S
EKALI lagi Juruterbang ini perlu bersiap awal pagi ini. Sebelum subuh dirinya
sudah siap memakai uniform putih bersama tali leher dan bar di bahu. Transport akan
datang menjemputnya jam enam pagi nanti.
Seseorang juruterbang di wajibkan untuk berada di
lapangan terbang tiga jam sebelum penerbangan berlepas. Jam sembilan pagi nanti
pesawatnya akan berlepas ke Kota Kinabalu. Masa yang di ambil lebih kurang dua
jam untuk tiba ke destinasi.
KERETA Getz kuning yang di pandu Rossuria sedang melalui
jalan kecil untuk ke rumah Esau. Gementar menyelubungi dadanya kini. Sungguh
asing perkampungan siam ini baginya, mujurlah ibu nya puan Shakila ada menemani. Populariti bomoh Esau bagai
menarik-narik hatinya ke kampung Cabang Empat Tok Mek Ngoh, Tumpat. Penuh tekad
niatnya.
Rossuria memakir keretanya di hadapan sebuah rumah
sederhana usang yang sudah pun ramai tetamunya ketika ini. Kehebatan bomoh Esau
menyelesaikan masalah setiap pelanggannya menyebabkan bomoh ini di ‘bela’ oleh
beberapa orang dato’ dan Tan Sri. Tidak hairan lah jika jam sepuluh pagi begini
pun rumahnya sudah di penuhi lautan manusia dari pelbagai negeri yang datang
dengan pelbagai hajat.
Dengan langkah berani, dirinya menaiki
tangga rumah di ikuti ibunya. Entah pukul berapa gilirannya akan tiba. Namun semua itu bukan
penghalang untuknya menghentikan niat yang tersarang. Apa pun jadi dia mesti
berusaha dan mencuba.
SEMASA bercerita mengenai kerjayanya, Azril Arif
pernah bagitahu, juruterbang yang berpangkat captain kebiasaannya tugas mereka
hanya memantau dan tugas selebihnya akan di berikan kepada pembantu juruterbang.
……………..
“Kenapa pulak captain tak perlu buat?”.
“Co-pilot ni, mereka masih baru. Kalau kita tak biar
mereka buat kerja, macam mana mereka nak tahu dan biasakan diri. Lagi pun pilot
ni setiap bulan ada exam. Dengan exam tu la makin cepat diaorang akan naik
pangkat”.
Lebih kurang jam tiga petang, usai solat zohor di
pejabat aku menerima panggilan darinya. Gembira. Ada lagi rupanya rezeki aku.
Melebar senyuman.
“Awal balik?”. Aku bertanya.
Ketika ini Azril Arif masih berada di KLIA. Baru
sahaja mendarat. Aku seronok dengan penerbangannya hari ini. Mana tidaknya,
pagi pergi kerja..petang dah balik. Alangkah seronoknya kalau macam ni setiap
hari jadual kerjanya.
“I tukar flight. Patut kena transit empat jam
sebelum fly semula ke Kuala Lumpur. I tengok ada flight pukul satu so I ambik
la flight awal. Malas nak tunggu lama-lama. Takde tempat nak pergi”.
Cerianya suara captain Azril Arif petang ini. Tiada
lagi suara merajuknya semalam. Aku lega.
“Boleh ke main tukar-tukar flight macam tu?”.
“I am a boss. So boleh aje asal ada flight. Sebab tu
tadi tak sempat I nak onn telefon masa landing kat sana”. Azril Arif menjelaskan
supaya aku tidak lagi tersalah anggap padanya seperti semalam. Malunya aku!!!.
“Im sorry pasal semalam, janji takkan berulang”.
“Takpe, I always maafkan. Masih banyak lagi yang
perlu you tahu dan faham pasal kerjaya I”.
Dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur Azril Arif di
kira sebagai penumpang. Pesawat Boeing 777 yang di kendalikannya pagi tadi akan
berlepas ke Tokyo. Jadi pertukaran juruterbang akan berlaku di Kota Kinabalu.
“You dah makan?”.
“I dah makan tadi dengan kawan-kawan pejabat, You
pulak makan apa dalam flight?”.
“I belum makan. Tadi dalam flight pramugari tanya
nak makan ke tak tapi I tak ambik apa-apa pun, takde menu special. Dari semalam
I teringin nak makan Burger King la”.
“Ni dah pukul berapa..sempat ke?, Husna nanti you
pergi ambik ke macam mana?”.
“Tengok la macam mana, kalau sempat… I pergi ambik,
kalau tidak, dia balik dengan van je lah. Apa-apa nanti dia akan telefon I sebab
dia tahu trip I pendek hari ni. Ni pun tak tahu pukul berapa baru transport
ada. Kalau lepas makan nanti kebetulan kosong, cepat la sikit sampai rumah.
Kadang-kadang kena tunggu sampai dua jam baru ada transport”.
“KAMU berdua dari mana?”. Encik Azizan menegur anak dan isterinya. Jarang
sekali anaknya yang seorang ini pulang ke rumah. Rossuria lebih banyak
berada di rumah sewanya sendiri, maklumlah senang berulang ke tempat kerja. Dua
kali seminggu nak nampak bayang pun susah. Semalam pun tengah malam baru
anaknya tiba. Pagi tadi, sudah tergesa-gesa keluar entah ke mana bersama ibunya itu. Petang begini
baru nampak wajahnya.
“Dari rumah kawan”.
“Mari duduk dengan abah kejap, abah ada benda nak tanya ni”.
