langkah berani, dirinya menaiki tangga rumah di ikuti ibunya. Entah pukul berapa gilirannya akan tiba. Namun semua itu bukan penghalang untuknya menghentikan niat yang tersarang. Apa pun jadi dia mesti berusaha dan mencuba.

SEMASA bercerita mengenai kerjayanya, Azril Arif pernah bagitahu, juruterbang yang berpangkat captain kebiasaannya tugas mereka hanya memantau dan tugas selebihnya akan di berikan kepada pembantu juruterbang.
……………..
“Kenapa pulak captain tak perlu buat?”.
“Co-pilot ni, mereka masih baru. Kalau kita tak biar mereka buat kerja, macam mana mereka nak tahu dan biasakan diri. Lagi pun pilot ni setiap bulan ada exam. Dengan exam tu la makin cepat diaorang akan naik pangkat”.

Lebih kurang jam tiga petang, usai solat zohor di pejabat aku menerima panggilan darinya. Gembira. Ada lagi rupanya rezeki aku. Melebar senyuman.
“Awal balik?”. Aku bertanya.
Ketika ini Azril Arif masih berada di KLIA. Baru sahaja mendarat. Aku seronok dengan penerbangannya hari ini. Mana tidaknya, pagi pergi kerja..petang dah balik. Alangkah seronoknya kalau macam ni setiap hari jadual kerjanya.
“I tukar flight. Patut kena transit empat jam sebelum fly semula ke Kuala Lumpur. I tengok ada flight pukul satu so I ambik la flight awal. Malas nak tunggu lama-lama. Takde tempat nak pergi”.
Cerianya suara captain Azril Arif petang ini. Tiada lagi suara merajuknya semalam. Aku lega.
“Boleh ke main tukar-tukar flight macam tu?”.
“I am a boss. So boleh aje asal ada flight. Sebab tu tadi tak sempat I nak onn telefon masa landing kat sana”. Azril Arif menjelaskan supaya aku tidak lagi tersalah anggap padanya seperti semalam. Malunya aku!!!.
“Im sorry pasal semalam, janji takkan berulang”.
“Takpe, I always maafkan. Masih banyak lagi yang perlu you tahu dan faham pasal kerjaya I”.
Dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur Azril Arif di kira sebagai penumpang. Pesawat Boeing 777 yang di kendalikannya pagi tadi akan berlepas ke Tokyo. Jadi pertukaran juruterbang akan berlaku di Kota Kinabalu.
“You dah makan?”.
“I dah makan tadi dengan kawan-kawan pejabat, You pulak makan apa dalam flight?”.
“I belum makan. Tadi dalam flight pramugari tanya nak makan ke tak tapi I tak ambik apa-apa pun, takde menu special. Dari semalam I teringin nak makan Burger King la”.
“Ni dah pukul berapa..sempat ke?, Husna nanti you pergi ambik ke macam mana?”.
“Tengok la macam mana, kalau sempat… I pergi ambik, kalau tidak, dia balik dengan van je lah. Apa-apa nanti dia akan telefon I sebab dia tahu trip I pendek hari ni. Ni pun tak tahu pukul berapa baru transport ada. Kalau lepas makan nanti kebetulan kosong, cepat la sikit sampai rumah. Kadang-kadang kena tunggu sampai dua jam baru ada transport”.