Spoiled mood betul. Rossuria memandang ibunya. Entah-entah abah tahu tak aku
pergi mana tadi. Tak jadi dirinya nak
naik ke bilik. “Sayang abah!!”. Rossuria memeluk leher encik Azizan dari belakang
sambil mencium pipi. Moga-moga abahnya tidak syak sesuatu. Ibunya pula sudah duduk di tepi suaminya itu.
“Kenapa kamu balik mengejut ni, tak bagitahu abah apa
pun”.
“Tak boleh ke, rindu, teringat kat abah..orang balik
lah”.
“Rindu, teringat tapi balik-balik terus hilang, kamu
dari mana ni? Jumpa pakwe ke?..Bawa umi sekali?”.
“Err!! dari tempat..", Otaknya kelu untuk mereka alasan. Umi nya pula senyap aje..bukan nak back up. 'Ada lah..pergi jalan-jalan. Emm.. bah!! tengah hari esok orang dah nak balik rumah
sewa”.
“Haihh..cepatnya..baru sampai, tunggu la lama
sikit”.
“Tak boleh abah, kat sekolah banyak kerja, orang kena
ganti kawan buat kelas tambahan untuk budak tingkatan 5. Lagipun orang balik ni
nak ‘ikat’ bakal calon menantu abah”.
“Dah nak masuk 27 tahun kan umur Suria, dah boleh
kawin pun. Siapa bakal calon yang kamu ikat tu”. Baginya, maksud ‘ikat’ yang di
katakan Suria tadi, anaknya itu kini sudah berpunya dan bersedia untuk
menamatkan zaman bujang. Langsung tidak terfikir akan maksud lain.
“Lambat laun nanti abah tahu jugak, sabar yer..dah
tak lama”. Yakin dirinya, apa yang bakal di lakukan akan berjaya.
……….
“Siapa nama penuh si lelaki tu, nak nama mak dia
sekali”. Tok bomoh Esau bertanya. Langsung tiada pelat siamnya.
“Azril Arif. Mak dia nama Saudah”. Rossuria hanya
melihat aksi tok bomoh yang sedang membaca mentera siam yang langsung tak di
fahaminya selepas memberikan nama Azril Arif. Uminya menjadi peneman setia. Keberaniaannya juga di dorong oleh uminya. Kalau tak kerana hasutan uminya supaya bertekad memilik Azrif Arif, mana dirinya berani berada di sini hari ini.
“Hensem, kaya, duit banyak tapi dah ada orang punya.
Dia bukan nak kat kamu”. Esau berterus terang. Berdasarkan apa yang di lihat
dalam menteranya tadi, itulah situasi sebenar.
“Sebab tu lah saya datang jumpa tok moh ni, apa pun
jadi saya nak dia jadi milik saya dalam masa terdekat, buat sampai saya kawin
dengan lelaki tu. Dia bukan suami orang, jadi tak salah kalau saya nak dia.
Saya nak tok moh sekat hubungan dia dengan perempuan dia sekarang, biar dia
lupa. Boleh tok moh buat?”.
“Ada kamu bawa gambar dia?”.
“Ada, nah”. Di hulurkan gambar Azril Arif.
Sekali lagi tok bomoh Esau melakukan mentera. Rossuria
memandang sekeliling rumah bomoh ini. Seram! walaupun sentiasa di penuhi dengan
pelanggan yang tak putus bertandang. Di satu sudut kecil di kirinya di penuhi
lilin-lilin gergasi yang sudah di gunakan dan ada juga yang belum di gunakan.
Dari cerita yang dia tahu, setiap lilin itu mewakili hajat orang yang
bertandang ke rumah Esau untuk berubat. Dalam masa yang singkat selepas usaha
yang di buat tok bomoh Esau, kebanyakkan pesakitnya akan sembuh atau apa yang
di hajati akan tertunai.
“Ini minyak, air, debu dan mentera”. Tok bomoh Esau
menghulurkan beberapa barangan yang perlu Rossuria bawa balik. “Debu dan air ni
letak dalam makanan atau minuman si lelaki, tiap-tiap malam sebelum tidur baca
mentera ni, hembus pada gambar lelaki yang tok moh dah asapkan. Tapi minyak ni
jangan guna dulu, kalau barang-barang lain tak menjadi, kamu datang lagi
sekali. Nanti tok moh ajar cara guna minyak pulak. Tapi kamu jangan risau, dia
akan jadi milik kamu dalam masa 40 hari. Tiada orang lain selain kamu. Malam ni
tok moh akan usaha dengan lilin pulak”.
Rossuria menghulurkan lima keping wang lima puluh ringgit
kepada tok bomoh Esau selepas memahami setiap arahan yang di berikan. Kini
hatinya gembira dan hilang sedikit kegusaran andai Azril Arif terlepas ke
tangan orang lain. Demi cinta dan perasaannya pada Azril Arif, dia sanggup
lakukan apa sahaja asalkan lelaki itu menjadi miliknya kelak.
“Dengan abah pun nak berahsia ke?”.
“Orang naik dulu yer abah, penat lah”. Dirinya
mencari alasan melarikan diri. Ditinggalkan uminya bersama abahnya. Mereka tersenyum dan menjeling penuh maksud.
Apa jadi lebih 40 hari
ReplyDeletenak tanya lokasi bomoh esau ni kat mana yer
ReplyDeleteSalam.. boleh send tak lokasi rumah bomoh esau nie.. please.. wssp sya 0179160629
ReplyDeleteSalam.. boleh send tak lokasi rumah bomoh esau nie.. please.. wssp sya 0179160629
ReplyDelete