“KAMU berdua dari mana?”. Encik Azizan menegur anak dan isterinya. Jarang sekali anaknya yang seorang ini pulang ke rumah. Rossuria lebih banyak berada di rumah sewanya sendiri, maklumlah senang berulang ke tempat kerja. Dua kali seminggu nak nampak bayang pun susah. Semalam pun tengah malam baru anaknya tiba. Pagi tadi, sudah tergesa-gesa keluar entah ke mana bersama ibunya itu. Petang begini baru nampak wajahnya.
“Dari rumah kawan”.
“Mari duduk dengan abah kejap, abah ada benda nak tanya ni”.
Spoiled mood betul. Rossuria memandang ibunya. Entah-entah abah tahu tak aku pergi mana tadi.  Tak jadi dirinya nak naik ke bilik. “Sayang abah!!”. Rossuria memeluk leher encik Azizan dari belakang sambil mencium pipi. Moga-moga abahnya tidak syak sesuatu. Ibunya pula sudah duduk di tepi suaminya itu.
“Kenapa kamu balik mengejut ni, tak bagitahu abah apa pun”.
“Tak boleh ke, rindu, teringat kat abah..orang balik lah”.
“Rindu, teringat tapi balik-balik terus hilang, kamu dari mana ni? Jumpa pakwe ke?..Bawa umi sekali?”.
“Err!! dari tempat..", Otaknya kelu untuk mereka alasan. Umi nya pula senyap aje..bukan nak back up. 'Ada lah..pergi jalan-jalan. Emm.. bah!! tengah hari esok orang dah nak balik rumah sewa”.
“Haihh..cepatnya..baru sampai, tunggu la lama sikit”.
“Tak boleh abah, kat sekolah banyak kerja, orang kena ganti kawan buat kelas tambahan untuk budak tingkatan 5. Lagipun orang balik ni nak ‘ikat’ bakal calon menantu abah”.
“Dah nak masuk 27 tahun kan umur Suria, dah boleh kawin pun. Siapa bakal calon yang kamu ikat tu”. Baginya, maksud ‘ikat’ yang di katakan Suria tadi, anaknya itu kini sudah berpunya dan bersedia untuk menamatkan zaman bujang. Langsung tidak terfikir akan maksud lain.
“Lambat laun nanti abah tahu jugak, sabar yer..dah tak lama”. Yakin dirinya, apa yang bakal di lakukan akan berjaya.
……….
“Siapa nama penuh si lelaki tu, nak nama mak dia sekali”. Tok bomoh Esau bertanya. Langsung tiada pelat siamnya.
“Azril Arif. Mak dia nama Saudah”. Rossuria hanya melihat aksi tok bomoh yang sedang membaca mentera siam yang langsung tak di fahaminya selepas memberikan nama Azril Arif. Uminya menjadi peneman setia. Keberaniaannya juga di dorong oleh uminya. Kalau tak kerana hasutan uminya supaya bertekad memilik Azrif Arif, mana dirinya berani berada di sini hari ini.
“Hensem, kaya, duit banyak tapi dah ada orang punya. Dia bukan nak kat kamu”. Esau berterus terang. Berdasarkan apa yang di lihat dalam menteranya tadi, itulah situasi sebenar.
“Sebab tu lah saya datang jumpa tok moh ni, apa pun jadi saya nak dia jadi milik saya dalam masa terdekat, buat sampai saya kawin dengan lelaki tu. Dia bukan suami orang, jadi tak salah kalau saya nak dia. Saya nak tok moh sekat hubungan dia dengan perempuan dia sekarang, biar dia lupa. Boleh tok moh buat?”.
“Ada kamu bawa gambar dia?”.
“Ada, nah”. Di hulurkan gambar Azril Arif.
Sekali lagi tok bomoh Esau melakukan mentera. Rossuria memandang sekeliling rumah bomoh ini. Seram! walaupun sentiasa di penuhi dengan pelanggan yang tak putus bertandang. Di satu sudut kecil di kirinya di penuhi lilin-lilin gergasi yang sudah di gunakan dan ada juga yang belum di gunakan. Dari cerita yang dia tahu, setiap lilin itu mewakili hajat orang yang bertandang ke rumah Esau untuk berubat. Dalam masa yang singkat selepas usaha yang di buat tok bomoh Esau, kebanyakkan pesakitnya akan sembuh atau apa yang di hajati akan tertunai.
“Ini minyak, air, debu dan mentera”. Tok bomoh Esau menghulurkan beberapa barangan yang perlu Rossuria bawa balik. “Debu dan air ni letak dalam makanan atau minuman si lelaki, tiap-tiap malam sebelum tidur baca mentera ni, hembus pada gambar lelaki yang tok moh dah asapkan. Tapi minyak ni jangan guna dulu, kalau barang-barang lain tak menjadi, kamu datang lagi sekali. Nanti tok moh ajar cara guna minyak pulak. Tapi kamu jangan risau, dia akan jadi milik kamu dalam masa 40 hari. Tiada orang lain selain kamu. Malam ni tok moh akan usaha dengan lilin pulak”.
Rossuria menghulurkan lima keping wang lima puluh ringgit kepada tok bomoh Esau selepas memahami setiap arahan yang di berikan. Kini hatinya gembira dan hilang sedikit kegusaran andai Azril Arif terlepas ke tangan orang lain. Demi cinta dan perasaannya pada Azril Arif, dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan lelaki itu menjadi miliknya kelak.

“Dengan abah pun nak berahsia ke?”.
“Orang naik dulu yer abah, penat lah”. Dirinya mencari alasan melarikan diri. Ditinggalkan uminya bersama abahnya. Mereka tersenyum dan menjeling penuh maksud.

4 comments:

  1. nak tanya lokasi bomoh esau ni kat mana yer

    ReplyDelete
  2. Salam.. boleh send tak lokasi rumah bomoh esau nie.. please.. wssp sya 0179160629

    ReplyDelete
  3. Salam.. boleh send tak lokasi rumah bomoh esau nie.. please.. wssp sya 0179160629

    ReplyDelete